Langkau ke kandungan utama

Minta Pendapat, Macam Mana Nak Atasi Awet Muda?

Assalamualaikum...

Entri hati.

Aku ada masalah sikit la. Nak kata masalah ke tak, entah la..

Muka aku tak nampak macam umur lebih 25 tahun, kan? Cepat mengaku. Paksa ni. Hehe~ Kalau korang kata negatif, wah sukanya aku nak lompat-lompat.. Haha~

Bukan nak bangga diri atau besar diri. Tapi rasa macam masalah pula. Ye la orang tak percaya dan tak jangka umur aku macam tu.

Aku nak cerita pada korang, aku dan adik beradikku selalu dikatakan orang masih bersekolah menengah. Yang lawaknya kakakky la. Dia baru jadi cikgu, anak murid duk mengorat sedangkan dia dah ada anak 4 orang. Lepas tu tuan pengetua dia pun tanya dia, mana cikgu masa masuk dalam kelas dia. Malu dia. Haha~

Pengalaman aku pula, yang nak kacau aku biasanya budak sekolah la. Aku pernah pakai seluar track suit dan t-shirt, naik bas. Sekali budak-budak sekolah nak pergi tuition dalam bas tu duk kacau-kacau aku. Geramnya..

Malam semalam bebudak sekolah juga duk kacau aku masa aku lalu nak masuk masjid. Suruh aku pakai baju pink la, apa la.. Hiii, bebudak ni..

Kalau lelaki sedewasa aku pun memang tak pandang aku sebab diorang ingat aku ni masih bersekolah. Pak cik (ex-bf) aku pun selalu kata muka aku layak umur 16 tahun. Uwaa, macam mana nak kahwin kalau macam ni?

Bukan orang lelaki saja, orang perempuan pun selalu kata aku budak sekolah jugak. Ada saudara-mara abang iparku tanya aku sekolah tingkatan berapa. Waktu tu aku sedang buat sarjana, belajar ijazah dah habis.

Masa aku nak buat spek pula, kakak tu kata sempatlah aku pakai spek baru sebelum buka sekolah nanti. Bukak sekolah apa, masa tu pun aku sedang buat master jugak. Umur 25 tahun masa tu.

Bila awet muda ni orang biasanya tak hormatkan kita. Diorang rasa kita ni macam tak ada duit nak beli barangan diorang.

Aku bukannya nak berlagak dengan korang, cuma aku nak tau pendapat korang, apa yang perlu aku buat? Perlu ke aku sambung PHD untuk bagi orang pandang aku tinggi?

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. haha22,,umur kita pon dah 22 tahun tapi orang ingat budak sek men,,padahal dah kawen pon,,kalo da orang ngorat tu (esp mamat hensem) kadang2 x sedar diri jgk,,tapi bila tgk cincin kat tgn,,istighfar banyak2,,haha~

    semua orang nak awet muda,,mngkin kita harus bersyukur dengan kurniaan Nya yang bukan calang2 orang blh dpt,,hihi=)

    BalasPadam
  2. Ahaha, sme la kte T^T

    *tp takpe la kn, ade baiknye jgak ;)*

    BalasPadam
  3. org susah2 cari petua nak awek muda, die boleh pulak, nak atasi awek muda..senang je..tido byk2..kompem awek tua..haha

    BalasPadam
  4. nak atasi awet muda?hehhe sonang je.marah setiap minit.smbil kerut2kan dahi.kompen tua sebelum masanye.hehhe..gurau2 je..selamat berbuka ea..:)

    BalasPadam
  5. umur saya bru 15 tahun..


    caya tak..

    miahhhahahaha=P

    BalasPadam
  6. umur saya bru 15 tahun..


    caya tak..

    miahhhahahaha=P

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. same la kite.. care die sng je, buat sombong sket.. :)))

    BalasPadam
  9. xde pengalaman plak dlm bab2 ni..tp ok ape org ckp muda...blh perasan muda selalu...hehe

    BalasPadam
  10. selalu jugak makcik2 tanya form berapa..padahal da 21..ok,agak tua kat situ..haha

    agaknya sebab badan kecik kowt.. tu dak2 ingat still budak lagi.huhu

    BalasPadam
  11. caranya kena gemukkan badan sedikit,,pastu dressing mcm mak2,,ataupun blause ke,,jgn pakai t-shirt je,,mekap kasi cun skit,,ermm apa lg ek,,hehe,,cam sy nak awet muda,,dolu2 muka dh memg cmni org ingt dah tua,,,so bila skg 29 thn,,org ingt muda plak,,,t'balik,,hehe,,

    papepun awet muda la bagus,,;-)

    BalasPadam
  12. thanks jugk dah add lam bloglist sha,,

    BalasPadam
  13. hahahaha... tak pernah dengar orang nak atasi awet muda.. keh3...

    BalasPadam
  14. first time org mintak takmao muda.. hehe.. :D

    BalasPadam
  15. sambung jek, hehe XD

    muka aku pon awet muda gak :P

    BalasPadam
  16. salam....tentang isu awet muda ni susah nak ckp kn....pada mama lah awet muda tu salah satu amalan yg harus dilakukn setiap hari...

    1..solat 5 waktu ...air sembahyang tu yg buat kita muda (pd mama la...)

    2.senyum...sentiasa lah senyum walau org x mahu senyum ngan kita pun (peramah la plak)..

    3.sentiasa makan sayur mentah buat ulam la...(x kira sayur apa)mama suka ulam kcang panjang,tauge,kacang boto,semua jenis ulam...(macam kambing la plak)...

    4.berjanji pada hati sendiri walaupun dah berusia hati mesti muda selalu...

    5.elakkan stress,marah berkerut muka..(mcm terer plak mama ni kn)...:)

    6.Kalau rajin bersenam la di rumah atau di taman ...

    pada mama itu jer la yg mama amalkan selalu...pada yg nak cuba terpulanglah sape yg x nak mama x paksa...:)

    BalasPadam
  17. Wanacesh: oo, menggatal ye. nasib baik ada cincin jadi penyelamat. haha~

    Yup, bersyukur dengan apa yang ada =)

    BalasPadam
  18. najwa chan: sama ke?
    bukan ke najwa budak sekolah lagi?

    BalasPadam
  19. salam sha sori la mama ni betul2 la..

    x faham soalan ke atau mata ni dah mula nak terlelap x tahu la...(mood malu)....hehehe...

    apa2 pun mama x pernah dgr org nak cari petua nak atasi awet muda...:)

    BalasPadam
  20. soly: haha~ itu lah pasal.

    tido? tak nak tidur lebih, nnti longlai jer. haha~

    BalasPadam
  21. peyan: tak percaya pun. haha~ wek :P

    BalasPadam
  22. udin: mcm tu ya? tq2.. kena cuba ni.

    BalasPadam
  23. Ecah Ecot: tak nak perasan selalu nanti lupa diri dah tua. wakaka~

    BalasPadam
  24. Ecah: a ah, badan kecik sgt mmpengaruhi =)

    BalasPadam
  25. miss ina: tips yg bagus tu. TQ dear

    ok, no hal.. dah lama letak. tak perasan ek? haha~

    BalasPadam
  26. Gary: pelik2 je aku ni kan? haha~

    BalasPadam
  27. keroro: sambung? tak larat wei..

    tau, ang pun awet muda. cute lagi. haha~

    BalasPadam
  28. mama: tips yg menarik tu..

    TQ ya mama

    tak pa, sekali sekala kongsi tips.. hihi~

    BalasPadam
  29. awet mude . minum la "jamu mak dara " :D , sambung je PHD ... bukan sebb nak orang pandang tinggii .. tapi nak lebih berjaya dari orang lain kan ..

    BalasPadam
  30. hehe nak nmpk tua? cptlah mrh2.hehe

    untunglah nampak muda. :)

    BalasPadam
  31. best la..dpat muka awek muda..nampak muda selalu..he..he..

    BalasPadam
  32. nak atasi senang je..makan smbal belacan..hee

    BalasPadam
  33. Jer: Dah mmg awet muda pun. Haha~

    Sambung PHD? Waa, tak larat rasanya..

    BalasPadam
  34. Wan Hamiza: cepat marah? Haha~

    Untung la. hehe~

    BalasPadam
  35. Sobri Yaacob: Best ke?

    muda selalu tapi umo dah tua. tak sedar nnti dah tua tapi duk main masak2. Wakaka~

    BalasPadam
  36. Luqeem: makan sambal belacan?
    Erk, apakah?

    BalasPadam
  37. baguslah camtuh, pedulikan apa org kate. bukan senang wooo

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker