Langkau ke kandungan utama

Bila Kepala Ting Tong, Ini Entrinya

 Assalamualaikum.

Entri peribadi dan blogging.

Awas, KRU ye. Hihi~ Entri di bawah ada unsur-unsur bangga diri dan riak. Wakaka~ Daripada korang muntah di bulan puasa ni, lebih baik.. Er, jangan muntah di sini.

Aku nak kupas pasal blogging sikit. Sejak sehari dua ni ramai yang tak ada mood nak blogging. Kenapa? Hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu.

Aku? Aku ok jer cuma line yang membataskan aku menghadap Mr Len 24-7 (Eh, ni bukan nama kumpulan M-Pop tu ye). Aku banyak buat autopublish. Korang perasan tak? Apa, tak perasan? bagus kalau tak perasan, tu maknanya aku berjaya la untuk membayangkan aku sedang taip secara on line sedangkan aku off line.

Tapi entri ni, aku taip secara on line dan segar dari ladang. Hehe~ Eh, adakah korang tak perasan tu disebabkan korang memang tak masuk pun ke blog ni? Erm, sedih. Haha~Gurau jer, tak sedih pun.

Kenapa la entri ni banyak sangat emosi ni? Entah, kepala bengong. Fikir macam-macam. Reunion-yang-nak-pergi-tapi-segan-teramat. Perhubungan-yang-entah-ke-mana. Duit-raya-nak-bagi-ke-tak-pada-anak-saudara-sebab-tengah-sengkek-giler. Kuih-raya-tak-buat-habis-lagi. Rindu-pada-teman-teman-seperjuangan. Dan, banyak lagi la nak fikir.

Ah, lantak la semua tu. Aku tak kisah pun. Hahaha~ Tak kisah ke? Kisah.. tapi, ah stress. Kepala bengong. Malu pun ada. Ting tong.

Blog. Blog. Blog.

Encik Azri tengok blog ni berada dalam senarai 3479. Nak rasa bangga ke malu? Nak rasa malu ke bangga?

Bangga la kot sebab blog aku ni dapat juga tempat dalam 3,000+ daripada 15 ribu bloggers Malaysia (berdasarkan follower 'Tuhan traffik').

Blog ni juga bukannya selalu dipingkan ke mana-mana. Kalau ada pun korang nampak ping kat facebook, itu tak sekerap korang dan tak semua blogger group fb aku dapat masuk. Line yang tak mengizinkan.

Kalau kata nak BW, susah sangat la. Bukannya aku rajin sangat nak tunggu blog loading sedangkan aku perlu lawat teman-temanku, seperti yang aku senaraikan.. Uii, 40+ kawan bloggersku. Ramai jugak. Itu pun ada lagi yang miss in list.

Malu? Kalau aku malu, itu dah masuk macam aku ni cemburu. Oh, aku tak cemburu. Rajin, usahanya berjaya. Aku malas (walaupun bukan aku-salahkan broadband. Haha~ Mari salahkan dia).

So, pengajaran dari entri ni, kalau korang nak berjaya dalam bidang blog, sila la pingkan blog anda. Jangan malu, jangan segan dan jangan malas macam aku.



P/s: Tahniah ye Azri, dapat tempat 500+ blog terbaik dalam Malaysia. Tak lama lagi boleh la masuk under 500. Kawan-kawan ko yang hebat kan dah ada. Boleh punya berjaya. =)

P/s/s: Kalau aku tak balas kunjungan korang lebih daripada 3 hari, maknanya aku tak on line. Entri aku buat autopublish. Harap maklum.




Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker