BUKTI. Kamaruddin menunjukkan parang digunakan suspek untuk menyamun rumah warga emas di Kampung Gong Nangka, Jertih, kelmarin.
JERTIH: Seorang warga emas terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum berjaya membuatkan penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk ke rumahnya melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam, Abdul Ghani Jusoh, 65, bersama isterinya berusia 68 tahun yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah lalu keluar dari bilik tidur untuk memeriksa.
Menurutnya, dia pada mulanya menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya mengejar tikus sebelum terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya.
“Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam saya dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan saya cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.
“Walaupun uzur saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini, semalam.
Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri manakala dia dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, bagaimanapun dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi semalam.
Abd Ghani yang luka di dada dan bahu akibat pergelutan itu menerima 10 jahitan di bahagian terbabit.
“Saya dan isteri yang menghidap penyakit lumpuh tidak menyangka penyamun sanggup memecah masuk rumah kerana kami tidak memiliki barang berharga,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata, polis yang dimaklumkan kejadian berkenaan bertindak pantas berusaha mengesan suspek sebelum menahannya dengan bantuan penduduk dan Unit Kawalan Kampung Bukit Kenak, di sini, pada jam 8 pagi semalam.
“Suspek yang dalam keadaan keletihan ditemui dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, bersama dua bilah parang dipercayai diambil dari rumah mangsa ketika memecah masuk rumah itu,” katanya.
Sumber: Bersilat 20 minit halau penyamun
Kataku:
Pentingnya martial art - seni mempertahankan diri, lagi-lagi dalam dunia sekarang ni yang banyak sangat orang jahat. Kat kampung pun tak terkecuali. Tak ada orang jahat dalam kampung, orang luar datang masuk buat jahat dalam kampung.
Berhati-hati la ye. Musuh tak kenal siapa. Tengok, pasangan atuk nenek ni yang miskin dan lumpuh pun ada orang nak rompak.
Pisau, parang, gunting perlulah disimpan di tempat dalam laci yang berkunci dan kunci simpan dalam bilik tidur sebab kebanyakan modus operandi perompak masuk rumah dan ambik pisau kat dapur. Ini ingatan dari pihak polis.
Jom ambik kelas mempertahankan diri. Aku dah ada tapi rasanya cuma mampu mempertahankan diri sendiri sahaja, lama tak berlatih dow.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
Kalau entri ini membantu, sila tekan +1 ya.
Kalau entri ini membantu, sila tekan +1 ya.
rumah orang tua miskin yang lumpuh pun ada orang nak rompak T_T
BalasPadamrompak la rumah yang orang dok makan rasuah bnyk2 nuh T_T
nahh.. hebatnya pakcik!
tsk.. aku pun ada amek silat gayong, tapi setakat daftar sajalah..
masih terasa diri ini selamat..
hebak pok cik ni..hehe
BalasPadamaiman: itu la namanya dugaan.
BalasPadammohd: a ah, orang lama memang hebat
BalasPadambagusnya pakcik tu..
BalasPadamtapi kesian jugak dia tpaksa blawan dgn manusia yg tak guna akal fikiran utk kebaikan..:(