Langkau ke kandungan utama

Perihal seorang Aku... Sha (11)

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Lama rasanya aku tak menulis dalam siri Perihal seorang Aku... Sha ni. Last tulis dalam bulan April 2011. Sekarang dah hujung bulan Julai.

Pagi tadi, aku bermimpikan er.. tak de nya aku nak mimpikan apa-apa. Haha~ Pagi tadi tidurku terganggu dek kerana bunyi mesej yang masuk ke handphone hadiah dari ayah.

"Selamat berpuasa dan selamat pengantin baru" - KH.

Tersenyum juga aku sendirian. Apa la yang 'ayahanda' fikir ni?

Tengahari, aku dapat berchat dengannya. Nak balas mesej, kredit baru jer expired malam tadi.
Aku terangkan yang kredit habis. Tiada respons. Bila aku nyatakan yang aku tidak pernah berkahwin, cepat je dia balas. Oh, hati lelaki yang seorang ini...

Dia kata dia dapat tahu dari blog aku dan entri ini 4 things make me happy


Haha~ Sebenarnya, aku tulis jer macam tu. Kami tak declare apa-apa lagi.  Dia masih nak mengenaliku. Takut pulak aku rasa. Haha~

KH cakap macam biasa la, nak beristerikan aku. Dari dulu lagi. Bukan aku yang melayan dia. Entah kenapa tetiba dia cakap nak kahwin dengan aku dua tahun lepas. Makin kerap sejak tahun lepas. Aku memang menolak la. Memang aku tak nak kahwin dengan dia sebab dia tu laki orang.

Ops, jangan salah sangka. Bukan aku yang menggedik nak dengan laki orang, okay. Perkenalan kami secara tidak sengaja semasa aku mengikuti Bakti Siswa di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Kami diperkenalkan oleh ahli keluarga angkatku. Kebetulan memang dia pekerja bagi syarikat ayah angkatku.

Sumpah, aku tak tau dia tu suami orang, sampai lah ada kawan dia menyapanya di Fb bertanya sudah ada berapa orang anak. Ku sangkakan kawan-kawannya memerli dia. Tetapi bila aku membaca jawapan dari dia, baru aku tahu. Korang boleh rujuk entri ni (sila klik). Tapi jangan kutuk pasal cara penulisan ya, masa ni masih baru lagi. Haha~

Dia kata, kalau aku jual mahal lagi la lelaki akan cuba dapatkan. Macam tercabar begitu. Rasa takut juga kalau fikirkan. Aku cakapkan kepada dia, aku akan bagitau si dia untuk segera meminangku. Haha~ Sebenarnya, aku bajet je.. Tak ada orang pun yang serius dengan aku. Kesian, kan?

Si dia tu? Entah la, dia memain jer. Sedangkan hatinya untuk orang lain masakan ada hatinya untuk aku, kan? Aku jer yang tergediks nak kan dia. Sakit hati jer rasa.

Tapi, aku memang tak kisah. Lagipun banyak perbezaan antara kami. Aku rasa nak jer cecepat tahu apakah penghujung cerita kami ni.

Kalau macam tu, boleh la aku terima KH. Lagipun dah lama aku kenal dia. Haha~

Buat masa sekarang, tak teingin aku nak ambik laki orang. Tapi masa ke hadapan tak tau la kalau takdir dah tentukan.. Aku pun berhak untuk menentukan kehidupan aku sendiri, kan?

Terngiang-ngiang pulak kata ayah, kalau pada umurku sekarang ni tak kahwin lagi, ke hadapan nanti yang akan datang masuk meminang tu adalah laki orang atau bekas laki orang. Takut pula aku dengar.

Aku tak kan ambik laki orang. Jangan risau k.

Aku akan kuat menjadi diri sendiri, bahagia dengan diri sendiri.


P/s: Pak cik, aku tak larat sangat. Sampai bila lagi ko kenal aku? Kalau aku tak layak untukmu, tinggalkan aku saja. Jangan seksa aku macam ni.


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker