Langkau ke kandungan utama

Mahasiswa Bersekedudukan: Trend Senyap-Senyap?

Assalamualaikum...

Aku nak komen permasalahan ini. Jom korang baca dulu kesnya..


Baru-baru ini saya telah berbual dengan rakan sekerja saya yang berumur pertengahan 20an. Beliau telah mempunyai isteri dan seorang anak kecil. Rakan sekerja saya ini sebelum ini tinggal di sebuah apartment di ibukota berkongsi dengan seorang rakan bujang, seorang mahasiswa.

Manakala isterinya yang sebelum ini tinggal di kampung, telah dibawa untuk menghuni bersama di aparment/rumah berkenaan.

Dalam perkara ini tentunya rakan sekerja saya itu ingin menjimatkan duit, maklumlah isteri beliau tidak bekerja, maka mungkin persetujuan telah dibuat bersama rakan bujang tadi untuk berkongsi bayar sewa rumah.

Apa yang mengejutkan saya, rakan sekerja saya itu memberitahu bahawa teman wanita  wahasiswa itu ada datang menginap pada siang hari tetapi tidak bermalam di rumah itu. Secara sepontannya saya berkata kepada rakan sekerja itu, "ini adalah kes bersekedudukan".

Namun begitu dijawab oleh rakan sekerja, "ini adalah perkara biasa". Ramai penuntut/mahasiswa berbuat demikian.

Banyak persoalan bermain difikiran saya. Apakah hukumnya orang kelamin duduk menyewa satu rumah (tetapi berkongsi bilik) dengan orang bujang.

Adakah mungkin ini satu "trend senyap-senyap" penuntut mahasiswa kita yang mungkin kita anggap tidak berbuat perkara maksiat. Mungkin ada banyak perkara yang bermain di fikiran tuan-puan. Marilah sama-sama bagi nasihat ka? Pandangan ka? Silakan.



Ok, dah baca kan? Jawapan aku:

Perihal tinggal serumah dengan orang bujang.

Sebenarnya tak kisah. Tapi kalau macam tu, tentulah mendedahkan aurat. Sama ada penyewanya yang bujang ialah lelaki atau perempuan, kedua-duanya akan mendedahkan aurat kepada pasangan yang telah berkahwin tersebut.


Perihal mahasiswa yang bersekedudukan


Jiwa muda, jauh dari ibu bapa.. Bebas melakukan apa sahaja kalau iman diletakkan di lutut.


Tak kira la kat mana sahaja, ada sahaja golongan yang membuat maksiat..

Trend senyap-senyap? Senyap-senyap pun, orang tahu jugak. Haha~

Aku pun pernah juga berkenalan dengan kawan-kawan sekos aku dan mereka selalu ke Danok, Thailand. Terkejut jugak. Nasib baik aku terselamat dari buaya-buaya itu walaupun ada yang menggodaku. Haha~ Kenangan lama, beb.

Aku tahu mereka berkelakuan macam tu pun bila aku dah tak ada kesempatan untuk jumpa dengan diorang lagi. Kalau tak, pasti aku pandang semacam jer pada diorang. Haha~

Siapakah diorang? Biarlah rahsia. Tak elok kan membuka aib orang. Biar kita simpan aib orang supaya ALLAH tutup pula aib kita..


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. ape la nak jadi mahasiswa sekarang...xada beza pun dgn org yang xdpt ke universiti dgn mereka yg jenis mcmni...perangai hodoh!!

    BalasPadam
  2. sdey nya bila berlaku cmtu...takut hasutan syaiton bermaharaja lela...semoga kita semua dilindungi...(^_^)

    BalasPadam
  3. masa sy belajar di UTM Skudai dulu, ramai yg bebas keluar masuk di rumah sewa.. Sy harap pihak universiti perlu bentuk badan khas memantau perilaku pelajar di luar..
    Idham Xpression

    BalasPadam
  4. amni: ya, sangat tak sihat sebab boleh bawa penyakit

    BalasPadam
  5. anna: tau tak pe..

    bila nafsu menguasai diri....

    BalasPadam
  6. Gee: a ah.. sedih.

    Semoga kita dilindungi-NYA.
    Amin

    BalasPadam
  7. idham: satu cadangan yg bagus.. boleh jugak la cegah maksiat, kan?

    BalasPadam
  8. sebab tu la aku single sampai sekrang..hehe

    BalasPadam
  9. haiyoo.. boleh plak macam itu ya.Itu sebab mudah kena tangkap kering.huhu.\akak nak juin header tu ke? kena buat entry lu.. wekk :p

    BalasPadam
  10. ijam: ye ke?

    tak pe, percintaan selepas kahwin lagi best n berkat

    BalasPadam
  11. anip: banyak kot.. itu tak kira yg buat dgn couple msg2.

    ala, anip kedekut r.. haha~

    BalasPadam
  12. BUDAK U AKEDEMIK MMG BAGUS TAPI MORAL KURENG CERDIK.TAK SEMUA SEGELINTIR SAJA.MUNKIN 5% SAJA.

    malam ni bola malaysia vs s,pore=
    Malaysia Boleh!!!!!

    BalasPadam
  13. memang ada yg mcm tu..tp rasanya tak ramai..

    sepatutnya mcm ni tidak berlaku.. ada yang cerdik tapi tak reti nak bezakan mana yg blh dn mana yg tak blh..

    harap ada tidakan menguatkuasa agama..huhuhu

    BalasPadam
  14. huhu .. kes cmni pn ade eh ..
    baru tawu .. ~

    alhamdulillah uni saya wajibkan semua dok dlm ostel yg disediakan ..

    BalasPadam
  15. Abg Ghani: bila dah jauh dari famili, boleh la buat apa sahaja..

    Depan famili pun boleh buat perkara tak senonoh, ini kan pula jauh dari pandangan mata.

    BalasPadam
  16. ABU: memang ada pun.

    A ah, tak ramai tapi membimbangkan..
    orang hantar suruh pergi mengaji bukan suruh buat experimen sains.

    ya, semoga malaysia banyak pemeriksaan agama..

    BalasPadam
  17. Alif: ada dik oi.. macam2 kes ada.

    klu duk dalam pun sama jer. bukannya tak boleh nak kuar langsung, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker