Langkau ke kandungan utama

Kenapa Letak Bloglist Otai? Satu Persoalan Besar

Assalamualaikum...

Entri pasal dunia blog.

Entri ini agak sinis. Sesiapa yang terasa, memang patut. Itu memang tujuan dan niat aku. Aku nak bagi korang terasa dan berfikir sikit. Kita ni sebagai blogger jangan jadi blogger yang dicucuk hidung.

Aku baru jer perhatikan perkara ni bila masuk blog-blog  yang aku jelajah termasuklah blog korang. Korang ada terfikir tak perkara yang sama?


1. Kesan dari blog otai?

Adakah kita rasa blogger otai tu yang satu Malaya kenal dia tu sangat membawa kesan kepada blog kita? Adakah dia pernah selamatkan kita? Did he/she ever save ur life? Aku yakin. Dia (blogger otai) tu bukannya kenal korang pun. Entah-entah tak pernah jejak blog korang pun. Nak tinggalkan komen apa entah lagi.

Jadi, kenapa nak sokong sangat dan letak kat bloglist yang paling atas sekali?

Jeles? Aku tak jeles. Cuma aku terfikir kenapa korang nak letakkan blog dia dan agungkan sangat? Kenapa tak letakkan bloglist kawan-kawan korang dulu, baru la bloglist blogger otai?  Adakah korang ni nak tunjukkan yang korang ni berkawan dengan dengan blogger otai? Ujub!

Serius aku cakap, blogger-blogger otai ni belum tentu baik. Ini pengalaman-pengalaman kawan-kawan aku yang join pertandingan Blogger DIGI Awards tu. Diorang adalah runnre tempat top 5 tau, sebelah dengan otai-otai. Dah tu, diorang cerita la perit getirnya duk kat situ. Siap ada maki-maki lagi diorang. Kasihan sangat.

Ni adalah kerja otai blog. Sejak tu, aku dah low respek pada otai blog ni. Aku bukan nak burukkan sesiapa since aku pun tak sebut nama sesiapa. Kalau korang ikuti DIGI Awards tu, korang dapat agak la.. Er, dapat ke? Haha~

Ada yang tak dapat terima kekalahan, ada yang pantang ditegur. Dia ingat dia hebat. Menyampah aku rasa. Aku dah kata dalam entri terdahulu, kesalahan dalam blogging, dunia blog kita ni tak la sebesar mana. Jadi pusing sana, pusing sini jumpa orang yang sama jugak. Ada juga yang busuk hati nak jatuhkan orang. Kalau korang memang pemerhati dunia blog yang baik, korang akan tahu.

Aku memang nampak macam tak ambik kisah pasal dunia blog. Tak ada kisah kontroversi masuk dalam blog aku ni. Tapi aku ni pemerhati dunia blog. Aku tahu apa yang terjadi dalam blogging Malaysia, okay. Jangan pandang orang tu tak ada mata. Kalau dia bagai harimau menyembunyikan kukunya? Ha, tak lama kena terkam la.. Haha~


2. Blogger Otai Bagi Traffik?

Apa? Korang tak nak trafik? Er, rugi beb. Blog kalau nak maju kena ada trafik. Jangan nak tipu la. Ada sornag kawan aku yang memang gila trafik tapi bila aku tanya dia, er soalannya aku dah lupa.. Jawapannya 'bukan trafik yang dikejarkan'.

Aku tak berapa faham jawapannya. Tapi aku rasa nak sekeh je kepala dia. Kalau bukan trafik yang dia kejarkan, then what? Memang ada jawapan yang tersendiri tapi aku rasa kawan aku ni memang gila trafik. Kalau tak takkan la dia nak promosi gila kucing punya?

Ok kalau korang nak tahu, trafik ni kalau banyak, senanglah syarikat pengiklanan nak melekat dengan kita. Duit pun berkepuk-kepuk jatuh dari langit. Haha~Mana ada duit jatuh dari langit daaa.. Semua tu memerlukan usaha yang keras. Bukan senang nak dapat. Tapi bantuan dari kawan-kawan yang menyokong, cepat sikit kan?

Kalau kata dia bagi trafik kepada korang ni adalah dengan letak link URL blog korang kat dalam blog dia, dalam ruangan segmen, adakah itu sama dengan bloglist?Jawapan aku adalah tak sama. Never!

Korang bertungkus lumus nak naikkan blog korang. Sama la jugak dengan kawan-kawan seangkatan dengan korang, susah payah. Kenapa tak je bagi trafik free dengan blog kawan-kawan korang tu teratas? Maka dengan itu, boleh la pembaca korang nampak entri blog kawan korang yang best? Kenapa tak nak tolong sesama kawan korang yang selalu singgah blog korang? Korang tak pernah terfikir ke?


3. Blogger Otai tu Kawan Korang Ke? Kenal Pun Tidak!

Kenapa korang nak agung-agungkan blogger-blogger otai? Kalau dia memang kawan baik korang tak pe la, korang nak letakkan link blog dia atas-atas. Ni kalau jumpa belum tentu dia kenal korang. Korang je yang bagi trafik free ke blog dia, tapi ada ke dia bagi perkara yang sama kepada korang. Korang pernah terfikir tak?

Kalau korang tak pernah terfikir, memang korang memang otak Melayu totok! Sebab apa? Sebab Melayu ni kebanyakannya dengki kalau orang lebih dari dia. Dia sorang je nak naik. Macam kes ni la. Dia nak agungkan blogger otai jer sedangkan kawan-kawan dia yang sokong dia selama ini dia tak hargai.

Kenapa tak ikut budaya Cina? Dia tak akan naik sorang-sorang. Dia akan bantu kawan-kawan dia untuk naik sama. Bila senang, sama-sama senang, bila susah sama-sama. Bukannya nak mengharapkan orang yang langsung tak kenal korang? Korang ingat dia nak tolong korang ke? Sorry la beb. Jauh panggang dari pinggang. Haha~

Kenapa korang tak applikasikan perkara ni (budaya Cina) untuk dunia blog korang?


4. Blogger Otai tu adalah Rujukan Korang?

Aku tahu ramai yang buat blogger otai sebagai rujukan. Ada yang admire. Dia nak pandang ke korang yang kecik je dalam dunia blog ni sedangkan follower dia berjuta-juta? Haha~ Sah-sah la korang tak kan dapat dia. wek!

Korang nak buat blog otai tu sebagai rujukan? Ok, tak kisah. Tetapi kenapa tak letak bloglist untuk golongan otai tu kat bawah ni. Ni ko letak blog tu kat atas kayangan dik non oi. Tu bukannya nak buat rujukan tapi nak agungkan.


5. Nak Promosi Blog Otai?


Aku rasa tak perlulah nak promosi blog yang sedia otai. Dah sah-sah la famous, semua orang kenal Korang ni ada otak ke tak de ni? Kenapa tak je promosi blog kawan-kawan korang yang banyak menyumbang pembangunan dan kemajuan kepada blog korang? Adakah korang ni tak pandai nak berbudi bahasa? Adakah korang kacang lupakan kulit?



Banyak dah aku tanya ni. Sila berfikir dan jawab. Aku nak tau jawapan korang pula.

Sila lah komen kat bawah ni,k.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. KM7 setuju dengan pandangan anda.Lebih baik masukkan link blog orang yang masukkan juga link blog kita dlm bloglist mereka.

    BalasPadam
  2. kebanyakkan apa yg diutarakan disini adalah betul 99%.aku join segmen baru2 nie sbb nak test.yg aku pelik,sorg blogger yg anjurkan segmen tu leh ler plak blogwalking kat sumer yg join segmen dia.tapi nape blog aku dia tak singgah??pilih "berbulu bulu" ke hape?mentang2 aku blogger baru..pastu aku rasa last aku join segmen 25hb.pas nie kalau nak join pun aku pk beribu kali..kalau "menguntungkan" aku join.hehhe.tuan tanah..thanks share segala yg tercatat di blog mu ini..support la blogger baru cam "aku".

    BalasPadam
  3. KM7: Marilah bersetuju bersama saya.. haha~

    BalasPadam
  4. nur: betul2..

    99% betul? ok la tu, dah boleh dapat A+. Haha~

    kita kena jadi blogger yg berfikir jugak. jangan macam kerbau dicucuk hidungnya.

    Ok, terima kasih kerana sudi nak kongsi entri di blog senget macam nak roboh ni. Haha~

    BalasPadam
  5. betol lah ape yg sha cakap tu..kadang2 emok pon pk bende yg sama..kita beriya nak 'kipas' blog otai2 nie *konon nyer....tapi dowg tak pndg kita pon....so bek utama kn kwn2 kita or blogger yg lebih prihatin....tq sha!!!

    p/s:- rajin singgah blog nie..byk info!!!!

    BalasPadam
  6. jasiera: Betul3.. haha~

    tak payah la nak kipas sgt, bukannya dia tau pun.

    Ye, better utamakan kawan2 yg sama2 susah ni. Nnti boleh la sama2 senang, ye tak? =)

    info? info merapu ada la.. haha~

    TQ kerana menyokong. Harap terus menyokong.

    BalasPadam
  7. aku lebih suka follow blog yg kecil kecilan.

    BalasPadam
  8. fuyoo sha klu jd ahli politik ni memg leh menang ni,,pandai berbahas,,hehe,,apa2 pun memg betul la apa yg awk ckp tu,,err cuma kdg2 kita nk tgk update dia yg terkini kat bloglist tu,,

    mcm awkpun sy dah letak lam bloglist,,,malah blog kwn sy masa skolah dulu pun sy letak tp dia tak letak pun blog sy kt bloglist die,,,

    so takleh nak paksa kann,,org akan letak apa yg org suka baca,,gitulah kut,,

    p/s siape kah blogger otai yg jahat tu?hehe

    BalasPadam
  9. Kebanyakan mereka yang rajin buat segmen ini ada misi tersembunyi.Ok,double meaning.. Pada blogger baru,mereka terlalu baik dalam merealisasikan kehendak blogger otai(the priority,hari2 bg traffic).Lastly,blog diorang ditakuk lama gak sebabnya ,kawan-kwan dia taknak BW..Org kata,macam taknak berjiran.. Seboleh-bolehnya,kenali blog kita dahulu,siapa Follower kita?bukan pndai shout jew.. Semoga blogger baru/nak naik ni dapat pemikiran ilmiah sedikit kalau bc entry ini.. haha!! Dan pada kawan anif yang baru nak naik tu,blog kau ade orang komen??traffik je kut.. Konon nak kawan ngan blogger otai katanye..Motif?..hahaha

    BalasPadam
  10. bagi bui pulak terpulanglah kepada blogger itu sendiri nk letak apa pun asalkan dia bahagia..hahaha..cuma jgn terlalu mengagungkan sangatlah..biarlah berpada2 dan jgn over..

    BalasPadam
  11. Miss Ina:

    jadi ahli politik? Erm, politik Malaysia ni kotor sangat. Jadi pemerhati sudah la..

    miss Ina sudah salah faham ni.. bukan saya kata salah letak bloglist otai untuk rujukan. tapi tempat letak tu salah. Kalau rujukan dlm asgmt pun org letak kat belakng, sama jugak la dgn blog. Kalau nk buat rujukan, letak kat belakang (bawah) jer.. Bukan atas sangat. utamakan kawan2 yg banyak membantu dalam dunia blog.

    TQ sudi letak blog saya dlm bloglist awak.

    Lama awak ada dalam dunia blog ni awak akan tahu la.. =)

    BalasPadam
  12. "dulu2 akk pun ada gak letak..ms mula2 buat blog..seminggu lps tu dah buang dr bloglist sbb takde faedah apa pun..kita hari2 7x msk blog dia..blog kita ada dia masuk?..akk siap folow lg..dulu2 la..skrg ni dah malas nak jenguk blog2 otai ni..isi biasa2 jer..baik jenguk blog masakan ada gak faedah..kankan.."

    BalasPadam
  13. Anip: betul tu dik..

    Tak perlu nak agungkan otai sangat, bukannya dia pandang kita pun..

    BalasPadam
  14. sis bui: kalau nak ikut suka hati sesoerang, lebih baik tak payah ada perundangan dan polis.. haha~ faham tak?

    Tak perlu nak agungkan otai sangat..

    BalasPadam
  15. kak piasara: hahaha~ anda seorg yg berfikir..

    BalasPadam
  16. dulu kak bui ada gak letak bloglist otai ni,nasib baik dh remove..haha..

    BalasPadam
  17. @Piasara

    betui2..saye suke singgah blog masakan...sonok oo leh dpt resepi baru...wink..^_~

    BalasPadam
  18. ana xpernah letak pun blogger otai dlm bloglist..follow pun x...agagaga..depa dh popular..nk letak watpe..bunyi mcm dengki kan?hahaha...xdelah..bkn dengki..mcm kak sha kate la..better letak blog kwn2 kita..yg selalu dtg jenguk dan komen blog kita..

    pss kak sha..xjumpe2 ag ni pop up ni..haha..

    BalasPadam
  19. sis bui: nasib baik dah remove awal-awal.. haha~

    BalasPadam
  20. ana: patut la pandai masak.. haha~

    bagus la.. kita bukan dengki cuma kenapa kita nak agung-agungkan sangat diorang? Susah senang diorang tak tolong pun..

    bagus ana, letak blog kawan2.
    kak sha pun sama.. ada otai? sebab diorang kawan kak sha. ceh, bangga diri plak terasa. haha~ tak de la, diorang banyak membantu dulu dan dalam membangunkan blog ni.

    cuma ada lagi kawan2 yg belum masuk bloglist. bizi. haha~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker