Langkau ke kandungan utama

Set Up Semula Blog, Terima Kasih 'Panggil Aku Han'



Assalamualaikum...

Entri persahabatan blogging.

Minta maaf, kalau ayat yang bakal korang hadap di bawah ni, ayat tak proper tersusun elok kata orang putih.

First of all, blog aku ni under construction. Cantik tak? Apa komen korang?

Aku tengah sibuk nak buatkan ianya sejuk di hatiku dan korang pun sedap memandang. Chewah, ayat.. Jadi, aku tak dapat la nak ke blog korang buat masa ni.


Ini Han yang tangkap kontrak. Dia ni pakar bab-bab coding ni.

Sebenarnya, ini adalah offer (tawaran) kecemasan.. Eh, keemasan. Han buat tawaran kepadaku. Terkejut, tak percaya dan pelik jugak aku sebab selama ni aku bersusah payah, tak de pula orang nak tawarkan diri buatkan blog aku ni. Masa aku dah rasa selesa, ada pula orang nak tolong.

Aku akui, aku bukannya pandai bab-bab coding ni tapi aku belajar sikit-sikit. Aku tahu blog aku serabut, letak main ikut hati jer. Mungkin sebab teruk bebenor kot, maka Han pun kesian dan tertarik hati nak bagi tersusun kemas.

Tengah hari ni, bila buka blog, wah, Han dah buatkan. Terima kasih. Suka. Cantik, kemas.


Sungguh pun nama blog aku sungguh dekat di hati (perasaan), tapi aku ni tak la selembut dan seayu gadis sunti. Aku juga tak suka warna pink. Bukan tak suka, kalau pakaian, okay tapi kalau blog, erk, banyak kot blog girlie yang baru nak naik ni buat blog warna pink! Aku tak suka persamaan yang ramai orang guna.


Aku dulu pernah blogwalking dan rasa nak termuntah tengok warna yang sama iaitu warna pink je. Sampai sekarang pun aku rasa elergik dengan warna pink kat blog. Haha~ Korang pernah ke tak rasa elergik terhadap blog?


Nak tulis surat lop-lop untuk Han jap.

Han,

Terima kasih. Memang cantik dan kemas serta teratur template ni.

Tapi ada sesuatu yang tak berkenan di hati. Sha dah buka HTML untuk edit tapi kod dia lain la. Tak tau nak edit macam mana.

So, sekali lagi nak minta budi baik Han, minta tolong tukarkan header kat side bar kepada warna lain k. Kalau boleh, Sha nak warna purple lembut. Di sini Sha sertakan kod warna untuk diletakkan pada header side bar #B041FF untuk warna purple lembut. Tapi kalau tak macth dengan warna purple kat pautan tu, better letak warna merah. Ini kodnya #FF0000.

Lagi satu, tarikh. Dekat sangat dengan tajuk. Nampak serabut. Sebelum ni, letak jauh sikit.


Garisan kolum tu boleh ubah tak? Besar dan terang sangat berwarna hitam. Kalau boleh ubah, Sha nak warna kelabu  #736F6E atau transparent dan ketebalannya dikurangkan.


Minta maaf la Sha memang cerewet sikit. Bukan sikit tapi banyak kot. Haha~


Apa pun memang Sha berterima kasih banyak kepada Han dan tak tau nak balas dengan apa budi Han ni.

Terima kasih.

Lop-lop,
Sha my heart




Aku dah pening duk edit-medit ni. Jangan termuntah dah la, kang tak pasal-pasal merosakkan puasaku.

Entri berkaitan: Kawan-kawan Banyak Tolong Set Up Blog


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. unggu.. :)
    cantik..da kemas da blog ni

    BalasPadam
  2. insyaAllah..Han akan betul kan dalam masa terdekat ni...:)
    heheh sory igtkn sya suka pink..han letak jela wrna pink nmpk nye ade jugak yg same test dgn han xsuka wrna pink..klau mcm tu tak pela nnt han tukar yg mna patut :)
    cerewet2 xpe han tak kesah...:D

    BalasPadam
  3. untunglaaa ada orang tolong kan~

    BalasPadam
  4. hehe, untunglah~ XD

    p/s : memang guna header ni la? saje jek tanya :)

    BalasPadam
  5. keroro nk suruh naik kn header comel le tu...huhu

    BalasPadam
  6. KB: ya, purple.. tak suka ke?

    TQ..

    blog ini dikemaskan oleh Han. =)

    BalasPadam
  7. Han: tq sekali lagi menyusahkan han..

    tak pe la, kesian kat keroro.. up la header cute muet dia tu.. haha~
    tapi kalau tak sesuai, kena turunkan balik.. haha~

    BalasPadam
  8. Aiman: untung blog, trafik tinggi. haha~

    trafik rendah je ni..

    BalasPadam
  9. Keroro: a ah, untung mcm pasaraya untung orang ramai.. haha~

    p/s: a ah kot sebab dah penat2 buat sendiri, kan.. =P

    BalasPadam
  10. Yayy, da berwajah baru blog neh.. nmpk ceria jer.. hehe..

    BalasPadam
  11. emm kalau berat han tukar pakai templte lain ok :)

    BalasPadam
  12. ringan le loading template ni Sha...nice!

    BalasPadam
  13. Fara: a ah.. dab berbaru sikit.. hehe~

    Ceria mcm Astro Ceria tak? Hihi~

    BalasPadam
  14. Encik Khairil: ye ke? Terima kasih.. =)

    Ini hasil usaha Han la. TQ kpda dia =)

    BalasPadam
  15. Encik Khairil: ye ke? Terima kasih.. =)

    Ini hasil usaha Han la. TQ kpda dia =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker