Langkau ke kandungan utama

Setiap Blog Ada 'Luck' Tersendiri


Assalamualaikum...


Aku nak kongsilah serba sedikit yang aku tahu serba sedikit dalam dunia blogging ni. Ya, aku tak sepopular dan sekencang blogger lain. Tapi aku tak kisah sebab masing-masing ada ‘luck’ tersendiri. Aku cakap macam ni sebab aku baru perasan mengenai hal ini semalam.

 Macam mana aku boleh terperasan? Aku ada dua blog. Satu blog ni dan satu lagi blog lain yang aku sengaja rahsiakan sebab aku tengok keikhlasan orang yang berkawan denganku. Adakah dia akan layan blog kedua aku tu sebaik dia layan blog aku ni atau tidak.

Blog kedua tu dikunjungi oleh mereka yang lain. Ada juga mereka yang sama lebih sukakan blog kedua tu berbanding dengan blog pertama ni. Aish, ini membikin rasa cemburu blog pertama. Hehe~


Blog Pertama: Cemburu la dengan ko, blog kedua. Follower ada 50 blogger lebih saja tapi blogger otai pun datang komen kat badan ko.
Blog Kedua: Ko cemburu ke? Aku pun tak tau tetiba saja blogger otai tu datang komen. Seingat aku tak de pun pergi ke blog dia.


Blog Pertama: Apa perasaan ko?
Blog Kedua: Memang terharu la. Ye la, kita kan budak baru  ada blogger otai datang komen, memang terharu la. Rasa best sangat dan ko kena tolong aku bangunkan blog tu juga.


Blog Pertama: Ye la, nanti aku tolong ko bangunkan blog. Aku nak tahu ni, apa yang ko buat sampai dia datang tulis ‘tatu’ kat badan ko?
Blog Kedua: Aku tak buat apa-apa. Aku sekadar tulis entri macam biasa. Mungkin dia suka dengan gaya aku kot.


Blog Pertama: Apa gaya ko? Konsep ko apa?
Blog Kedua: Gaya santai. Konsep blog tu lebih kurang ko juga cuma tak ada la tulis panjang lebar macam blog ni.


Blog Pertama: Habis tu, aku kena tulis bagi pendek jugak ke?
Blog Kedua: Tak perlu. Ko ada gaya ko yang tersendiri. Aku ada gaya aku tersendiri. Kalau sama je gaya kita, tak best la. Kat mana pula tuan blog kita tu nak melepaskan perasaannya? Kesian dia. Dia tu kesunyian. Kat blog la dia boleh kongsikan sesuatu.


Blog Pertama: Eh, kenapa ko lebih tahu pasal tuan blog kita tu berbanding dengan aku?
Blog Kedua: Ko tu tak sensitive. Tu la pasal. Apa kata kita bersaing untuk raih kasih sayang tuan blog kita tu?


Blog Pertama: Ok.. Set.
Blog kedua: Deal. Aku tak kan biarkan ko menang. Haha~

Blog Pertama: Shyyuu, diam. Cik tuan blog kita tu tengah tidur. Nanti terjaga pula.
Blog Kedua: Eh, ko dah sensitive.


Blog Pertama: Kan aku dah kata, aku tak kan bagi ko menang. =P
Blog Kedua: Aku tak kan kalah


P/s: Nantikan tips blog dari aku yang menggamit pengunjung, follower dan komen. Mesti korang nak semua ni, kan? Tunnngggguuu~



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




              

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker