Langkau ke kandungan utama

Mak dan Ayah Mendapat Panggilan-NYA

Assalamualaikum

Entri peribadi.

Apa khabar pembaca setia blogku? Haha~ Bajet je ada pembaca yang setia kan? Orang yang setia ada tapi nak cari pembaca setia tu bukan senang.

Mak dan ayahku dapat panggilan menghadap-NYA. Bukan kematian tapi mereka dijemput untuk berada di rumah-NYA.

Syukur, sampai juga hajat mak ayah nak ke Mekah.

Tapi, apa yang aku terkilan, aku masih lagi tak bekerja. Kalau aku kerja, boleh juga aku hulurkan barang sepeti dua emas dan perak (sila baca dengan nada klasik bajet zaman kesultanan Melayu Melaka).

Apa-apa pun, aku gembira untuk kedua-dua orang tuaku. Cuma, aku rasa mesti aku akan merindui ketidakberadaan mereka yang aku sanjungi di rumah ini.

Aku selalu juga berfikir kalau la mereka terus tiada di alam fana ini, bagaimana perasaanku dan bagaimana adik beradikku? Bergaduhkah kami? Tapi aku yakin, adik beradikku tak kan bergaduh kerana hasil didikan ayah bonda, kami akan mencapai kecemerlangan (tetiba baca nada amcee).


Oh ya, tarikh penerbangan ialah pada 16 Oktober 2011,
check in 10 pagi
berlepas 4 petang
Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kenduri kesyukuran dan untuk ke sana ialah pada hari Sabtu, 15 Oktober.
Sesiapa yang nak berkunjung, boleh. Dialu-alukan =)

Harap-harap mereka akan pergi dan balik dengan selamat. Sayang mak dan ayah.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
10 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)