Langkau ke kandungan utama

Mendung Tak Selalunya Hujan-Erk, apakah?!

Assalamualaikum.

Aku tak tau nak letak tajuk apa..

Entri peribadi.

Cerita di bawah bukan nak bangga diri, poyo atau riak, ujub bagai. Ia sekadar perkongsian peribadi dengan kawan-kawan yang rapat dengan aku. Kalau korang rasa tak ada kaitan dan buang masa, sila la baca jugak. Haha~ Paksa ni. Wakaka~

Pada suatu malam yang suam-suam kuku, berlakulah satu peristiwa. Erm, apa yang aku merapu ni?

Ok, terus ke isi la.

Aku rasa dihargai sehari dua ni. Sebelum tu, aku rasa sedih sangat. Rasa macam diri tak dihargai. Ini aku yang rasa, orang lain tak de la buat teruk sangat sampai aku terasa tapi takdir yang menentukan tu menekan diri.

Bukan aku tak redha dengan takdir tapi.. (Ah, baca je la. Aku kematian kata-kata). Bukan satu peristiwa negative tapi bercampur-campur 4-5 masalah berpadu. Blend.

Sedih memangla. Tapi aku perlu kuat dan tabah. Bersabar menerima semua ini. Redha. Hidup tak selalunya indah tapi kita kena fikir positif.

Mungkin berkat kesabaran aku, ALLAH berikan kegembiraan dan dihargai oleh orang lain. Syukur ya ALLAH. =)


1. Kawan-kawan support

Kawan-kawan yang rapat, yang kenal lama, yang baru kenal memberi sokongan yang padu kepadaku. Kalau difikirkan, berat jugak bebanan perasaan tapi dengan adanya kawan-kawan semuanya seakan terbang entah ke mana. Freely and freedom.


2. Penghargaan untuk berblogging

Miss Ina puji-puji. Rasanya, ini dah terlebih puji. Mana ada macam tu. Banyak lagi kena belajar dan perbaiki. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi quote dalam blog.

Bukan itu sahaja ada yang sudi masukkan blog picisan aku ni dalam bloglist mereka. Terima kasih. Rasa gembira sebab penat lelahku terbalas juga. Apabila ada orang sudi letakkan blog anda tanpa diminta, disuruh, terasa sangat dihargai.

Korang pernah tak rasa macam tu? Kalau ya, tahniah anda blogger hebat. Tapi kalau belum, anda bukan tak hebat tapi usaha masih ditagih untuk memperkenalkan blog anda kepada orang lain.

Tapi bukan nak kata aku ni blogger hebat. Aku tak hebat. Aku pun tertanya-tanya apakah yang bestnya dengan blog aku? Pengomen tegar pun tak ada. Kalau aku tak komen blog diorang, belum tentu diorang nak komen entri aku.

Aku tak nafikan ada juga yang memang jujur nak bina rangkaian (network) persahabatan. Aku hargai. Siapa? Hanya diri mereka dan aku yang tahu. =)

3. Kawan-kawan rapat mahu lebih rapat

Suka? Suka tu satu hal yang menyenangkan tapi rasa pening jugak sebab siap ada nak gaduh-gaduh. Diorang bergaduh sendiri bukan gaduh dengan aku. Bukan satu kes tapi dua ni. Satu tu berkaitan dengan blogger. Satu lagi dengan budak persatuan. Diorang masing-masing nak rapat dengan aku.

Aku berasa pelik dan kehairanan. Apa istimewanya aku sampaikan ada yang cemburu kalau ada satu pihak rapat denganku? Apa yang diorang dapat kalau dapat rapat dengan aku? Aku bukannya seorang yang baik sangat. Aku banyak kekurangan dan kelemahan. Kalau diorang rapat dengan aku, pastilah diorang akan tahu aku ni macam mana.

Aku tak dapat nak bagi apa-apa cuma sekeping hati yang ikhlas. Kalau diorang suka, suka la. Kalau tak suka dan tak dapat terima, aku pun tak kisah. Haha~ Selamba tak?


Buat masa ini, aku akan berhati-hati atau dengan kata lain, aku tak kan fikir lebih-lebih. Rileks sudah. Masalah akan datang dan pergi.

Terima kasih kepada insan-insan yang sudi hadir untuk menceriakan aku. Aku bertuah kerana dapat mengenali korang. Siapa pun korang ketahuilah aku menyayangimu..


Any comment? Cadangan, mahupun bantahan?

Terima kasih. Singgah lagi ya.

Kalau entri ini menyentuh hati anda, sila ‘like’. Tapi kalau korang suka-suka hati nak ‘like’ pun tak apa. Haha~  

Ulasan

  1. You have your own style k'Sha, that's why mereka selesa dgn k'Sha :)
    Tapi for those yg kuat cemburu, diorang msih mencari-cari identiti tersendiri mungkin, sbb tu diorang jeles bila tgk blog k'Sha... Diorang x dpt rs kepuasan berblogging yg mcm k'Sha n orang lain rasa... so, just ignore them as long as kita bahagia.. heee! :D

    BalasPadam
  2. salam.. kak,dlu sy de mmber yg xley mnerime dri s'ade nye.. sngop ktuk bf sy dpn sy.. byk la dowg wt smpai owg2 luar pndg len..

    cm ane nk dpt "TEMAN SEJATI"??
    sgle kskitn kt dlm ati ni msih meninggalkn parut n kesan..

    kak,maafkn sy eh bab dlu sy pnh wt slh..

    BalasPadam
  3. hehe, dulu kita lost contact, bawa haluan masing-masing. :P

    BalasPadam
  4. thanks sebb mention nama sy disitu,,kadangkala kita sendri pun tak pasti kan ada ke orang yg suka dgn penulisan kita ,,tp sebenarnya mungkin ada yg selesa,,siapa tahu kan,,yg penting just be ourself,,,tak boleh nak paksa jd org lain,,

    wahh,,ade jugk yang bergaduh demi nak kwn dgn sha yer?tahniah,,,itu menunjukkan anda hebat!

    BalasPadam
  5. Cmburu manusia tak mengira apa.. Asal nk cmburu, cmburu je.. Taley tgk org hapy.. Pon cmburu.. Adeh~

    BalasPadam
  6. sometimes bestfriend can't be a good friend!! =)

    BalasPadam
  7. macam-macam la persepsi dilontarkan di sini.

    TQ =)

    Nanti ada masa lebih, kite balas komen ni satu persatu =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker