Langkau ke kandungan utama

Orang Ceria Mana Boleh Cepat Jatuh Sakit

Assalamualaikum.

 Aku jatuh sakit hari ni. Aku rasa susah jugak nak jatuh sakit sebab aku benci sakit. Erk, tetiba emo macam budak remaja. Tak la, aku susah nak jatuh sakit sebab orang yang ceria mana boleh cepat jatuh sakit tapi bila orang ceria jadi stress, mula la encik penyakit mula nak singgah untuk kiss.

Haha~ Layankan saja ayat aku yang bengong ni ye. Tetiba jadi budak-budak pula. Terpengaruh tadi bila:

1. Orang kata aku budak sekolah

Ada mak cik tu tanya aku tak pergi sekolah ke? Wah, muda belia la aku ni ya? Haha~ Perasan. Rindu pula kat kawan baik masa kat sekolah dulu. Miss them so much =)


2. Ada orang tag aku dan tanya pasal sekolah

Biasanya budak-budak sekolah je yang buat entri tag-mengetag dan cerita pasal diri ni. Disebabkan aku ni baik, maka aku akan menjoinkan diri juga. Kesian orang dah tag kan. Lagipun bila lagi nak jadi muda belia semula? Haha~

Berbalik kepada cerita, aku jatuh sakit tadi. Sakit apa? Er, kalau korang sedang makan, sila elakkan membaca, k.

Aku dapat muntah-berak. 4 jam macam tu, lembik la. (Sila tekan Ctrl dan A serentak).

Pada waktu macam ni, aku tak kan makan apa pun jua termasuklah air kosong. Lagipun, kalau aku makan, lagi sakit nak muntah dan lagi lama pening sebab semua yang melalui tekakku akan dikeluarkan balik.

Aku tersilap minum air awal pagi tadi. Maka keluar balik la. Nasib baik, aku minum sikit saja.

Dulu, pernah terjadi aku muntah balik ubat. Rugi je ubat tu. Daripada aku nak rasa sakit untuk keluarkan makanan tu (muntah), maka aku lebih rasa lembik dan tak bertenaga.

Jadi, pada waktu tu, aku tak akan makan dan tak makan ubat.

Alhamdu lillah, menjelang pukul 4 petang, aku dah kembali sihat. Sakit semua dalam tempoh 6 jam.

Adikku balik dari sekolah seperti memahami dan duduk diam-diam (tak buka tv pun).

Adikku yang lagi sorang pula menyediakan sup ayam.

Terima kasih adik-adikku kerana memahami. Haha~ Poyo tak?


Soalan aku, korang pernah tak dapat penyakit macam ini? Apa korang buat?


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Ulasan

  1. bangga nye ada owg cakap dak skolah..hahaha..muda belia

    BalasPadam
  2. haha game tadi sis tag kamu
    sis pun budak sekolah lalala :)

    BalasPadam
  3. hayooooo
    sgt runsing kalao dpt penyakit yg muntah berak nii


    mak ada rebus air kulit kayu tu
    ha
    dok minum tulah
    pelan2 okeh =]


    semoga kak sha ceria2 ye!

    BalasPadam
  4. Peyan: nak juga diam. hanya hati dan diri sendiri sahaja berbicara.

    BalasPadam
  5. Anis: perlukah berbangga? terfikir jap. lalalala~

    BalasPadam
  6. sis: soalan sis ok lagi. Soalan yg sha terima tu sgt kebudak2an dan tanya pasal sekolah.. Haha~

    BalasPadam
  7. Aimie: nak buat macam mana dah nak datang penyakit.

    air kulit apa?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker