Langkau ke kandungan utama

Tekanan Emosi Punca Jerawat




Assalamualaikum.

Entri perkongsian berkenaan kesihatan muka.

Entri di bawah agak panjang. Tapi ia amat berguna kepada sesiapa yang nak tambah ilmu.

Aku jumpa artikel ni dalam newspaper. Rasanya ada elok aku kongsikan bersama di sini.



Muka saya berjerawat akhir-akhir ini. Rakan saya memberitahu, ia berpunca daripada aturan tidur saya yang tidak menentu. Adakah perkara ini benar atau  ia berpunca daripada makanan yang berminyak? Apakah yang perlu saya lakukan, doctor?

Jerawat adalah masalah anak remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi apabila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya muka, dada dan belakang badan.


Punca Jerawat

Punca jerawat bukan terjadi daripada pelbagai factor. Faktor hormon adalah penyebab utama jerawat bagi wanita dalam lingkungan umur subur.

Majoritinya dalam lingkungan umur belasan tahun hingga awal 20-an. Faktor seperti ahli keluarga yang mempunyai jerawat juga memainkan peranan yang penting. Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12, kosmestik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak menyebabkan timbulnya jerawat.

Sebahagian jerawat timbul dari ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah dan terdedah kepada asap dan bahan kimia atau factor alam sekitar seperti cuaca panas. Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat.

Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.

Jerawat juga disebabkan oleh masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stress yang melampau. Untuk pengetahuan anda, banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda yang sedia bermasalah da seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Contohnya jerawat akan tumbuh sekiranya anda kekurangan tidur, menyedut udara yang tercemar dan juga mengidap tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi.

Jadi eloklah anda mendapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan dan  bermasalah yang juga secara tak langsung boleh mengganggu aliran tidur seseorang.


Sumber: Soal Jawab Bersama (dalam Utusan Malaysia) Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita,
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Info:

 Untuk penyakit jerawat vulgaris yang teruk di mana terdapat nodul-nodul/bengkak kecil, tetracycline digunakan secara tunggal atau digabungkan dengan benzoyl peroxide lima peratus mahupun tretinoin secara luaran.

Di samping tindakan anti-mikrobial, tetracycline boleh mengurangkan inflamasi dengan cara membebaskan spesis oksigen reaktif dari neutrofil.

Ubat sapuan jerawat adalah seperti erythromycin, clindamycin dan tteracline. Selain antibiotik, anti-androgen cyproteroneacetate dua milligram juga digunakan sebagai rawatan untuk jerawat. Ia mempunyai kesan pada kelenjar hipotalamus-pituiri (kawasan pada otak), bertindak dengan mencegah produksi gonadotrofin di samping menghalang secara kompetitif pengikatan androgen dengan kelenjar sebum.

Kombinasi cyproterone acetate dengan ethinyl estradial 0.035 miligram mengakibatkan  kitaran haid teratur, kulit yang licin dan kontrasepsi atau pencegah hamil kepada wanita yang memerlukan. Gabungan ini meredakan jerawat selepas tiga hingga empat kitaran dan selepas enam bulan, kulit akan bebas jerawat dalam 60 peratus kes.
Jerawat yang sangat teruk mungkin memerlukan 12 bulan untuk pulih. Walau bagaimana pun, keadaan ini boleh berulang dan rawatan jangka pendek selepas pulih mungkin diperlukan supaya jerawat tidak muncul kembali.

Jika rawatan ini diambil mengikut arahan pakar, tidak ada kesan sampingan yang serius. Kesan minor seperti peningkatan selera makan, loya yang tidak teruk dan ketidakselesaan payudara boleh berlaku. Menggelakkan persekitaran atau situasi yang menyebabkan tekanan boleh membantu.

Apabila wanita yang mengambil rawatan ingin mengandung, rawatan boleh dihentikan dan kesuburan akan kembali normal, kecuali jika terdapat keadaan lain yang mungkin menyukarkannya untuk hamil.

*Sebum = Bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum.

Jadi, jagalah kebersihan muka kita.

Korang boleh baca lagi artikel berkaitan jerawat dalam blog ini.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.






Ulasan

  1. huuuu
    sungguhla ye
    sy krg tido
    huhuhu
    seketol jerawat telah lahir ke muka bumi muke..

    BalasPadam
  2. kuat berangan pun jerawat timbul

    BalasPadam
  3. erythromycin, clindamycin dan tteracline
    macam mn ubatnya?

    dah cuba pncuci muka yg mahal, terkenal tp sayang kesannya ttp sma.. Aduh buat abis duit je beli.. DAMN !!

    BalasPadam
  4. hehe, perkongsian yg menarik... dari dlu smpai sekrg muke ku x lekang dek jerawat... Smpai dah taktau nak gune ape kt muke ni.. ehek ^_*

    BalasPadam
  5. Aimie: Maka, sila la dapatkan tidur yang cukup ya

    BalasPadam
  6. Cik Udin: Setuju dengan apa?
    (Haha~ Suka usik Udin)

    BalasPadam
  7. Abg Ghani: betul tu. Semua ni melibatkan emosi.

    BalasPadam
  8. Peyan: Sila semak ingredient kat ubat sapu jerawat. Biasanya ada jer benda ni.

    Tengok muka Peyan dah ok jer

    BalasPadam
  9. Fara: Sabar2. hihi~

    TQ, semoga bermanfaat

    BalasPadam
  10. ptt la 2 minggu ni byk naik jrwt kt muka ciktom..rupanya sbb stress marking paper stdt n kurang tidur..heee

    BalasPadam
  11. Thank you sebab kongsikan..:)

    BalasPadam
  12. Peyan: Bersyukurlah dengan apa yang ada. Itu juga nak jaga iman kita, sama ada kita redha dan ikhlas hati atau tak =)

    BalasPadam
  13. Cik Tom: memang patut. Lalala~ Jangan marah.

    BalasPadam
  14. Afiq: Sama2 =)
    Sharing is caring XD

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker