Langkau ke kandungan utama

Blogger: Kawan-kawan Yang Banyak Membantu

Assalamualaikum...

Entri terdahulu, aku berbicara pasal karenah buruk blogger. Kali ini, aku nak berbicara pasal blogger yang baik pula melalui pnegalaman aku. Malas nak generalisasikan sebab nanti tak ada nilai sentimen emosi. Haha.

Tolong buatkan/set up blog

Terus terang, blog ni aku banyak belajar sendiri. Aku tak ada kawan dalam bidang blog ni. Aku banyak explore sendiri.Tetapi memandangkan aku ni tak pandai sangat bab-bab teknikal ni, aku minta tolong kawan blogger aku.

Bukannya manja tapi dah cuba-cuba, tak jadi jugak. Disebabkan aku ni panas baran, buat tak jadi-jadi, maka selamatlah tersadai kat situ tanpa kasih sayang. Wakaka~ Padan muka, tak nak jadi sangat, kan? Haha~ Sila jangan tiru..

Nasib baik, aku ada kawan yang sangat baik.


Fan Page Facebook

Mula-mula aku perkenalkan kawan aku yang dah anggap macam adik sendiri, Adibah. Dia ada blog yang meletup da waz yang diberi nama Bunga dan Taman.

Dia lah yang tolong set upkan fan page aku. Aku berjaya buat hasil dari private tutorial dari dia tapi masalahnya, nak buka copy iframe code kat dalam tu tak jumpa. Dia lah yang susah payah tolong carikan code iframe fan page tu untuk aku.

TQ very much Didi. Ada jugak penghargaan sesama sendiri, please check:

Selamat Berjuang Didi =)
Terharu 4 Kali



Digi Awards

Ada seorang lagi yang tolong aku tapi dalam pertandingan Digi Awards. Dialah yang tolong promotekan dengan bersungguh-sungguh kepadaku. Dia juga la yang bersusah payah tolong terangkan kepada aku satu persatu (sila tengok bukti ini -Kau Yang Ku Sayang (Blogger) Part 2).

Tapi rasanya aku dan dia diban sebab dia dah buat kacau dalam sisitem Digi Award tu. Bukan dia je, sekali dengan aku kena. Hampeh. Ekeke~ Memang la rasa nak marah jugak kat dia tapi aku tak kisah la. Dia yang paksa aku join kan? Yang paling penting adalah persahabatan tu.

Nama dan alamat blognya terpaksa dirahsiakan di atas sebab-sebab tertentu.


Shoutmix

Encik Khairil pemilik blog yang hebat, Mai Dari Bendang yang mesra aku sapa 'Pak Cik'. Bukan nak lekehkan atau pandang rendah.

Sebenarnya, aku rasa macam adik-beradik. Kalau kat komen aku, address him as 'encik Khairil' tapi kalau kat blog dia, rasa sangat skema pula sebab tu panggil 'Pak Cik', jangan marah ya. Tetapi entri-entri yang bertajuk 'Pak Cik' dalam entri blog ni tak ada kena mengena dengan beliau. Harap maklum. Jangan duk buat gossip pula ya.

Beliau telah menegur shoutmix ku bila nak tinggalkan jejak kena taip semula. Aku memang tak sedar sebab tak perlu pun aku nak retype pun. Aku pun bertanya macam mana nak tukar warna dan tarikh. Beliau melayan soalanku dengan baik. Terima kasih Pak Cik.


Saiz header

Ini selepas rasa bengang sebab tak tahu nak buat header. Boleh tengok sini Komen Header. Geng Sintokkian yang tolong bagitau saiz header yang baik. TQ ya.. Aku tak ingat sape yang bagitau tapi dia adalah seorang perempuan. Al-maklumlah korang suka tukar pic profil dan nama, susah nak ingat.


Centerkan header

Dah ada header, aku cari cara nak centerkan header. Pada awalnya, aku terjumpa tutorial kat blog Adamisx tapi cari balik, aku jumpa kat blog Akal vs Emosi. Klik sini.


Kotak Hide untuk Shoutmix

Korang perasan tak, shoutmix aku dah lain? Dah ada dalam kotak yang boleh ditutup buka? Sebenarnya, aku jumpa link tutorial yang Kotak Bulat bagi kepada Anif Abdullah Abdullah. Hehe~ Jangan marah ya Anip, Kak Sha ambik jugak. =P  TQ KB!



Yang itu je la diorang tolong aku. Sekarang ni tengah cari nak buat favicon. Buat tak jadi-jadi la.. Ada sesape boleh tolong tak? Ngeh, ngeh...

Itu je la kawan yang sangat membantu aku dalam dunia blog ni. See, kalau korang pun macam aku jugak, tak pandai sangat nak godek-godek bi, kena la cari kawan yang betul-betul boleh tolong, bukan setakat cakap jer.


P/s: Jom join bloglist ini, kalau sudi. Klik sini

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Ada typo.. biarkan je la. Haha~

    TQ semua kawan2ku.

    BalasPadam
  2. hehe, aku masih menunggu details yang ko patut bagi.

    ke dah bagi untuk header tu? :p

    keh3 XD

    BalasPadam
  3. revolusi blog...aku blum bersedia

    BalasPadam
  4. terima kasih sha...nanti kalau saya tak tahu apa2 tolong ajarkan pulak yer....

    BalasPadam
  5. Keroro: TQ beb..

    baru sudah bagi, kat ruangan komen ko. cek la..

    sumpah, tak perasan dah tick tanda words verify. TQ tegur.

    TQ again.

    BalasPadam
  6. Abg Ghani: Tak apa.. Biar lambat, asalkan kita bersedia =)

    BalasPadam
  7. Encik Khairil: sama2 la kita.. haha~

    tapi pak cik lgi power.. Sha ni tak pandai la bab2 teknikal ni

    BalasPadam
  8. imboo: kite tak pandai nak kodek2 macam awak. power blog awak.

    BalasPadam
  9. ce ce , miss you :)
    terima kasih ce ce :)
    terima kasih sgt2 :)

    ce ce kena tahu
    DI DI sayangkan ce ce :)

    esok di di ada test :)
    selasa dan rabu :)
    ce ce jaga diri ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker