Langkau ke kandungan utama

Uniknya Peribahasa Melayu

Gambar bekas PM kita..



Assalamualaikum.

Apa khabar?

Kali ini, jom belajar sikit peribahasa Melayu. Aku rasa ramai yang tak tau, sebab aku sendiri pun tak tau. Haha~

Aku dapat ni dari group persatuanku. Bukan group blogging tau.

1. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung
= tidak mementingkan diri sendiri


2. Memelihara gajah putih
= menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tidak mendatangkan faedah



3. Di reban sendiri melegas, di reban orang meromok
= berani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat orang

(Melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan seperti kuda.
Meromok = duduk meringkuk)



4. Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran
= fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu



5. Syarak mengata, adat menurut
= syarak dan adat tidak dapat dipisahkan



6. Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah
= pergaulan dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak



7. Manikam sudah menjadi sekam
= tidak berguna lagi; tidak berharga lagi



* Sumber dari "Kamus Istimewa Peribahasa Melayu" yang dikarang dan disusun oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pusataka 1993


Aha, ada juga yang kita tak pernah dengar kan?


Korang suka peribahasa yang mana?


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. semua peri bahasa aku suka..indah bahasanya

    BalasPadam
  2. haha...tak pernah dgr beberapa yg pelik2x tu....thnx for the infO...^__^

    my reCent pOst :Why U do Like that to ME..?

    BalasPadam
  3. Den xpnoh ngor smua prbhsa ne smua..
    Hahahaha[nmpak sgt bukan mlyu sjti]
    Hehehe=P

    BalasPadam
  4. noyb: ye, pelik kan.. sebab kita tak pernah dgr

    BalasPadam
  5. Peyan: Semua? haha~ tak pe, semoga kak sha letak kat blog ni ada jugak la org dengar peribahasa ni.

    BalasPadam
  6. menarik2....pasnie boleh lah kak sha jadi ahli sastera lak...preserve budaya melayu kita.....

    BalasPadam
  7. kak sha ni memg pndai menulis.. huhuhu

    BalasPadam
  8. Naim: of coz..
    wishing me, okay haha~
    =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker