Assalamualaikum.
Tajuk berita ini selalu aku dengar.
Penjara sesak dengan banduan asing
10/10/2011 2:32pm
SANDAKAN - Jumlah banduan warga asing yang ramai menjadi penyumbang kepada kesesakan di tiga penjara yang terdapat di Sabah.
Pengarah Jabatan Penjara Sabah, Suria Idris berkata, secara keseluruhannya, 60 peratus penghuni tiga penjara di negeri ini iaitu di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan adalah warga asing.
Beliau berkata, kebanyakan mereka ialah warganegara Filipina, diikuti Indonesia manakala 40 peratus lagi adalah rakyat negara ini.
"Warga asing berkenaan menjalani hukuman berkaitan kesalahan imigresen, jenayah dan dadah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah dan terima tugas Pengarah Penjara Sandakan di sini hari ini.
Pada majlis itu, Timbalan Pengarah Penjara Bentong, Pahang, Faridun Md. Saad menggantikan Pengarah Penjara Sandakan, Mat Johir Asin, yang kini menjawat jawatan Pengarah Penjara Koreksional Perlis.
Suria berkata, turut mengalami masalah kesesakan penghuni adalah Sekolah Henry Gurney di Keningau untuk pesalah juvana.
Berikutan masalah kesesakan itu, beliau berkata, pihaknya mengambil beberapa pendekatan terbaik untuk mengatasinya termasuk penambahan blok di Penjara Sandakan dan Tawau.
Masalah itu juga akan diatasi dengan beroperasinya penjara di Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka mula menerima penghuninya bermula awal tahun depan, katanya.
Beliau berkata, penjara itu yang dibina dengan kos berjumlah RM35 juta mampu memuatkan 300 penghuni pada satu-satu masa. - Bernama
Kataku:
Malaysia ni lubuk rezeki. Tapi kenapakah pendatang asing datang dan buat onar di sini?
Aku paling tak suka dengan pendatang yang jahat. Datang ke negara orang, buat jahat pula ye. Isk!
Bila baca tajuk pasal penjara ni aku alert sikit kerana ada dua sebab. Pertama kerana ramai juga kawan-kawanku yang berkerja dengan jabatan penjara ni.
Satu lagi sebab ialah kerana rumahku dekat dengan Penjara Pokok Sena, penjara terbesar di Malaysia. Risau juga kalau-kalau banduan terlepas. Tak mungkin akan terlepas tapi tak mustahil, kan? =)
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
rumah kat pokok sena... heh.. tak jauh mana la kan ng umah aiman.. hew hew hew XD
BalasPadambtw.. alaa.. malaysia kan smuanya baik2.. org luar yg dtg, msti la naik kpla.. tgk je la skliling.. brapa rmai sgt org malaysia yg jahat. .? tak ramai kan.. hehe ;p
nama tmpt tu pokok sena yer?yg kat spital lama tu ka?hehe,,nmpk sgt tak tau peta kedah,,
BalasPadamtulah,,kdg2 seram dgn pendtg asing nih,,wat m'sia mcm negara diorg jer,,nyampah,,
mlaysia ka lbuk rezeki..
BalasPadamapapun kna bg ktat lg..undang2..
Menakutkan...
BalasPadamKalau penjara sesak dengan banduan asing, lebih sesak rumah penempatan sementara oleh PATI.
Takut klu bnduan terlepas..
BalasPadamCepat2 nyorok bwah katil..
Hehehe =)
nilah yg merimaskan , huh
BalasPadamAiman: Dekat ke?
BalasPadamDiorang naik tocang tu