Langkau ke kandungan utama

Terima Kasih Atas Ketidaksabaran Pak Cik

Assalamualaikum...

Entri peribadi dan tiada kaitan dengan korang.

Tapi kali ini, aku tak akan reveal semuanya. Hati sebelah sana perlu dijaga jugak.

Aku baru sahaja frust. Nangis dalam 20 minit saja. Oh, itu kira paling cepat la.. Haha~

Sakit? Memang sakit rasa hati tapi sekarang, setengah jam yang sudah, aku dah ok. Dah rasa biasa. Rasa kebal. Rasa sebal.

Sedih? Siapa yang tak sedih. Tapi cukuplah nangis 20 minit tu. Tak larat dah nak makan hati. Haha~

Pasal apa gaduh? Hal kecil tapi besar baginya.

Tak apa la kalau dia tak dapat bersabar dengan aku, terserah la. Tadi, aku sengaja mengujinya. Ternyata dia bukanlah seorang yang penyabar.

Aku pelik, kalau masa dia marah-marah aku boleh bersabar. Kenapa tidak dia? Aku tak pernah marah dia lagi cuma tadi saja tu pun kecik je tapi dia tak dapat nak sabar.

Apa guna kalau tak dapat bersabar? Aku risau kalau, (kalau okay, bukan betul-betul), kalau aku bersuamikan dia, dia akan mudah loss control. Aku takut... Minta simpang malaikat 44.


Pesanan untuk dia kalau-kalau masih sudi menyelak blog aku ni:

Awak, jangan mudah lafaz perpisahan. Kerana talak tu akan berada di tangan awak. Risau kalau awak dah terbiasa dengan lafaz berpisah.



Tak apa, aku redha dengan semua ini. Aku yakin ALLAH tak akan mensia-siakan aku..



P/s: Minta maaf kalau kepala aku bengong sehari dua ini. Harap faham, k. Haha~

P/s/s: Waktu aku sedih begini, akan ada teman temani aku. Terima kasih ya ALLAH.


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. suka ayat tu :)

    p/s : sabar ye

    BalasPadam
  2. mungkin dia bukan The One yang kita cari. :)

    BalasPadam
  3. skrg susah nk cari pasangan yg betul serasi dgn kita...dapat 30% sama pun dh ok lah tu

    BalasPadam
  4. banyakkan bersabar k,,mungkin itu hanyalah ujian kecil sj bagi kita,,,ttp kdgkala kita jgnlah terlalu menguji seseorg,,mest ada batasnya,,,klu slalu sgt nant diorg pun rimas,,

    p/s ini pglmn sy sendri,,pasni tknk uji sgt2 dh,,,yg pentg perlu terima seadanya,,,

    BalasPadam
  5. takpe2..perjalanan masih jauh..mungkin muda remaja lagik nih dia macam tuh...

    btw nanti nur buat blog list eh..takda masa sangat sekarang nak edit blog..anyway thanks

    BalasPadam
  6. Keroro: Ko suka ayat apa, weh?

    TQ bagi pesanan.. aku ok jer

    BalasPadam
  7. M.D: Mungkin.. haha~

    TQ ya dear, sudi singgah

    BalasPadam
  8. Abg Ghani: Di mana kan ku cari ganti? haha~ tetiba nyanyi plak..

    betul2. dah orang tak suka kat kita nak buat macam mana. Sabar je la.

    BalasPadam
  9. miss ina: sabar je.

    bukannya selalu pun. entah la.. kalau tak dapat bersabar, apa lagi nak kata?

    BalasPadam
  10. nur: ya, perjalanan masih jauh.. dan kita belum tahu apa yg bakal berlaku.

    sabar je kerana semua ini di bwah kuasa-Nya, DIA tidak akan mensia-siakan kita..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker