Langkau ke kandungan utama

Gua Kritik Blog Mejuez Secara Jujur!!

Assalamualaikum...

Aku terjumpa segment ni.. Eh mana ada. Aku dipanggil oleh blogger hebat ini dan disebabkan rasa terhutang budi dia komen entri blog aku, blog aku berat tak. Dia ajak komen blognya.

Sekonyong-konyongnya, aku pun pergilah ke blog dia.  Ada entri seperti di bawah ni.


Assalammualaikum reader semua...

Rini gua buat satu entri pertanyaan tentang blog gua ni... Pertama sekali gua nak korang semua berikan pendapat korang tentang blog gua ni... Apa kelemahan dan kelebihan blog ni..


Gua rasa gua nak dengar kritikan secara jujur dari korang semua. Tak kira lah makcik anon ka pakcik anon ka gua nak korang komen dan kritik blog gua secara jujur.. Apa kelemahan gua dalam blog gua ni? Apa pula kelebihan gua?


Gua nak tanya pendapat korang semua. Korang boleh luahkan apa apa jua pendapat dan kritikan korang tentang blog gua ni.


Kritik :


1. Dari segi penulisan gua macam mana?

- Minta maaf, keliru sebenarnya siapakah Wan Mejuez ni? Lelaki ke perempuan. Siap tulis gua-lu ni. Kalau awak perempuan, please la tulis atau guna ganti diri 'aku, saya, i, wan' atau yang sesuai la.

Sangat tak faham dan tak suka orang perempuan guna gua-lu. Kalau bercakap tak apa lagi. Tapi kalau menulis dalam blog, is not proper for u, girl.

So, guna 'aku' je la.


2. Dari segi penyampaian gua macam mana?


-Penyampaian ok tapi rasanya agak hambar dan kadang-kadang agak 'lucah'. Maaf ye, saya rasa kurang selesa dengan penyampaian sebegitu.


3. Dari segi rupa blog gua macam mana?


-Blog ok. Tapi kalau ada warna sikit, lagi cantik. Ni nampak seakan hambar. Macam budak baru buat blog jer. Hehe~ Jangan marah, gurau je.

Solutionnya:

Create header bagi menarik sikit. Kalau tak pandai, sila minta bantuan mereka yang pakar.

Bloglist banyak, buat la letak dalam kotak yang ada skrol bar. Tujuan skrol bar ni adalah untuk meminimumkan ruang. Boleh rujuk sini :cara buat scroll box pada bloglist.

Sembunyikan shoutbox. Ini juga akan meminumkan ruang. Caranya di sini: cara pasang butang show and hide.

Sebab tu la rasa lemah jer kalau nampak awak komen kat blog saya, sebab nak kena masuk blog awak yang lambat load. Jujur dan ikhlas ni bagitau.


4. Dari segi komunikasi gua sesama blogger macam mana?

-Ini saya tak tahu.

5. Adakah gua ni sombong?
-Tak sombong.

6. Adakah gua ni membosankan?
-Entah. Tak kenal rapat jadi tak boleh cakap.


7. Korang nakkan gua ubah dari segi apa?
- Cara tulisan, ganti diri, header, buat skrol bar pada bloglist dan hide shoutmix.

8. Korang nakkan gua jadi macam mana?
- Jadi diri sendiri

9. Adakah blog gua ni perlu ikuti contoh seperti......
- Tak boleh ikut. walaupun ada domain sendiri tapi nampaknya seperti belum arif dalam dunia blog. Haha~ Jangan marah. Jujur dan ikhlas ni.


10. Perlu ke gua buat perubahan?
-Absolutely, yes! Ya, kita perlu berubah kalau nak maju.



Cukup sepuluh pertanyaan gua untuk reader gua sekalian. Gua harap ada diantara reader dan blogger kenalan gua boleh ikuti segmen gua ni. Please gua nak korang komen dan kritik gua secara jujur... Gua takkan marah korang.. Buat apa gua nak marah kan? Gua cuma mahu korang kritik gua secara jujur je..... Boleh kan???


Cara untuk sertai segman ini.



1. Copy header gua dan letakkan dalam entri baru.
(Tajuk : Gua Kritik Blog Mejuez Secara Jujur!! )
-DONE. Sila klik pada banner kalau korang nak kritik juga.


2. Buat entri mengenai segmen ni dalam blog korang.
( kritik lah apa apa pun korang nak.kritik. Gua nak isi kritikan korang tu kena pada blog gua ni. Gua harap korang tulis secara jujur.. Jangan segan, nak marah gua pun takpa gua takda hal... Gua okay je...)


-Memang dah jujur pun ni. Setempek kena tak? Haha~


3. Dalam entri korang sila sertakan link untuk entri ini. Buat Sumber Daripada : .......

-Sudah dinyatakan.. TQ.


4. Sudah siap? Hantarkan link entri korang dekat entri ini. Nanti gua akan terjah balik..
-OK.

Perhatian...

Please komen dan kritik blog gua secara jujur..

Kepada reader semua, gua harap siapa yang terbaca entri gua ni sila lah rajin kan diri untuk komen dan kritik blog ni yaaa.

-Ye la.. Kesiannya. Dah sampai macam merayu pula.



Minta maaf kalau saya kasar. Kira 0-0 ek. *Tetiba guna bahasa diri, 'saya' dalam ni. Haha~

Bacaan lanjut: Panas-panas. Entri emo di bawah.
Sila Dengar Kalau Mahu Maju
Kenapa Letak Blog Otai?
Tips Mengenali Kesalahan dalam Blogging
Tips Tangani Tak Ada Idea Nak Buat Entri
Tips Meramaikan Follower (Join This Site)
Tips Cara Tambah Duit Dalam Akaun Nuffnang
Tutorial Buang Words Verification
Ujian Blog
Berapakah Nilai Blog Anda?
Tips Blogging



Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. alahai.... rajinyaaa....

    apa kata la kan.. kak cik g komen blog saya pulak... eh,, tapi nanti2 laa.. lepas 5 bulan kaa.. 1 tahun kaa.. sekarang masih terpinga2 mencari jalan blog yang lurus.. ahaaa XD

    btw,, kalau nk mintak pndapat pnjang lebaq,, mmg kna buat segmen la eh.. haha! sngkn pembaca jwb soalan XD

    BalasPadam
  2. jujur habis, tapi lain orang lain pandangan kan :)

    BalasPadam
  3. Aiman: Nak jugak ke? sabar la dik.. lambat lagi kot.

    Kite pun tak berani nak minta pandangan orang lagi. Sebab takut tak boleh terima jer. Haha~

    5 bulan? Tak lama dah =)

    BalasPadam
  4. keroro: dah dia nak jujur, bagi la jujur.

    ya la setiap org berbeza -kerana dirimu begitu berharga =)

    BalasPadam
  5. wow memang jujur habis..
    kalau wan ni kaki sentap kompem die bom balik..hahah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker