Langkau ke kandungan utama

Blogger: Karenah Buruk Yang Aku Alami

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Karenah blogger

Hai kawan-kawan..

Kalau korang yang baru-baru nak berjinak-jinak (er dulu liar ek korang ni? Haha~ Gurau jer) dengan dunia blog, korang kena la bersiap sedia mental dan fizikal. Apa yang aku ceritakan pada korang adalah 99% cerita dari pengalaman aku bergelar blogger.

Malam ni jalan-jalan ke blog dengan line internet yang boleh menaikkan darah.. Haha~ Tapi tak pe, bersyukur dengan apa yang ada.


1. Silent readers jangan terusan, komen juga sekali sekala [ P E N G H A R G A A N]

Tadi, aku melawat pembaca setia blog aku yang komen entri. Kalau korang tak komen, macam mana la aku nak tahu? Kalau singgah kat shoutbox jer, terus terang aku cakap, aku malas nak jengah kecuali lah mood aku ok plus line internet clear, sampai la aku ke daerah korang. Ekeke~

Tapi kalau korang ni pemalu jugak la, korang letak je blog aku kat bloglist korang atau korang sebutkan nama blog aku dalam entri korang. Senang la aku trace dengan internet. Aku cari nama blog aku di Search Engine Official macam yahoo, google dan bing. Hehe~


2. Kalau ada ilmu, jangan kedekut, janji bagai [H I P O K R I T]

Aku berblogwalking bukan jalan-jalan nak promote blog. Aku ni suka akan ilmu. Tadi dapat la ilmu. Tapi kena edit dulu, kena buat betul-betul, baru ok. Tak apa, yang tu belakang hari aku boleh buat. Yang penting, aku dah dapat ilmu macam mana nak buat.

Senang jer rupanya. Tapi aku pelik la bila jer aku minta kawan-kawan seuninversiti dan kawan blog aku ajarkan diorang cakap

"susah sikit, rumit.."

suruh cari kat internet,

"banyak tutorial kat internet"


Same goes to header. Kata nak buatkan header untuk aku. Bila aku tanya balik, betul ke ko nak buatkan header untuk aku, diam.

"Nanti la aku buat kat ko"

Tapi lepas tu senyap jer. Aku pun malas la nak tanya-tanya lagi sebab masa aku tanya tu katanya masih nak belajar pasal perisian (software). Sebab ni jugak la aku lambat join segment header free dari Anip. Ye la orang tu kan dah janji nak buatkan header untuk aku, kalau aku masuk risau diorang kecik hati plak. Diorang? Sebab bukan seorang jer yang aku minta tolong buatkan header.

Aku bukannya nak suruh jer, kalau boleh aku nak suruh diorang ajar. Aku lebih suka buat sendiri. Aku optimis, aku yakin aku boleh buat. Ye la kalau orang lain boleh buat kenapa tidak aku?
Erm, ke korang tak nak tolong aku?

Aku bukan tak nak cari sendiri, masalahnya aku bukannya pandai sangat bab teknikal ni.. Korang dah ada pengalaman dan mahir, apa salahnya tolong aku? Itu pun berkira ke? Haizs..


4. Sombong tak ada tempat [ B E R L A G A K]

Eh, ada persamaan plak diorang ni. Tak pernahnya nak komen entri aku walaupun aku selalu singgah, tinggal jejak kat shoutbox dan komen entri. Em, sombongnya. Tak pe la, orang femes amos mana la ada masa nak lepak kat blog yang nak buat header pun tak pandai ni,kan?

Minta maaf la, aku tak kan datang lagi blog ko. Apa, ko sibuk sangat dan ramai nak kena jejak balik? Tipu! Aku tahu tak ramai yang komen blog ko pun, bukannya sampai 80 komen, nak dapat 30 komen pun susah.

Tak pe, tak pe.. Ko tunggu la suatu hari nanti bila aku dah pandai. Jangan lah ko datang nak kipas-kipas aku pula.


5. Follower sikit, otai tak pandang [ S E K U F U]

Serius, otai ni pandang kepada berapa jumlah pengikut ko. Kalau sikit, jangan harap la diorang nak singgah kat blog ko.

Blog aku mula dipandang oleh otai-otai blog bila follower dah cecah 1K. Sedih juga, ye la aku tak pandai buat entri.

Tapi aku ni follower aku pun tak tau kenapa diorang nak ikut blog aku. Kalau nak kata aku selalu BW, jangan harap la. Dengan internet yang line putus-putus bak nyawa-nyawa ikan ni aku nak jelajah blog orang.

Aku tak sombong tapi aku ni panas baran kang tak pasal-pasal keluar entri macam ni..  minta maaf tak dapat singgah. Penuh emo entri tu. Tak percaya klik la. Haha~



Erm, cukup la kot setakat tu..

Kalau ada buruk, pasti la ada yang buruknya, kan? Nanti aku sambung bahagian yang baiknya karenah blogger ni pula, k. Nantikan kedatangannya di pasaran. Haha~ Macam promote buku plak. Er, pembetulan, kat pasaran tak ada tau.. Tunggu jer bila aku up date nanti. Haha~ Insya-ALLAH.

Er, ada yang terasa ke? Bagus kalau ada yang terasa. Itulah tujuan aku, supaya korang terasa dan sedar diri. Ekeke~

Korang nak tambah pape tak? Tulis kat ruangan komen, k.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. blog iera pon tak der header gak..sedih jer..:(..owg yg singgah pon ala2 suam2 kuku...huhu...

    BalasPadam
  2. oh.. faham la saya, saya pun baru je belajar pasal buat header ni, jujur saya cakap saya x tau pun nama dia header asalnya -.-" saya ingat org panggil banner, emm.. saya pun baru bljar so saya x der la expert sgt, tp blh la refer tutorial saya tu http://ben-frankenstein.blogspot.com/2011/08/bagaimana-nak-buat-banner-animasi-gif.html kalau x faham tanya la, saya cuba tolong setakat yg boleh :) ni je la saya sebagai org baru dlm dunia blogging ni blh tolong :D

    BalasPadam
  3. Nice info. Bkn senang nk tgk senior kongsi experience. Thx ye. :D

    UPDATE: Kat Bazar Ramadhan Pun Jadi!!!

    BalasPadam
  4. ouhh.. akak dah suruh orang lain tapi dia tak buatkan header tu eh.. mcam-mcam kan.. blogger otai mmg susah nk jenguk follower bawah 1k ni.. tak taw nape..

    BalasPadam
  5. i'm the 1200 followers?? that is a great number..hehe..

    BalasPadam
  6. saya buat hedaer sendiri tapi hampeh..dah 2 kali tukar header..
    tp nak tukar lagi bg lagi cntik..sape leh tlongkan?huhu

    BalasPadam
  7. sabar ye kak sha...header atik pon hudusss..haha
    chill!!! ^_^

    BalasPadam
  8. chill lah.benda ne normal kan. :D
    *peace. ^_^V~

    BalasPadam
  9. senangnya sebenarnya nak buat header atau apa2 jadah blog ni sebenarnya kalau dapat cari tutorial yang dapat membantu.

    aku sebenarnya pon buatkan jugak header untuk blog orang, kalau nak mintak tolong, just tell me. InsyaAllah. :)

    p/s: tp blog aku sendiri takde header. HAHAHA!

    BalasPadam
  10. bui pun org yg buatkan header..part tu ada bengap sedikit..hahaha..

    dlm blogging ni kena byk2 bersabar,kalau x mmg mudah jer nk naik darah,kecil hati atau yg sewaktu dgnnya (pengalaman bui)tapi nk bagi keadaan jd mudah,just ignore..buat2 dunno..

    BalasPadam
  11. blog sikit org jengah tk per yg penting kepuasan sendiri utk menulis aper saja

    BalasPadam
  12. kita buat sendiri header kita lagi puas hati... :)

    BalasPadam
  13. Iera: header bukan penentu kedatangan pengunjung tapi salah satu tarikan.

    yg risau la, kalau entri kita bagus, ada yang sudi bertandang.

    1. entri bagus
    2. hubungan baik dgn pmbaca- ada kawan2 blogger
    3. promosi

    itu yg plg penting

    BalasPadam
  14. Mr Ben Franky: faham? Syukur, ada org faham dgn entri ini. haha~

    saya pun budak baru belajar.

    ilmu baru yg dimaksudkan dalam entri ni adalah dapat dari link blog ben la.. Hihi~

    Tq kerana sudi tolong, tak segan silu atau sombong. =)

    BalasPadam
  15. riva'i: ko panggil aku bu? Ibu? Aku belum kahwin la.. jatuh saham aku. Wakaka~

    BalasPadam
  16. Teaqarh: singgah la pada bila-bila masa pun, pintu blog sentiasa terbuka. Er, ada ke pintu blog? haha~

    Mana ada entri macam marah. emosi tu penting utk mndapat tarikan pembaca. Haha~ Strategi tu penting.

    Ya, kita kena belajar sendiri..

    BalasPadam
  17. Abe Goreng: TQ..

    Ye ke tak de senior kongsi experience? rasanya ramai jer yg kongsi..

    sama2 =)

    BalasPadam
  18. woiiii panas...panas...

    blogger otai nk singgah kt blog yg kurng

    1k...mimpi disiang hari la jwpnya[opp

    tersasul sudah] ok xpe2 nanti kalau aku

    sudah otai.. Xnak pandang blog yg

    berlagak tu... Muahahahhaha...

    Sabar2 ye kak sha...apa2 pon thnk

    krna sudi mgajar saya ttg dunia blog

    ne... terbaik la.. Jasamu ttp ku

    kenang.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker