Langkau ke kandungan utama

Ramadhan dan Syahwal Bulan Menggemukkan?

KFC Zinger Reloaded-Gambar hiasan

Wanita dan diet memang tak dapat dipisahkan. Tapi aku tak  terlibat sebab tak perlu risau bab makan ni. Sentiasa slim. Haha~

Ramadhan dan Syahwal adalah bulan yang menggemukkan? Kenapa tidak, makan tak berhenti. Makan semasa berbuka, selepas solat maghrib, sebelum nak ke terawih. Kemudian, balik dapat moreh, makan lagi. Sebelum tidur, makan dulu. Sahur pula, makan lagi. See, berapa kali makan tu? Macam mana tak gemuk kalau macam tu?

Cara aku, makan makanan berat masa berbuka. Selepas solat Mahghrib makan cucur atau apa-apa yang ringan sambil tengok TV. Sebelum terawih tak makan apa-apa. Masa terawih bawa air masak, sebab badan aku sangat memerlukan air putih berbanding orang lain. Moreh tak ada kat masjid sebab digantikan dengan majlis berbuka puasa.

Balik terawih, kalau lapar sangat baru makan. Kalau tak, lewat malam sebelum tidur baru makan. Sahur minum air putih segelas. Itu jer. Simple tak?

Aku tak faham la dengan orang yang kata nak diet tapi makan tak ingat dunia. Kalau nak diet, diet la betul-betul. Ini tak, kejap-kejap nak makan. Aku yang kadar metabolism tinggi pun tak makan sekerap tu. Diorang yang kadar metabolism rendah, sebab badan dah besar, nak tambah membesarkan badan lagi?

Ni tips dari aku.

1. Ikut Cara Orang Kurus Makan

Kalau nak berdiet, cuba la ikut cara makan orang yang kurus. Kalau boleh, ikut ambik makanan sama dan jumlah yang sama macam diorang. Kemudian, tiru apakah aktiviti diorang.

2. Pilihan Lauk

Orang yang berbadan besar ni biasanya gemarkan daging. Lepas tu bising bila badan kembang macam belon udara. Haha~ perumpamaan yang tak bagus.

Korang tahu tak yang daging tu akan terus menjadi daging korang. Bayangkanlah, makan seketul daging, terus tumbuh seketul daging pada badan korang. Macam mana tak gemuk kalau macam tu? Kat mana aku baca fakta ni, aku dah tak ingat sebab dah lama.

Aku biasanya ambik seleksi makanan yang ada sayur atau ulam segar, kuah dan lauk. kalau nak pilih lauk, sayur dan ulam, segera tertera di kepalaku, apakah kelebihan khasiat makanan tersebut dan keadaan diriku.

Kalau aku rasa nak demam, aku akan tahu makanan mana yang perlu aku jauhi dan makanan mana yang perlu aku ambil. Korang macam tu tak? Kalau belum, korang kena banyak membaca dan tambah ilmu pengetahuan ya.

3. Kunyah
Cuba korang kunyah 40 kali sebelum telan. Sila cuba di rumah ya. Bilang okay. Dengan ini korang akan rasa cepat kenyang. Maka dapat la pinggang yang diimpikan.

4. Minum Air
Ada orang yang berbadan besar ni disebabkan oleh air. Gemuk air orang kata. Kalau macam tu, kurangkan sedikit ye minum air tu. Ada yang bergelen-gelen sehari minum air. Erk, adakah badan korang tu tong dram? Sila kasihan kepada badan anda, okay.

Korang boleh cuba petua orang tua-tua kita. Minum air selepas sejam makan nasi. Aku pernah cuba. Rasa muda belia gitu. Ye la, ini adalah petua awet muda. Eh, kita membincangkan pasal tips diet. Petua awet muda pun okay apa. Selain berdiet, dapat awet muda.

5. Kurangkan makan

Nak makan apa sahaja tak ada halangan. Tapi ambil sikit sahaja. Ingat, badan kita bukannya tong sampah. Aku faham, nafsu nak makan korang tu membuak-buak tapi tak perlu la nak telan semua, k. Aku pun pernah rasa macam tu tapi aku ingatkan diri yang aku tak nak gemuk. Sebab tu aku tak makan selepas kenyang.

Lagi satu, korang takut membazir, kan? Kalau macam tu, lain kali ambil makanan tu beringat sikit dan ambil la dalam kuantiti yang sedikit. Ingat, membazir itu amalan syaitan dan melantak habis-habisan tu orang panggil setan. Haha~

6. Ikut Sunnah
Cuba amalkan seperti cara makan Nabi s.a.w. makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini korang tak, bila jer rasa teringin, terus sambar makanan. Berhenti tak berhenti makan pula selepas sendawa 5 kali. Tak boleh la macam tu, sis. Kata nak diet, buatla betul-betul. Lagipun amalkan sunnah Nabi ni tak rugi, berkat sudah tentu ada.

Semoga tips-tips di atas membantu anda. Ingat, bersusah-susah dahulu atau berdiet-diet dahulu, hasilnya dapat di hujung =)

Bulan puasa dan raya ada makanan yang istimewa dan sedap serta lazat. Ingat juga, badan korang bukannya tong sampah atau tong dram untuk korang telan segalanya. Makanlah macam manusia dengan penuh adab tertib bukannya melantak macam setan.

Tulus ikhlas dari aku.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Ulasan

  1. 1st raya nti rasanya semua benda nk ditelan..heheheh

    BalasPadam
  2. anip duk umah makan ..makan...makan.. gemop tak jugak.hehe...dah dapat kad raya ?

    BalasPadam
  3. sy kurus,, dan sy makan saja ap yg boleh dimakan.. minum lepas sejam
    >.<''
    my2.. tercekik gitu~

    BTW,, selamat hari raya dan secara zahir mintak maaf yaaa... XD

    BalasPadam
  4. kunyah 40 kali sebelum telan..
    ayooo...hncor hbis mknan tu..
    huhuhu~~

    BalasPadam
  5. mmg pnh ada trbaca tntg kunyah 40x tuh.. asenhye tuh mmg fakta..tp xpnh cuba g.. nty insyaALLAH eiqa cbe tips nih..hehe.. tq yer sha..^^,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker