Langkau ke kandungan utama

Aku Nak Jadi Pelangi


Assalamualaikum.

Entri peribadi.

Akhir-akhir ini (terutamanya bulan September), aku melalui jalan hidup yang agak dramatic.

Dramatik

Rasanya tak perlu lah aku nak cakap pasal apa jadi macam tu. Teruk juga la sampai tak tidur malam dan tak makan. Tidur tak lena. Rasa tak ada selera langsung nak makan.  Tapi semua itu, biarlah aku sorang sahaja yang tahu dan tanggung betapa seksanya.

Bila orang nampak aku, aku nak diorang nampak diriku yang ceria, yang happy sentiasa tanpa ada masalah. Aku nak tau orang tahu aku makan, aku tidur padahal ..


Air mata peneman setia

Aku juga seorang perempuan biasa yang mana air mata peneman setia. Tapi aku juga tak nak mereka susah hati disebabkan aku. Biarlah aku sahaja yang tahu apa rasanya semua penderitaan itu.

Aku tak nak nangis depan orang disebabkan masalah aku.


Kawan-kawan dan sifat sebenarku

Bila aku cakap, aku nak nangis atau merajuk depan kawan-kawanku, mereka cakap tak payah nak menggedik. Sebab diorang kenal aku bukan macam tu. Aku yang mereka kenal adalah seorang yang tabah dan kekal ceria, juga unvulnerable. =)

Pelangi tak selalu muncul

Memang pelangi tak selalu muncul tapi aku nak jadi pelangi yang indah, yang cantik kepada semua orang. Supaya semua orang happy dan bahagia.

Aku lebih sayangkan kawan-kawanku dari diriku sendiri. AKu jadi tak senang perut (pepatah ni mak aku cakap) kalau tahu kawan aku ada masalah tanpa aku dapat tenangkan keserabutan diorang. Sekurang-kurangnya aku boleh jadi pendengar dan diorang boleh luahan rasa hati.

P/s: Korang bahagia tak dengan aku? Hahaha~

P/s/s: Banyak sangat fikir, dah sakit ni. Rasa nak format je kepala otak aku ni. Haha~.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              


Ulasan

  1. adik pun nak jadi pelangi, nak kasih semua orang di sekiling adik happy dan tersenyum selalu. (': saya memang bahagia dengan kak sha. hehe#

    BalasPadam
  2. Bagus dik =)

    Sayang Raisya juga ♥

    BalasPadam
  3. Kuatkan hati..jadilah pelangi yang boleh membuat hati orang lain riang..:)

    BalasPadam
  4. bila kita sedih , kita menitiskan air mata ..
    tapi sebenarnya Tuhan nk hadiahkan pelangi utk kita lupakan kesedihan tu..
    smile :)

    BalasPadam
  5. Kay: Terima kasih =)

    Jom jadi pelangi

    BalasPadam
  6. Kak Sha nak jadi pelangi... Fara plak nak jadi sunshine bley x? Hehe... Kegembiraan & kebahagiaan pasti menunggu Kak Sha tp be patient yea sist, I know u r strong :)

    BalasPadam
  7. kuat sungguh kamu ye!=]
    moge dibalik air mata itu
    kekuatan diri akan bercambah dr sehari ke sehari ye!

    BalasPadam
  8. Aku lebih sayangkan kawan-kawanku dari diriku sendiri.<--- Terbaik kan =)


    Ye saya suka bersahabat dengan Kak Sha w/pon baru pertama kali bersemuka.. Yang penting kita enjoy =P

    BalasPadam
  9. Fara: Boleh. Jadi la sunshine utk Kak Sha plak ye. haha~

    Kalau la ada kebahagian dan kegembiraan kat depan tu menanti, alangkah indahnya. (mula la nak merapu dah ni). Haha~

    I'll hold. Harap2 dapat terus kuat =)

    BalasPadam
  10. Peyan: Tak percayakah? Tak suruh sesiapa percaya pun.

    Kak Sha suka juga

    BalasPadam
  11. Kuatkan hati sha..
    Allah ada je untuk sha kan.. Hehe..
    mengadu la kat Dia..


    p/s : udin nak jadi awan.. :P

    BalasPadam
  12. teringat pulak lagu over the rainbow..hehe.

    BalasPadam
  13. Chi: teringat macam lagu padang yg cantik.

    BalasPadam
  14. En Udin: ya, Dia takkan hilang dan sentiasa ada =)

    Terima kasih atas pesanan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker