Langkau ke kandungan utama

Korang Rasa Aku Teruk Ke? Aku OK Saja La

Assalamualaikum


Entri fresh dari ladang.

Aku tak tahu sama ada harus ketawa atau serius. Aku ada buat entri yang menyedihkan macam entri ni Bagai Melukut Di Tepian Gantang-Ye Ke? , Surat Layang Untuk Encik Yang Tak Bernama, dan Dendam

Ramai yang memberi respons. Aku tak la seteruk apa yang korang bayangkan. Aku okay-okay saja. Aku juga bukannya nak tagih simpati korang atau mahu mempermainkan korang. Aku menulis sekadar meluahkan perasaan yang terpendam. Aku tak suka pendam-pendam, nanti makan dalam. Er, ye ke makan dalam atau aku tak kisah langsung? Haha~


Aku ni jenis selamba dan ceria. Tak ada la nak sedih lama-lama bagai. Aku ok saja. Sedih jap je. Tapi ada je yang bersimpati dan anggap aku sudah sangat down.


Kadang-kadang rasa nak tergelak juga, sebab ramai yang turut rasa sedih, sedangkan aku ok saja.  Tapi ok la kan, ada yang sudi memberi panduan dan nasihat. Terasa diriku disayangi. Hehe~

Aku nak cakap, yang aku ok saja.


Terima kasih sudi hadir dan sudi singgah membaca apa yang aku tulis.


Any comment?



Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)