KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia memperkenalkan duit syiling baru siri ketiga dan wang kertas baru Malaysia siri keempat sebagai usaha berkala memperkukuhkan ciri keselamatan terkini bagi menangani ancaman pemalsuan mata wang.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, melalui pengenalan duit syiling baru siri ketiga juga Bank Negara Malaysia dijangka dapat menjimatkan kos pengeluaran duit syiling sebanyak 49 peratus setahun.
“Penjimatan ini disebabkan penggunaan logam asas yang dipilih, teknologi penempaan, dan spesifikasi teknikal yang lebih baik daripada siri-siri duit syiling terdahulu,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, semalam.
Siang Chai menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu rasional pengeluaran siri ketiga duit syiling dan siri keempat wang kertas baru Malaysia serta jumlah kos, pembekal dan di mana mata wang itu diperbuat.
Kontrak bekalan
Beliau berkata, kontrak bekalan mata wang siri baru itu ditenderkan secara terbuka kepada syarikat pencetak wang kertas antarabangsa yang mempunyai reputasi tinggi dan berwibawa.
“Pembekal yang dipilih bagi tender kontrak bekalan duit syiling kosong ialah Poogsan Corporation, Korea dan duit syiling kosong tersebut ditempa di Kilang Wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam.
“Pembekal kontrak bekalan wang kertas siri baru, Crane AB, Sweden, Giesecke & Devrient GmbH, German, Oberthur Technologies, Perancis dan Orell Fussli, Switzerland,” katanya.
Impak AS
Sementara itu, Siang Chai berkata, keputusan kerajaan Amerika Syarikat mengehadkan kadar siling hutang negara mereka tidak memberi impak ketara terhadap Malaysia memandangkan eksport negara kini lebih pelbagai terutamanya dengan peningkatan perdagangan intraserantau di Asia.
“Unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 20 September 2011 menunjukkan prestasi ekonomi Asia serantau dijangka terus positif terutamanya bagi negara membangun berkembang pesat seperti China, India dan Indonesia.
“Perkembangan ini turut menyokong pertumbuhan perdagangan intraserantau seterusnya mengimbangi kesan kelembapan Amerika Syarikat,” katanya ketika menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota).
Azan ingin tahu kesan yang dialami negara akibat keputusan Amerika Syarikat mengehadkan kadar siling hutang negara mereka.
“Asas ekonomi negara yang kukuh, peningkatan pertumbuhan ekonomi dalam negeri, perbelanjaan domestik yang kukuh serta aktiviti pelaburan yang rancak membantu mencatat pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini,” katanya. - Bernama
Kataku:
Dari mana duit Malaysia dibuat?
Syiling:
Bekalan duit syiling kosong ialah Poogsan Corporation, Korea
Ditempa di Kilang Wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam.
Kiranya kita cop sendiri duit syiling. Ambik bekalan dari Korea.
Wang kertas
Crane AB, Sweden,
Giesecke & Devrient GmbH, German,
Oberthur Technologies, Perancis
dan Orell Fussli, Switzerland
Baru tau syarikat-syarikat yang buat duit Ringgit Malaysia ni.
Bagus la kalau duit baru ni lebih susah nak ditiru tapi kan penjenayah biasanya lebih pandai daripada orang baik-baik. Betul tak?
Kalau Black Money tu camne lak? cuba wat entry pasal Black Money. hehehe
BalasPadamingatkan malaysia sendiri yg cetak duet kita.hu3
BalasPadamGoodinfo =)
BalasPadamAcid: Black Money? Erm, malas nak buat entri pasal penjenayah ni. Hehe~
BalasPadamAleen: tak la.. bagi negara lain.
BalasPadamSame goes to soalan peperiksaan besar spt UPSR, PMR, SPM, SPTM, dll. Biasanya bagi Autralia yg cetakkan.
Peyan: info yg bagus utk orang yg belum tau macam kak sha =)
BalasPadamduit syiling baru 10 sen dan 5 sen boleh melekat kat magnet...kualiti?....
BalasPadam