Langkau ke kandungan utama

Skim Cepat Kaya? -Tiada Jalan Singkat untuk Kaya




Assalamualaikum…

Ada orang tak? Hehe~

Entri pesanan.

Sila baca dengan emo. Haha~

Aku nak tergelak dengan orang yang optimis oops, bukan optimis tapi obsess dengan skim cepat kaya. Login facebook dapat duit berkepuk-kepuk jatuh dari langit dengan duduk goyang kaki sahaja?

Dik non sekalian, dalam hidup ni tak ada jalan mudah. Kalau nak jalan mudah untuk kaya, ada; berjudi. Tapi itu pun memerlukan usaha yang bukan sahaja sekali berjudi terus dapat ‘lucky’. Nak berjudi pun memerlukan duit untuk dilaburkan.

Kadang-kadang duit yang dilaburkan tu lebih banyak daripada digunakan untuk perkara lain. Ye la, perlaburan macam tu tak menjamin pulangan modal dan sangat susah nak dapat luck. Yang pasti dapat luck adalah tuan kedai (tokey). Confirm.

Aku tahu pasal berjudi ni dari segi pemerhatianku.

Same goes to skim cepat kaya. Diorang minta perlaburan dulu. Tak kan ada yang bagi free punya la. Kalau bagi pendaftaran free, pasti kena beli pape jugak. Betul tak?

Aku ada kawan-kawan yang obsess dengan skim cepat kaya ni. Diorang masuk macam-macam projek. Pantang nampak pape yang berkaitan dengan duit, terus nak sambar. Yang peliknya, aku suruh berniaga atau bekerja part time yakni berusaha secara jujur, jalan yang terang lagi bersuluh, diorang tak nak pula.

Kalau setakat duduk nak goyang kaki dan duit masuk dalam bank berkepuk-kepuk atau duit jatuh dari langit, jangan harap la. Bermimpi di balik awan nano saja la. Bill Gates yang duit masuk berkepuk-kepuk dalam bank pun susah payah untuk sampai ke tahap itu. Ini kan pula korang yang tanpa ada usaha sikit pun..

Kalau korang nak tahu, kawan-kawan aku tu, diorang sanggup buat blog semata-mata nak iklankan pasal skim tu dan affiliate.  Dengan bangganya mereka cakap dah ada blog dan minta aku jenguk. Sekonyong-konyongnya, aku pun pergi la ke blognya. Tapi aku hampa.

Apa yang ada? Tak ada sebarang entri melainkan kata-kata yang aku confirm diorang copy and paste dari syarikat gile-ajak-orang-terjun-lombong. Tempek blog dengan gambar syarikat penganjur besar-besar dan suruh aku klik.

Erk, sorry la, aku tak nak membuai mimpi untuk orang yang perasan nak kaya dengan mudah! Lagipun menyampah aku lepak kat blog diorang. Bukannya dapat untungkan diorang tapi syarikat penganjur tu yang untung berkepuk-kepuk.

Bukan bermakna aku tak boleh bantu kawan-kawan, tapi sampaikah matlamat sebenarnya? Rasanya tidak. Never!

Aku bukan tak nak bantu kawan-kawan tapi mentality mereka sendiri yang patut dibantu.


Kepada kawan-kawanku, meh baca ni:

Rimas la aku. Kalau korang betul-betul nak tambah pendapatan, buat cara betul. Berniaga la paling mudah. Kalau tak dapat nak berniaga, cari kerja part time pun ok. Kerja pape jangan la kira, janji halal sudah.

Ini merungut nak kaya tapi tak sabar, nak cara cepat. Rasa macam nak cepuk je sorang-sorang.

Er, entri ni ditujukan kepada diriku jugak.


Tak guna nak masuk projek gile mereka yang tubuhkan skim cepat kaya tu. Bukannya untung, ramai yang rugi. Er, tak rasa berdosa ke mereka makan duit orang lain dengan cara macam tu? Apa hukumnya ek?


Terima kasih sudi baca dan singgah blog buruk ni. Semoga berkunjung kembali.

Komen sikit, jom..

Kalau suka, sila picit butang ‘like’, nanti anda akan dihidangkan dengan air kosong. Haha~ Tipu..

Ulasan

  1. samela..xske dgn skim cpat kaya ni..huhu.. ^^

    BalasPadam
  2. betul tu k'sha... tade jln singkat utk jadi kaya... yg penting usaha utk jana pendapatan.. kann? hehe :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker