Langkau ke kandungan utama

Adik Beradik Yang Terbaik


Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Aku suka sangat dengan Ramadhan kali ini. Sebab apa? Sebab aku rapat dengan adik-beradik.

Aku dilahirkan dengan adik beradik yang ramai. 7 orang. Ramai kata orang. Masa kecik-kecik dulu memang terasa ramai tapi bila dah besar ni, rasa sikit saja. Rasa nak tambah lagi adik sebab rasa tak cukup ramai dan kasihan kepada mak ayah kalau nak tinggalkan mereka.

Tinggalkan ni maksudnya keluar dari rumah untuk tujuan yang baik. Aku pernah keluar tinggalkan rumah untuk belajar dan bekerja. Pada waktu aku keluar untuk belajar, rasa kesian sangat kat mak ayah sebab rumah macam tak ada siapa.

Sebab tu aku selalu balik. Selalu? Masa belajar dulu, biasanya secara puratanya aku balik sekali dalam masa  sebulan. Nak balik selalu tak boleh walaupun dekat sebab jadual aku agak sibuk. Hari Khamis balik petang, sampai rumah dah senja. Tidur satu malam. Petang Jumaat dah bertolak balik sebab ko-k aku mula 8.30 pagi. Tak sempat la kalau balik pagi dari rumah.

Kalau aku sibuk, maka berbulan-bulan la tak balik. Ye la, waktu cuti 2 hari tu ada aktiviti lain pula.

Masa aku bekerja dulu, aku akan pastikan setiap bulan aku balik. Tak kisah la walaupun penat dan jauh dengan cuti berapa hari saja, yang penting dapat jumpa mak ayah.

Korang macam mana? Aku akan balik jenguk parents sebab takut menyesal tak dapat nak tengok buat kali terakhir. Kita mana tau diorang akan pergi bila.

berbalik kepada topik, aku rasa rapat dengan adik-beradik masa bulan puasa ni terutamanya masa berbuka puasa dan membuat sesuatu kerja rumah. Diorang pula seakan rindu dan sayang menyayang. memang la adik beradik memang patut ada perasaan tu kan?

Aku kan baru balik dari Melaka, adikku seorang lagi pula tak lama lagi akan pergi sambung belajar kat Sarawak. Maka adik-adikku yang lain yang mana duk kat rumah tu layan kami baik-baik. Diorang jugak suka usik mengusik. Aku la yang jadi tukang gelak.

Aku tahu adikku sorang tu, Adik rasa nak habiskan masa dan cipta kenangan masin dengan kakaknya yang belajar di Unimas. Adikku yang duduk di Unimas tu pun sama. Dia pernah kata, dia memang sayangkan adik bongsu sebab dia ada adik sorang saja. Baru aku tahu dia sayangkan adiknya. Selalu nampak dia condemn jer.

Aku memang rapat dengan Adik.

Carik-carik bulu ayam.

Kenuk lalu, kiambang bertaut. Kenuk? Ye ke? Betul ke pepatah tu? Salah!

Biduk lalu, kiambang bertaut.



So, hargailah mereka selagi kita dapat bersama orang tua tersayang dan adik-beradik is the sweetest thing in the world.


P/s: Yeah, dapat baju kurung percuma. Percuma sebab tak payah upah. Beli kain jer.

P/s/s: Up date cepat dan terburu-buru. Nak pergi buat kuih raya ni. Haha~


Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




              

Ulasan

  1. selamat hari raya... maaf zahir dan batin.. kim salam kat adik2 tersayang -)

    BalasPadam
  2. adik beradik ramai memang best...yeay!!!
    selamat ari raya
    MZB

    BalasPadam
  3. hehe, adik beradik aku sikit jek XD

    BalasPadam
  4. adik beradik ramai memang best. ehehe. Selamat Hari Raya :D

    BalasPadam
  5. adik baradik awak 7org? mesti meriahkan... kami ber4 beradik je plus abah mak pun baru 6 org :)

    BalasPadam
  6. Keroro: Sikit pun tak apa. Zaman sekarang kan, susah sikit nak jaga anak ramai2

    BalasPadam
  7. Efa: ya, memang best. meriah giler

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker