Langkau ke kandungan utama

Tips Meramaikan Follower (Join This Site) Yang Berjaya

Assalamualaikum...

Entri Tips.

Aku kongsikan kepada korang berdasarkan pengalamanku sebagai tak berstatus.. Haha~ Sebenarnya, berstatus newbie lagi noob.

Sebelum tu, aku nak berstory dengan korang sikit.

Sudah berkali-kali Syuk bertanyakan tentang bagaimana aku mendapat follower yang ramai. Dia ni aku kenal dari pada mula-mula aku mula nak naik dalam dunia blog ni, dalam bulan dua begitu.

Masa tu rasa kagum kat dia sebab dia ada follower dua tiga ratus. Aku ni baru ada berpuluh-puluh jer. Selalu komen kat blog dia. Tak sangka pula dia ingat aku lagi, ye la ramai jugak yang komen kat entri dia.

Tapi aku selalu la lepak kat blog dia. Sebab tu kot dia ingat kat aku. Siap bagi award lagi. Ada dua dia bagi award, tapi satu tu, entah kat mana aku simpan, cari balik tak jumpa..



Lama dia menyepi, lepas tu bebaru ni baru dia masuk ke blog aku walaupun selalu jer aku masuk blog dia. Aku tak kisah, aku tahu dia sibuk dengan pelajarannya. Dia terkejut sebab follower aku ramai, dah 800+ pada masa tu. Dia tanya aku apa tips aku dapat follower ramai dengan cepat.

Sebenarnya, aku tak terasa pun cepat follower aku naik. Aku rasa orang lain yang aktif berblog pun macam aku jugak followernya naik, mungkin lebih cepat dari aku. Tapi dah dua kali dia tanya dan aku pun sudah bagi petuanya dua kalinya jugak. Kali ini, aku rasa ada baiknya aku buat entri, orang lain pun boleh menatap sambil ambik ilmunya.


1. Blogwalking (BW)


Masa awal-awal Sha nak aktif dalam dunia blog ni, Sha ikut jugak pesanan otai, buat blogwalking. Apa tu blogwalking? Blogwalking ni adalah kita berjalan dari satu blog ke satu blog. Kita terjah blog orang dan tinggalkan jejak, jugak follow diorang. Kita follow la blog diorang dengan harapan diorang follow blog kita pula.

Tapi, Sha sekarang ni jarang la nak blogwalking. Sudah malas. Haha~ tak baik ni. Sebenarnya, line kurang okay, tu yang malas tu. Berjam kot nak siap load.


2. Komen

Kita komen kat entri diorang. Komen biarlah ikhlas. Kalaupun kita malas nak baca entri diorang, scan jer, baca dan ambik point untuk komen. Jangan la kita komen semata-mata nak promote blog. Nyampah la tau kalau ada orang duk promote dalam komen entri kita, komen entri kita sikit pun tak.


3. Group Blogger


Dunia sekarang ni rasa pelik la kalau ada blog tapi tak ada facebook. Gunakan kelebihan fb tu. Kan banyak group blogger kat fb. Join jer. Setiap kali korang buat entri, up la kat group blogger tu. Pasti kan korang rajin la buat entri setiap hari.

Kalau nak lebih kesan lagi, korang aktiflah dalam group blogger tu. Tak rugi pun..


4. Tajuk Menarik

Tajuk biarlah menggambarkan apa yang korang nak cerita pasal entri tu. Kalau korang tak tau nak letak tajuk apa, biarkan dulu. Korang taip dulu. Kemudian, bila dah siap baru la fikir nak letak tajuk apa yang sesuai.

Kalau korang tak pandai nak letak tajuk menarik, meh usha blog dunia sebelah zarra, dia selalu buat tajuk entri panjang-panjang, semoga korang dapat idea nak buat tajuk apa.

Korang janganlah buat tajuk yang lari dari topic yang korang bicarakan. Nanti orang marah. Contohnya, ada sorang blogger tu buat entri tips untuk naikkan blog. Tetapi apa yang dibicarakan adalah menyeleweng. Rasa tertipu jugak. Ada anonymous yang kutuk entri tu. Memang patut la kena kutuk. Pada hal, tajuk lain tapi entri lain. Haha~


5. Entri emosi

Entri korang kena la ada emosi. Ini blog tau, bukannya buku teks. Kalau nak tulis secara skema pun, masukkan emosi korang dalam tu. Korang buat la apa-apa pun. Tulis je pape pun emosi korang tu.

Tak pandai nak masukkan emosi? Pergi belajar menulis dan guna perkataan yang perlu letak tanda seru. Contohnya, Wah, Aduh, Eh, dan lain-lain.


6. Pelbagaikan Kategori Entri

Kalau buat pasal satu kategor je, maka tak besarlah korang punya khalayak sasaran. Apa kata korang pelbagaikannya. Baru la menarik sikit blog korang untuk orang lain ikuti. Kalau sekadar cerita yang sama saja, tak semua orang suka. Kalau banyak kategori, ada jugak golongan yang suka.

Macam blog Sha sendiri, ada yang suka baca pasal cerita rekaan seperti Kau Yang Aku Sayang (Blogger), ada yang suka pasal berita terkini, ada yang suka pasal tips. Tak semua orang suka sama dengan kita. Maka, mahu tak mahu korang kena la pelbagaikan entri, k.

Contohnya Afiq dulu asyik cerita pasal bola jer, follower sikit. Sekarang ni dia dah pelbagaikan cerita, tengok follower dia dah ramai sekarang ni.


7. Tulis cerita sendiri

Orang lebih suka kalau entri tu memang fresh dari ladang. Hehe~ Maknanya semua penulisan tu dari kepala kita sendiri. Lagi best kalau dapat buat doodle a.k.a kartun sendiri, macam Ayem Ayam.




Itulah kot yang aku ingat. Lain-lain korang tambah sendiri la.. Ada apa nak tambah, tinggalkan kat ruangan komen, k.


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. hehehe..tips bagus ni! nak naikkan follower gak

    BalasPadam
  2. ahaa... yang lain tu oke.. tapi yang doodle tu.. tak reti~~ :p

    BalasPadam
  3. Wah ! tips yang amat brguna bg new blogger cam sy.. hihi XD

    BalasPadam
  4. tips yg best!! ank try gak lah..:))tq yer...

    BalasPadam
  5. tips yang berguna ni..thank,z sha.

    BalasPadam
  6. sipae lah yg beria nak tips tu ye.huhu..itu dulu..skang sha dah way better than me..follower pun dah ribu.alexa rank pun gempak..btw.thanks for the tips =]

    BalasPadam
  7. bw dan tinggalkan komen tu mmg berkesan sgt..dulu bui paling malas nk komen entry org,sekarang tengoklah dekat mana2 bui komen..hahaha..tp follower tak jugak ramai..kenapa yer..?hihi

    BalasPadam
  8. KB: nak naikkan lagi ke? Jom2 kita up kan follower..

    BalasPadam
  9. Arif: doodle kena belajar dan ambik masa sikit.. kalau rajin dan ada masa, boleh la. pasti ramai yg suka

    BalasPadam
  10. Hana: sila applikasikannya.. semoga cepat naik =)

    Btw, welcome to blogsphere =)

    BalasPadam
  11. Ijam: Sila la cuba..

    Weh, bajet je ko tak tau.. ko tu lebih banyak ilmu dari aku. banyak yg aku nk tanya ko ni.

    BalasPadam
  12. Ijam: Sila la cuba..

    Weh, bajet je ko tak tau.. ko tu lebih banyak ilmu dari aku. banyak yg aku nk tanya ko ni.

    BalasPadam
  13. Jasiera: Sila cuba ye.. hihi~

    TQ jugak dear

    BalasPadam
  14. afiq: sama2.. afiq dah makin maju skrng ni.. tahniah ya.

    BalasPadam
  15. Syuk: mesti la beria utk teman trsayang..

    mana ada hebat, sha biasa jer..

    alexa baru 6 la.. jauh lagi nak capai 3. haha~

    Sama2. semoga syuk dapat amalkan tips ni ya. =)

    BalasPadam
  16. Bui: rajinnya sis, patut la maju. hihi~

    Sha ni tak la serajin sis, sb line ni bukannya laju sgt..

    tak ramai follower? nak ramai lagi? selalu la promote blog.. cepat la naik =)

    BalasPadam
  17. mase cuti la bru followers ana naik..duk uum jangan hrapla dpat bw n update entry sentiase..busy memanjang..huhuhu...tpi kan, nak tulis entry tu r yang berat sikit...xbape reti nak guna ayat2 power...hahaha...

    BalasPadam
  18. sy rasa semua dah sy buat ikut tips2 kat atas tu,,kdg2 entry sy agak kelakar jugk,,tp follower tak naik2 ,,,mungkin sy takde aura penarik kut,,ntahla kat mana silapnya,,,mula-mula buat blog suke2 je tapi bila penulisan kita di baca,,rasa seronok pulak kan,,,hehe

    BalasPadam
  19. ana: belajar perlahan-lahan.. blogging jugak satu proses belajar tau..

    happy blogging

    BalasPadam
  20. miss ina: kena usaha lebih ni.
    mungkin dari segi promosi.

    sabar kena bnyak.

    ya, tak pernah plak terlintas sampai ke tahap ini berblog.

    BalasPadam
  21. Peyan: Menarik, tertarik, kau memang da boom. Haha~

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. wah2. tapi kan agak agree la dengan tips no 2. bahagian komen tu mesti nak promote link sndiri pdahal singgah blog kita pown payah. nice sharing. ^^

    BalasPadam
  24. Terjumpa juga cara2 nk ada follower.. sy baru berjinak2 dgn blogging.. skrg belum ade follower lagi haha kesian kan. Kalo ada yang berminat naknjd follower sy.. meh la jenguk n singgah kat blog sy katahatikhadijah.blogspot.com
    Tinggalkan apa2 komen yg blh meningkatkan sy nye blog hehe terima kasih hehe

    BalasPadam
  25. bagus tips yg sha bg...sy dh lama punyai blog..cume sebelum ni kurang post entri utk blog sbb sedang blaja and xsempat nk godek2 blog..after that..lps abih studi..masa terluang..dh terasa nk berblog mula ada..hihi..jd tips yg sha bg ni..mmg bgus..thanks yer sha...

    BalasPadam
  26. erm baru paham macam mana nak naikkan followers , saya pun ingat bila viewers tinggi automatic dia jadi follower, rupanya cetek sangat ilmu blogger saya he he.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker