Langkau ke kandungan utama

Nada dan Lenggok Nazam adalah Sama dengan Kalamun


Kecik-kecik dulu, mesti kita biasa main biji getah ni kan?


Assalamualaikum.

Entri persatuan dan memori.


Aku baru perasan yang nada dan lenggok nazam adalah sama dengan kalamun.

Nazam?

Kalamun?

Aku pasti ramai yang tak tau pasal kedua-dua term di atas ni kan?

Nak aku bagi penerangan apa yang aku tau atau nak aku googlekan dan terangkan pada korang?

Aku terangkanlah. Aku mula mengenali nama nazam apabila ada penyanyi buat lagu tajuk Nazam Aidilfitri. Kemudian kat sekolah, aku ada belajar Komsas (komponen sastera). Ada cikgu Bahasa Melayu sebut pasal nazam ni tapi tak tau pun apa itu sebenarnya nazam.

Aku kan lepak rumah kakakku di Melaka pada bulan Julai lalu. Maka aku la tempat untuk kakakku bercerita. Takkan nak cerita pada anak dia yang berumur empat tahun kot. Ceritakan boleh tapi tak kan dapat proses berfikir yang lengkap. Hehe~

 Kakak ada menghadiri kursus pasal prosa klasik. Dia didedahkan dengan segala prosa klasik yang didendangkan. Contohnya syair, gurindam, seloka dan nazam (sekadar memetik beberapa jenis prosa).

Kakak cakap nazam tu dia pernah dengar masa kecil-kecil dulu dan dia kata nazam sangat dekat di hatinya. Aku suruh dia dendangkan, dia kurang ingat. Dendang sikit-sikit saja, mana la aku dapat ingat.

Kakak cakap nazam tu bagus untuk didik anak-anak atau untuk didodoikan pada anak kecil.  Ada ajaran agama. Kakak ada sebut beberapa bait, tapi aku dah tak ingat dengan jelas. Aku cuma ingat, ianya memang membawa maksud dan nasihat agama.

Kebetulan berselang tak lama, ada tilawah al-Quran di TV. Masa rehat, ada nazam. Oo, itu lah nazam. Suka jugak aku mendengarnya. Rasa bangga jugak sebab orang Melayu ada tinggalan prosa yang baik begini.

Berbalik kepada Kalamun pula, aku pun baru sahaja mengenalinya. Sebenarnya, kalamun ini adalah mainan biasa bagi orang Melayu Kedah terutamanya golongan berumur. Aku dah naik tak minat sebab selalu jer dengar kalau ada kenduri masa kecil-kecil dulu.

Tapi, aku mula tertarik hati apabila aku menghadiri majlis yang persatuan aku anjurkan iaitu belajar Marhaban, Qasidah BUrdah. Baru aku tahu menghargai betapa bertuahnya orang Kedah sebab mewarisi tinggalan ini.

balik dari majlis tu terus aku google dan download kalamun, selawat burdah, qasidah. Aku pasangkannya selalu. Sedap rasanya irama ini.

Mesti lah sedap sebab memang dari kecil lagi aku dialunkan dengan lagu-lagu ini cuma bila aku mula membesar, ianya dah tak ada.

Terima kasih persatuanku yang menghidupkan kembali budaya ini. Bukan sekadar di Kedah sahaja tetapi seluruh negara. Kami akan buat majlis serentak seluruh negara pada setiap malam Khamis.

Malam tadi, aku buka Kalamun dan aku perasan yang ianya adalah sama dengan nazam yang aku main ingat jer. Susah nak cari nazam, kat internet aku tak jumpa lagi. Tu la rasa rugi sebab tak rekod nazam masa ada kat tv hari tu.

Sekarang ni rasa rugi tak rakam ada satu selawat yang dipasangkan pada radio Kedah pada bulan puasa. Aku selalu ikut selawat tu. Kakakku yang baru pulang ke rumah untuk menyambut Raya,  mendengarnya sekali dua turut menyukai selawat tersebut.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.


Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker