Langkau ke kandungan utama

Jom Masak Mee Kari Special: Resipi Istimewa dari Aku


Assalamualaikum...

Entri resipi.

Wah, lama tak buat entri masakan ni. Maklumlah tuan blog tak pandai masak. Masak air dan masak buah boleh la. Er, bukan ke buah masak sendiri? Wakaka~ Kena! :P

Ok la, di bulan puasa ni, aku nak share resipi pada korang. Apa, ingat aku tak tau masak ke? Dont ever see by our one eyes! Seriously, broken habis. Haha~ (Jangan pandang sebelah mata sebenarnya). Dont belittle me.

Jadi, memandangkan aku dan korang pun tak pandai masak, maka aku bagi resipi yang ringkas tapi sedap. Ringkas? Ya, ringkas, tak percaya, baca perlahan-lahan.. Senang je beb.

Jom baca dengan buat gaya ala Chef Wan okay.

Hai Peah, Cik Bedah..

Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ni, aku pun nak share pada korang resipi yang memang lazat, lemak berkrim disukai ramai. Mi kari special tau yang korang nak masak tu nanti. Korang bolehlah memasaknya untuk buat berbuka pada waktu berbuka nanti. Cubalah..

Memula sekali, korang mestilah ada mi. Ye la, dah nak masak pun mi kari kan.. Mesti ada mi, kalau tak ada mi, ada nasi, maka jadilah nasi makan dengan kari. Ekeke~

Okay la selepas korang dah ada mi, korang cari ubi dan lobak, seterusnya bawang, supaya mi yang dibuat lebih sedap.

Selepas itu hiris bawang, lobak dan ubi nipis-nipis ya.

Kalau dah siap potong, korang kena la tengok jari korang ada tak yang hilang. Haha~

Lepas tu korang kena la pergi ke kedai mamak, cakap sama dia, "mamak, beli kuah kari satu periuk, tutup elok-elok, nanti tumpah."

Lepas tu pandai-pandai la korang campurkan dengan mi tu ya.

Jadilah mee kari yang paling best aku ajar tapi tak pernah jadi aku buat. Wakaka~

Okay lah, jumpa lagi ya tuan-tuan dan puan-puan..

Salam tulus ikhlas dari aku mengucapkan selamat berbuka puasa dengan mi kari special ni.


Sumber idea suruh masak mee kari: Ujang
Sumber masak mee kari: Sha myheart

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. lama x pekena mee kari...lazat tuh..

    BalasPadam
  2. hahaha, tempah kedai terus la XD

    p/s : lama tak makan, keh3

    BalasPadam
  3. follow you :)

    http://hellonashina.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. till drop: a'ah, lazat..

    lama tak makan.

    BalasPadam
  5. keroro: masak tu penting tau.. haha~

    aku pun lama tak makan.. sedapnya..

    BalasPadam
  6. abg ghani: hitam sebab hangus.. haha~

    BalasPadam
  7. ceh terkena aku,,,ingtkan btul2 punye resepi,,,dah nak salin td,,,hehehe

    BalasPadam
  8. Miss ina: kan sudah ku bilang, kepalaku akan mereng sehari dua ini.. haha~

    Yeah2, terkena.. hahaha~ gurau jer :P

    BalasPadam
  9. adessssss terus lapar baca.. kah kah kah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker