Langkau ke kandungan utama

Aku Tak Istimewa, Biasa Saja? Tak, Kau Istimewa



Assalamualaikum...

Entri peribadi dan pesanan.

Aku tahu ada orang yang rasa tak ada istimewanya dirinya. Aku juga rasa begitu.

Aku faham orang yang ditinggalkan akan rasa sangat down. Macam yang aku rasa sekarang. Aku rasa nak meraung, aku rasa nak nangis-nangis tapi aku tak boleh buat semua tu. Aku kena belajar menerima hakikat. (Kuat tak aku? Haha~ Poyo)

Sesungguhnya, aku rasa macam mimpi sahaja ditinggalkan pergi. Jauh di sudut hati aku berharap semua ini bakal berakhir dan kami bersatu kembali.

Tapi kalau semuanya sudah berakhir, aku akan bangkit kembali.

Berbalik kepada tajuk, memang kadang kala kita rasa betapa hampehnya diri. Tapi ketahuilah korang juga adalah istimewa. Tanpa korang, siapalah nak baca entri-entri aku? Tanpa aku, siapalah nak handle blog Sha My Heart ni?

See, itu maknanya korang memang penting. Tak percaya?

Korang ada tangan, kan? (Minta maaf kepada mereka yang tiada tangan). Kalau korang ada tangan, korang tengok tapak tangan korang. Itulah tapak tangan korang. Itu membuktikan korang ni ada satu jer dalam dunia ni. Tak ada dua.

Kalau korang biasa dengan perasaan rindu, korang akan faham. Kita rindu kepada orang itu sahaja, orang lain walaupun kembar seirasnya tetap bukan orang yang kita rindu. Kita tak nak abang atau adiknya, dan kakak atau adiknya, kita cuma nak dia je kan?

Aku nak menegaskan setiap orang adalah istimewa dan kalau seorang maka pincanglah dunia. Korang kena fikir macam tu.

Lagi satu pesanan aku, hidup ini bukannya lama untuk korang bersedih-sedihan. Kalau dia tak nak kamu, masih ramai lagi yang mahukan kamu dan anggap kamu istimewa. Percayalah..

Cara lain, korang boleh bersosial dengan masyarakat. Maksud aku bukannya so-sial tapi berhubung dengan masyarakat, berpersatuan, berkelab tapi jangan kelab malam ye. Hihi~

Kalau tak ada persatuan, masuk je jemaah masjid. =)

Dengan ini, ketiadaan korang memang akan dirasai. Self-esteem korang akan naik. Korang akan rasa korang ni istimewa. Tak percaya jugak? Join la beb. Aku bercakap melalui pengalaman bukan omongan kosong.



P/s: TQ kepada kawan-kawan blogger yang menyokong aku.

P/s/s: TQ to er.. nanti-nantilah aku bagitau. Kang ada yang jeles pulak. Haha~

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. bagi orang yang perasaan pasif macam aku ni.. bca entri kau begitu jaa.. takda sangat perasaan.. haha!

    tapi, allthebest!! pergi la joging petang2.. bley usha laki hensem! *ayat orang lain XD

    BalasPadam
  2. kalau ahli mesyuarat tingkap tu kira bersosial juga le?...

    BalasPadam
  3. hehe, cheer up XD

    ko still ada aku, alien pelik :p

    BalasPadam
  4. klu nk sedih tu boleh tp pastikan bangkit smula ..
    jgn terus hilang semangat hidup ..huhu

    BalasPadam
  5. aiman: betapa pasifnya ko.. haha~
    gurau je wei..

    tips yg bagus ni.. ekeke~

    BalasPadam
  6. Encik Khairil: Boleh la jugak tu daripada tak de.. hehe~

    BalasPadam
  7. keroro: tq beb. terharu aku
    XD =D

    BalasPadam
  8. alif: ya, TQ..

    kite akan tetap bersemangat =)

    BalasPadam
  9. HAHA be cool babe :)

    BalasPadam
  10. cik autumn nie...
    slalu rasa diri nie x ada kelebihan sgt...
    byk yg kurang...
    sbb tue...
    cinta cik autumn pd sorang laki nie x dibalas...
    n ada gak sorang nie minat kat cik autumn...
    tp...
    sbb cik autumn mmg byk kkurangan...
    cik autumn tolak cinta dya baik2...
    tp...
    disbbkan budak tue trus ngorat...

    cik autumn.....
    terrrrbuka hati...
    tensyennya...
    sbb masa cik autumn dh mula syg dia...
    budak tue dah ada makwe...
    xpalahh...
    cik autumn simpan aja cinta tue...
    nak lupa atau dak...
    malas cik autumn nak pkir...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker