Langkau ke kandungan utama

Rahsia Nak Khusyuk Dalam Solat



Assalamualaikum.

Entri tips, agama dan pesanan.

Sekarang kan bulan puasa. Ramai yang mengerjakan solat terawih. Tapi tak ramai yang khusyuk. Aku ada petuanya.

Tips ringkas dari aku.


1. Fahami makna

Sekurang-kurangnya fahami makna al-Fatihah.


2. Semak semula bacaan sebenar

Paling penting bacaan doa iftitah, al-fatihah dan tahiyat.


3. Cepat-cepat bangun apabila imam naik atau  membaca al-fatihah

Jangan duk lepak lama atau berborak. Kat masjid tak boleh membicarakan hal dunia. Tujuan berada di masjid untuk berzikir dan banyak mengingati-NYA.


4. Niat iktikaf


Iktikaf adalah kita melepak di masjid semata-mata mahu beribadat.


5. Pedulikan orang lain

Lantak la orang lain nak buat apa pun, cantik ke, hensem ke. Jangan peduli. Yang penting kita sama saja di sisi ALLAH.


6. Bayangkan

Bayangkan di kiri kita adalah neraka, di kanan kita adalah syurga. Kita berdiri di atas titian sirat dan di hadapan kita adalah ALLAH.

Itu yang dianjurkan. Aku pula bayangkan imam adalah pilot kita yang membawa kita ke syurga abadi. Bersolatlah bersungguh-sungguh supaya kita dapat masuk syurga yang berada di kanan kita dan tidak terjatuh ke neraka yang berada di kiri kaki kita. Tumpuan-fokus-khusyuk kerana di hadapan kita adalah ALLAH yang Maha Mengetahui segala isi hati kita.


Bacaan  yang berkaitan:
Ko Dah Hafal Ayat Lazim? Kan Nak Buat Terawih 8 Rakaat
“Kakak Nak Sembahyang Ek?”


Itu sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sampai jumpa lagi.


P/s: Bulan puasa kali ini aku banyak teringat (datang dengan sendiri) orang yang aku rapat tetapi telah meninggal dunia. Kadang-kadang rasa sedih. Teringat kisah-kisah lalu. Kenapa ya?

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)