Langkau ke kandungan utama

Syarat Untuk Bakal Suamiku


Assalamualaikum...

Entri jiwang, hati dan wanita.




Untuk bakal suamiku,

Aku tak memilihmu atau pandang akan rupamu asalkan kau ada wajah. Aku cuma memandang wajah hatimu..

Aku tak memilihmu atau pandang akan apa kerjamu namun biarlah kerja yang halal serta dapat kau bersolat di dalam waktu yang difardhukan.

Aku tak memilihmu atau pandang akan agamamu tetapi biarlah kau boleh mengimami solatku.

Aku tak memilihmu atau pandang akan keluargamu bagaimanapun, biarlah mereka boleh menerimaku.

Aku tak memilihmu atau pandang akan cintamu asalkan cintamu kepada-NYA melebihi cintamu kepadaku, aku pasti kau seorang yang penyayang dan akan menjaga aku sebaik-baiknya kerana aku adalah amanah untukmu.



Ringkas saja kan? Sebab aku memang seorang yang ringkas. Haha~ Ringkas konon, nak buat tu bukannya senang. Ekeke~



P/s: Saya rindu awak. Awak baik tapi dapatkah aku menjadi milikmu?

(Jangan betulkan ayat aku sebab ayat ni dah betul-perempuan jadi milik lelaki, bukan perempuan yang memiliki lelaki. Same goes to nikah, lelaki yang menikahi perempuan, bukan perempuan yang menikahi lelaki. Pesanan daripada calon A Bahasa Melayu STPM. Haha~ Poyo.. Bukan poyo sekadar berkongsi apa yang tahu. Kalau salah, sila tegur).


P/s/s: Aku nantikanmu wahai bakal suamiku (tapi siapakah?)


Apa komen korang? Tapi please, jangan nak komen, jangan fikir sangat sebab aku masih muda. Ops, aku dah cukup umur la.. 25 years above my age. Tak percaya? Awek muda kot.. Haha~ Poyo.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. untuk bakal isteriku..hehe :P
    saper la yer...haha

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...bagus camtu..:)

    BalasPadam
  3. ehem ehem, macam tak lama lagi jek XD

    BalasPadam
  4. dah nak kawen ka...

    jgan lupa antar kad ye...

    tahniah2..=P

    BalasPadam
  5. semoga bakal suamimu baca entry ini hehehe..

    BalasPadam
  6. wah 25tahun.. dah cukup syarat kot. semoga diketemukan dengan yg diimpikan..

    BalasPadam
  7. eh yeke 25 above ?
    nmpak muda .. hehe ^^

    BalasPadam
  8. ijam: utk bakal isterimu? di manakah? haha~

    tak nak masuk campur. Ekeke~

    BalasPadam
  9. keroro: ko salah faham beb.

    tak de sesape la..

    BalasPadam
  10. peyan: apa la dik.. tak de calon daa..

    BalasPadam
  11. ABU: amin... harap2 la. hihi~Gediks!

    BalasPadam
  12. Adan:ya, dah 25 ke atas.
    amin..

    BalasPadam
  13. alif: ya bro, dah 25 ke atas.. muda? awet muda la..hihi~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker