Langkau ke kandungan utama

Kucing - dari Fobia jadi Suka

Assalamualaikum...

Entri berita

Lelaki takut kucing



TAKUT melampau terhadap kucing hakikatnya satu derita yang ditanggung oleh golongan ailurofobia.



MANUSIA takut kepada kucing mungkin kedengaran agak pelik. Tetapi sejarah membuktikan banyak lelaki yang dianggap ganas seperti Napoleon Bonaparte, Julius Caesar dan Hitler menderita akibat fobia terhadap kucing.


Bagi mereka, haiwan kesayangan itu boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.


Perasaan yang sama turut dialami oleh seorang lelaki di Kuala Lumpur yang hanya ingin dikenali sebagai Anan, 28.


Anan pernah membenci haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w itu. Dia juga tidak menaruh rasa simpati tatkala berdepan dengan seekor kucing yang memerlukan bantuannya.


Baginya, kucing adalah binatang yang jahat dan menakutkan. Semua itu disebabkan peristiwa semasa kecil yang membuatkan dia trauma.


“Sejak kecil lagi saya tidak menyukai kucing kerana ada insiden yang menakutkan saya,” tuturnya kepada Jurnal.


Menurut Anan, tiada kucing yang dibela di rumahnya. Dia hanya mengenali haiwan itu buat pertama kali sewaktu pulang ke rumah neneknya di kampung.


Pada mulanya Anan tidak gentar bermain-main dengan kucing neneknya sehinggalah pada hari dia berkongsi makanan ringan dengan haiwan itu.


“Saya memberinya makan makanan ringan itu tetapi ia seolah-olah tidak puas walaupun makanan itu sudah habis. Ia sebaliknya terus mengekori saya.


“Saya yang pada masa itu berumur kira-kira empat tahun mula berasa takut. Saiz kucing itu besar iaitu sehingga ke paras pinggang saya. Saya cuma terbayangkan kucing itu boleh menjadi ganas dengan menerkam dan membaham tubuh saya yang kecil,” kata Anan ketawa.


Fobia



Selepas peristiwa itu, Anan menjadi takut dengan kucing. Apabila ternampak sahaja haiwan itu, dia pasti cuba menjauhkan diri.


Dia merasakan haiwan itu ingin menyerangnya dengan gigi dan kukunya yang tajam. Melihat anak kucing bermain-main pada kaki orang dewasa pula boleh menyebabkan tubuh Anan menggigil kerana geli dan ketakutan.


Biarpun dia telah berusaha sedaya upaya untuk tidak terserempak dengan haiwan itu, ketenangan Anan sering juga diganggu ketika dia makan di warung.


“Sebenarnya saya tidak selesa makan di warung kerana di situ selalu ada kucing berkeliaran mencari makanan.


“Mereka sering merayu-rayu minta makanan hingga membuatkan saya naik geram. Saya rasa puas jika tidak memberinya makan.


“Saya juga akan marah melihat orang yang bukan saja memberinya makan bahkan menggosok-gosok tubuh kucing yang kotor itu seperti bermain dengan anak patung,” ujar Anan lagi yang menyifatkan dirinya sebagai ailurofobia iaitu fobia kepada kucing.


Bagaimanapun, beberapa kejadian telah menyebabkan dia berasa kesal sehingga ke hari ini.
Menurut Anan, dia pernah berlaku kejam terhadap haiwan itu. Dia menceritakan bagaimana dia hanya menyaksikan sahaja seekor anak kucing yang lemah kesejukan sewaktu hujan lebat.


“Ketika itu saya hendak pulang ke bilik hostel. Tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing berwarna kelabu yang kesejukan dalam hujan.


“Saya tidak berusaha langsung untuk menyelamatkannya bahkan membiarkannya terseksa begitu,” katanya. Ada nada penyesalan di sebalik getar suaranya.


Namun, persepsi Anan terhadap kucing berubah tatkala dia menikmati hidangan makan malam bersendirian di sebuah gerai di pinggir ibu kota.


Seperti biasa, gerai makanan yang dikunjungi Anan sentiasa dipenuhi kucing liar yang kurus dan kotor.
Ketika menikmati hidangan itu, seekor kucing jalanan telah melompat ke atas kerusi di sebelah tempat duduk Anan sambil mengiau dengan suara yang lembut meminta makanan.


“Pada mulanya saya tidak mengendahkan kucing itu sehinggalah mata saya memandang tepat pada raut wajahnya.


“Ketika bertentang mata dengan kucing hitam itu saya seperti dapat merasakan apa yang sedang ditanggung olehnya.


“Matanya yang bulat itu menyampaikan bahawa ia benar-benar memerlukan makanan dan itu yang membuatkan saya begitu kasihan.


“Saya tidak faham mengapa hati saya tersentuh. Mungkin Tuhan hendak memberi hidayah agar saya menyayangi sesama makhluk,” ujarnya.


Kata Anan, malam itu adalah kali pertama dia memberi makan kepada seekor kucing.
Malah, dia sempat menggelarkan kucing itu sebagai Itam kerana bulu kucing itu berwarna hitam.



KEKEJAMAN terhadap haiwan seperti kucing tidak seharusnya berlaku kini.




Anak kucing



Sewaktu dalam perjalanan pulang, fikirannya tidak keruan. Anan mula sedar bahawa dia tidak seharusnya membenci haiwan itu walaupun dia begitu fobia terhadapnya sebelum ini.


Semenjak hari itu, Anan akan berasa kasihan jika ternampak kucing jalanan.


Baru-baru ini, dia terserempak dengan sebuah kotak yang berisi empat ekor anak kucing yang dibuang orang.


“Saya bawa kucing itu balik ke rumah. Walaupun masih geli dan takut untuk menyentuhnya, saya percaya haiwan itu tidak akan menyerang saya.


“Saya bawa balik dan memberinya makan nasi berlaukkan ikan. Dengan bantuan adik saya, anak-anak kucing itu dibiarkan bermain-main di halaman rumah,” ujar Anan.


Namun, hayat kucing itu tidak panjang. Semua kucing itu didapati mati pada hari raya keempat yang baru lalu iaitu kira-kira seminggu selepas dia mengutip haiwan itu.


Jelas Anan, dia tidak mengetahui punca kucing tersebut mati serentak. Dia cuma mengandaikan ia mungkin disebabkan oleh keracunan kerana dibiarkan bermain di laman.


“Saya sempat merakamkan gambar kucing-kucing tersebut pada Aidilfitri lalu ketika mereka bermain-main di halaman rumah,” tuturnya.


Anan kini sedar bahawa dia tidak seharusnya membenci sesama makhluk. Biarpun takut dengan haiwan itu, dia tidak seharusnya berlaku zalim terhadapnya sebaliknya harus saling menyayangi.




Sumber: Kosmo
Oleh SYALMIZI HAMID




Marilah sayangi kucing. Kucing tak bersalah pun malah binatang kesayangan Nabi.


Kat rumah aku ni ada la beberapa ekor kucing. Adikku bela. Dia suka kucing. Aku suka juga tapi aku ni jenis geli. Aku tak pegang kucing tu macam adik-adikku pegang. Aku geli nak carikan kutu kucing. Aku tak akan angkat kucing dan cium. Laga-laga hidung.


Bagus la diorang tak geli. Aku ni jenis cepat geli tak boleh la. Rasa geli tu 'kembang tengkok'. Tu yang aku tak boleh nak buat apa.


Bebaru ni ada kucing beranak atas katil aku. Adikku yang pegang anak kucing tu. Aku nak je pegang sebenarnya tapi aku geli sampai kembang tengkok. Aku pun dah tak tidur kat bilik. Geli seh.


Nak letak luar anak kucing tu, risau pula bapak kucing jiran datang makan. Kesian la kat kucing tu. Semoga kucing-kucing tersebut menghargai pengorbanan aku ni. Haha~

Korang macam mana?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!








Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. ak ofkos la cyg meow2..

    ak xkesah kalo org xske kucg,,almaklum la,,takkan aku nak sumer org sm cm ak kan...
    tp plz la jgn seksa kucg..

    ingatlah,,Allah Maha Adil...

    BalasPadam
  2. Aiman: ye ker?

    ok la tu.. penyayang =)

    BalasPadam
  3. jiwa: aku agak geli la.. haha~

    ko pun sama ek?

    tapi aku tak la takut atau fobia. aku biasa2 jer.

    BalasPadam
  4. unimeow: kita tak seksa kucing malah biarkan kucing tu guna privilege lagi (biarkan dia duk dlm bilik smtara kite tido luar).

    BalasPadam
  5. ijam: ko memang, semua sayang ko.. haha~

    BalasPadam
  6. riva'i: tak suruh takut pun.
    kucing kan binatang kesukaan Nabi s.a.w

    BalasPadam
  7. saya bela kucing..tetapi tak suke nak beramah mesra sgt dengan dia -geli....

    BalasPadam
  8. dlu kat sekolah ramai je kawan kawan yang geli dengan kucing .
    HAHA . tah papetah
    http://gadisbunga93.blogspot.com/2011/09/tetapkan-hati-kerana-sang-pencipta.html

    BalasPadam
  9. heeeeeeeeee
    dulu kite takootttt gile ya amat dgn kucing
    ntah mase bile skrg sonok gile dgn kucing
    hehhehe

    BalasPadam
  10. soo intersting...
    kngkwan sy pon..ada yg fobia...
    nsib baik sy dak...
    suka sngguh kat kucing...
    boleh kurangkan stress...
    kdg2 bila tensyen kaa apa kaa..
    putus cnta kaa...
    kucing ar jadi mngsa n tmpat nk luahkan prsaan...
    hihi... :)

    BalasPadam
  11. kawan saya berbangsa india takut pada kucing tp yang peliknya berani pada anjing.. adoi~~ Apakah? pelik je rasanya~~

    BalasPadam
  12. gadis bunga: ramai je kot yang geli dgn kucing tapi lagi ramai yang suka kucing. haha~

    BalasPadam
  13. aimie: perubahan yg bagus. mcm dalam artikel ini -dulu fobia, skrg suka

    BalasPadam
  14. Autumn: bagus la kalau macam tu.

    kucing tu peneman setia, kan? =)

    BalasPadam
  15. peyan: pernah jumpa jugak macam tu. rasanya diorang geli sb kucing kan lebih manja dan lebih gebu dari anjing. kot la. haha~

    BalasPadam
  16. ooo..
    ada jugak sebab napa dia x syg kucing..
    tpi yg pasti ini smua makluk allah..

    P/s: sya pun gli dgn kcing..tpi x de la smpai nak bnuh :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker