Assalamualaikum.
Entri perkongsian berkenaan kesihatan muka.
Entri di bawah agak panjang. Tapi ia amat berguna kepada sesiapa yang nak tambah ilmu.
Aku jumpa artikel ni dalam newspaper. Rasanya ada elok aku kongsikan bersama di sini.
Muka saya berjerawat akhir-akhir ini. Rakan saya memberitahu, ia berpunca daripada aturan tidur saya yang tidak menentu. Adakah perkara ini benar atau ia berpunca daripada makanan yang berminyak? Apakah yang perlu saya lakukan, doctor?
Jerawat adalah masalah anak remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi apabila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya muka, dada dan belakang badan.
Punca Jerawat
Punca jerawat bukan terjadi daripada pelbagai factor. Faktor hormon adalah penyebab utama jerawat bagi wanita dalam lingkungan umur subur.
Majoritinya dalam lingkungan umur belasan tahun hingga awal 20-an. Faktor seperti ahli keluarga yang mempunyai jerawat juga memainkan peranan yang penting. Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12, kosmestik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak menyebabkan timbulnya jerawat.
Sebahagian jerawat timbul dari ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah dan terdedah kepada asap dan bahan kimia atau factor alam sekitar seperti cuaca panas. Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat.
Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Jerawat juga disebabkan oleh masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stress yang melampau. Untuk pengetahuan anda, banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda yang sedia bermasalah da seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.
Contohnya jerawat akan tumbuh sekiranya anda kekurangan tidur, menyedut udara yang tercemar dan juga mengidap tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi.
Jadi eloklah anda mendapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan dan bermasalah yang juga secara tak langsung boleh mengganggu aliran tidur seseorang.
Sumber: Soal Jawab Bersama (dalam Utusan Malaysia) Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita,
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.
Info:
Untuk penyakit jerawat vulgaris yang teruk di mana terdapat nodul-nodul/bengkak kecil, tetracycline digunakan secara tunggal atau digabungkan dengan benzoyl peroxide lima peratus mahupun tretinoin secara luaran.
Di samping tindakan anti-mikrobial, tetracycline boleh mengurangkan inflamasi dengan cara membebaskan spesis oksigen reaktif dari neutrofil.
Ubat sapuan jerawat adalah seperti erythromycin, clindamycin dan tteracline. Selain antibiotik, anti-androgen cyproteroneacetate dua milligram juga digunakan sebagai rawatan untuk jerawat. Ia mempunyai kesan pada kelenjar hipotalamus-pituiri (kawasan pada otak), bertindak dengan mencegah produksi gonadotrofin di samping menghalang secara kompetitif pengikatan androgen dengan kelenjar sebum.
Kombinasi cyproterone acetate dengan ethinyl estradial 0.035 miligram mengakibatkan kitaran haid teratur, kulit yang licin dan kontrasepsi atau pencegah hamil kepada wanita yang memerlukan. Gabungan ini meredakan jerawat selepas tiga hingga empat kitaran dan selepas enam bulan, kulit akan bebas jerawat dalam 60 peratus kes.
Jerawat yang sangat teruk mungkin memerlukan 12 bulan untuk
pulih. Walau bagaimana pun, keadaan ini boleh berulang dan rawatan jangka
pendek selepas pulih mungkin diperlukan supaya jerawat tidak muncul kembali.
Jika rawatan ini diambil mengikut arahan pakar, tidak ada kesan sampingan yang serius. Kesan minor seperti peningkatan selera makan, loya yang tidak teruk dan ketidakselesaan payudara boleh berlaku. Menggelakkan persekitaran atau situasi yang menyebabkan tekanan boleh membantu.
Apabila wanita yang mengambil rawatan ingin mengandung, rawatan boleh dihentikan dan kesuburan akan kembali normal, kecuali jika terdapat keadaan lain yang mungkin menyukarkannya untuk hamil.
*Sebum = Bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum.
Jika rawatan ini diambil mengikut arahan pakar, tidak ada kesan sampingan yang serius. Kesan minor seperti peningkatan selera makan, loya yang tidak teruk dan ketidakselesaan payudara boleh berlaku. Menggelakkan persekitaran atau situasi yang menyebabkan tekanan boleh membantu.
Apabila wanita yang mengambil rawatan ingin mengandung, rawatan boleh dihentikan dan kesuburan akan kembali normal, kecuali jika terdapat keadaan lain yang mungkin menyukarkannya untuk hamil.
*Sebum = Bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum.
Jadi, jagalah kebersihan muka kita.
Korang boleh baca lagi artikel berkaitan jerawat dalam blog ini.
Korang boleh baca lagi artikel berkaitan jerawat dalam blog ini.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to
get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their
feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’
kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
huuuu
BalasPadamsungguhla ye
sy krg tido
huhuhu
seketol jerawat telah lahir ke muka bumi muke..
btol btol !! setuju.. :)
BalasPadamkuat berangan pun jerawat timbul
BalasPadamerythromycin, clindamycin dan tteracline
BalasPadammacam mn ubatnya?
dah cuba pncuci muka yg mahal, terkenal tp sayang kesannya ttp sma.. Aduh buat abis duit je beli.. DAMN !!
hehe, perkongsian yg menarik... dari dlu smpai sekrg muke ku x lekang dek jerawat... Smpai dah taktau nak gune ape kt muke ni.. ehek ^_*
BalasPadamAimie: Maka, sila la dapatkan tidur yang cukup ya
BalasPadamCik Udin: Setuju dengan apa?
BalasPadam(Haha~ Suka usik Udin)
Abg Ghani: betul tu. Semua ni melibatkan emosi.
BalasPadamPeyan: Sila semak ingredient kat ubat sapu jerawat. Biasanya ada jer benda ni.
BalasPadamTengok muka Peyan dah ok jer
Fara: Sabar2. hihi~
BalasPadamTQ, semoga bermanfaat
Xokey lagi la...
BalasPadamHahaha~~=P
ptt la 2 minggu ni byk naik jrwt kt muka ciktom..rupanya sbb stress marking paper stdt n kurang tidur..heee
BalasPadamThank you sebab kongsikan..:)
BalasPadamPeyan: Bersyukurlah dengan apa yang ada. Itu juga nak jaga iman kita, sama ada kita redha dan ikhlas hati atau tak =)
BalasPadamCik Tom: memang patut. Lalala~ Jangan marah.
BalasPadamAfiq: Sama2 =)
BalasPadamSharing is caring XD