Langkau ke kandungan utama

Aishiteru Beatiful My Girl Part 2



Aku nak sambung cerpen sebelum ini, Aishiteru Beatiful My Girl (ABMY)-Part 1
jom sama-sama kita saksikan.

Farid M.C sedangkan Zamri ajak Mira berbuka puasa. Mira ajak Zati ikut sekali.

“Malas la aku nak pergi.”

“Ala ko kena temani aku. Takkan aku nak membatu je sepanjang berbuka puasa nanti. Dah la mamat tu macam tiang elektrik, diam tak kata apa-apa,” pujuk Mira.

“Apa kena mengena dengan aku?” Soal Mira.

“Ada kena-mengena dengan ko la. Kalau abang ko tak ambik MC sesuka hati tak la aku kena mengadap muka mamat touya tu tau.” Touya yang dimaksudkan di sini tiada kaitan dengan encik Touya, blogger yang hebat tu. Tapi touya yang dimaksudkan di sini adalah er aku tak tau nak terangkan macam mana. Maksud dia lebih kurang seorang yang lurus bendul.

“Aha, aku ada cadangan. Ajak abangku sekali”.

“Dia baru bagitau aku yang dia berbuka di luar bersama kawan-kawan sekolah. Ada reunion katanya. Ala, kalau abang ko tak ada, ko kan ada.” Sengih Mira.
“Ok la, surrender.”

Sejak dari majlis berbuka puasa secara kecil-kecilan, Mira makin akrab dengan Zambri. Farid yang cemburu dengan Zamri perasan akan hal tersebut. Cemburunya makin memuncak. Apa sahaja yang  Zamri buat pada blognya, Farid akan tiru. Tapi bukan copy and paste, setakat curi idea. Mamat tu buat review follower, dia pun buat. Zamri buat bloglist, Farid pun ikut. Pendek kata, memang  Farid sentiasa pantau blog Zamri.

Zamri memang tak tahu hal ini. Mira mula perasan yang Farid mula mahu menyaingi Zamri dalam bidang blog. Bagus tu bagus tapi macam tak kena gaya pula. Mira pun boleh tahan kemampuan dan bakat dalam bidang blog ni.

Tapi blog farid kurang sesuatu. Farid tak ada ruangan untuk dia menulis perihal peribadinya sedangkan Zamri ada, Mira lagi la ada. Orang perempuan kan tak boleh dipisahkan dengan emosi. Farid pernah suarakan hal ini kepada Mira.

“Nak tulis dalam facebook, macam membuka pekung di dada dan terlalu ramai kawan-kawan akan menyibuk. Nak tulis dalam blog, ini bukan blog peribadi. Blog aku tu tempat untuk aku kongsikan tips-tips.”

“Maka amat rugi la kamu. Hahaha~ Gurau saja. Look, the blog function is not just for professional sharing. If it does, what for website?”

“Betul jugak tu.”

“Hey U. Aku ada belajar dalam Sistem Maklumat- ICT dan aplikasi yang salah satu tujuan blog ni sebagai e-diary. Aku pelik la ada blogger yang power duk marah-marah pada newbie dan blogger picisan. Katanya blog bukannya diari on line. Aku rasa blogger tu tak ambik kelas. Bercakap setakat pandai hembus saja, tak ada kajian.

 Sekurang-kurangnya nak cakap pun try la buka wiki [link] dulu, search dan baca, ambik tau secara general. Tapi Wikipedia atau Wikimedia pun bukanlah tempat yang terbaik untuk membuat rujukan. Aku malaslah nak berhujah dengan diorang pun, nanti kata aku ni mak cik anon serang blog dia pula.

Amat memalukan blogger hebat tapi ilmu pasal apa itu blog pun tak tau. Aku bukan nak tunjuk hebat. Aku pun tak hebat, sekadar blogger picisan. Tapi ilmu dan fakta tetap ada kelasnya yang tersendiri yang mana tak ada siapa boleh nafikan. Ini baru ada beberapa ratus follower, entry dah meletup sampai seratus lebih komen, dah buat teori sendiri ya. It so funny”.

“wah, pandai ko berhujah.”

“Mana ada, aku terangkan saja apa yang aku belajar sebab aku rasa tak semua orang ambik kisah nak buat kajian dulu sebelum tulis entri. Kalau setakat entri peribadi taka pa la. Ni entri nak hentam orang lain, kena la ada ilmu bai.”

“Ya. Kalau tak ada, senang-senang je orang hentam dia balik. Haha~”

“Pandai pun”

“Ko jugak yang ajar”.

“Aku tak ada ajar pun. Ko dah pandai, cuma kena belajar gunakan otak dan banyakkan membaca”. Mira mengukir senyum.

“Nak buat simple blog pun kena ada ilmu ek?”

Yup, absolutely. Boelh main campak-campak dan ikut hati tapi sampaikah kepada khalayak sasaran kita.

“Ada khalayak sasaran ke?”

“Mesti lah ada, bro. Khalayak sasaran ni, siapa pembaca yang kita nak. Macam niche –entri dari Touya.”

“Kalau tak ada khalayak sasaran?”

“Mesti ada punya la. Ko nak orang baca blog ko kan? Pembaca yang ko targetkan la khalayak sasaran ko”

"Oo, aku faham dah. Pandai la ko ni, Mira. Salute la", Usik Farid.

"Aku tak pandai la, biasa saja."

Begitulah hubungan Farid dan Mira, semakin mekar. Zamri pula, mengintai juga sekali kala.

Bersambung..

Sabar ya.


P/s: Dah keluar senarai untuk konvo. Best pula bila dah konvo ramai-ramai dengan classmate ni.
Link, bukan nak bangga diri tapi sekadar senang nak semak nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker