Langkau ke kandungan utama

Di Manakah Perhubungan Jika Aral Melintang?

Assalamualaikum...

Entri relationship dan jiwang..

Jom kita baca..


Seseorang yang menyayangi anda, dia akan buatkan apa yang anda suka. Dia akan ingat nama anda. Nama anda sentiasa bermain dalam mindanya. Dia selalu ingin berada di sisi anda. Dia ingin membuatkan anda tersenyum riang di sisinya. Dia ingin membuatkan anda bahagia kerana dia inginkan anda.

Dia akan menjaga tingkah lakunya supaya anda tidak terasa mahupun tersinggung. Dia akan selalu memikirkan anda. Dia mahu mengenali anda sedalamnya. Dia selalu ingin mengetahu segala-galanya tentang anda. Apa yang anda suka, apa yang anda tak suka..

Tetapi layakkah anda untuknya? Anda terlalu  kotor.  Anda terlalu teruk untuk dirinya.

Layakkah anda bermimpi untuk hidup bersamanya? Tidak. Jangan bermimpi, sayang. Kerana pabila kau bangun, kau akan menyesal kerana terjaga. Sepanjang hari kau akan mengingati mimpimu.. Kata orang, jangan bermain api, kelak dirimu turut terbakar. Orang tua-tua berpesan, kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Jagalah perasaan dan hatimu kerana kaulah yang akan merasai derita dan sengsaranya bila dia tak sudi memilihmu. Jangan hampiri zon bahaya lagi. Hati dan perasaanmu perlukan kekuatan untuk meneruskan hari-hari mendatang yang lebih mencabar. Lupakan dia. Ibaratkan dia singgah sekadar mimpi yang tak mungkin kau dapat masuk ke dalamnya lagi. Berpijaklah di bumi yang nyata.

Di bumi ini, siapakah anda? Siapakah dia?


Andai dia sudi menerimamu, bersyukurlah kerana dialah malaikat kecil yang diutuskan Tuhan untuk berdampingan dengan anda. Gunakan peluang yang ada untuk berubah..

*                            *                            *                            *                            *                            *

“Kenapa guna nama kite pada akaun login shoutmix?”

“Sebab ianya istimewa, unik. Sedap nama tu.”
“Sedap? Wekk!”

“Haha~”

Sebenarnya, perbualan dalam bahasa Inggeris, tapi sengaja aku tulis dalam bahasa ibunda.

*                            *                            *                            *                            *                            *

“Rajin ye mak berkebun. Mak saya malas nak tanam sebab tak hidup. Nak bercucuk tanam ni memerlukan kemahiran juga, kan?”

“Kemahiran? Haha~ U are so funny”. Still laugh.

“Why u said I am funny? Am I funny or u are funny?”
“Eh, marah pulak.”
“U said I am funny. I not funny. U are funny.”

“I means your story are funny. Eh, why u are mad on me, ha?”

“Tak ada la, tak marah pun. Setiap orang ada perasaan marah. Bla bla bla”, dia membebel. Aku malas nak dengar.

Suaranya sudah kendur dari tadi yang tegang. Pergh, pak cik ni panas baran jugak. Tetiba jer nak meletup. Takut untuk membayangkan hidup bersamanya.

Kenapa dia nak marah kalau aku kata u are funny? Tak pernah lagi aku jumpa orang marah bila aku kata begitu. Biasanya diorang akan senyum je dan terus buat lawak. Tak de la tetiba nak tersentap macam pak cik ni. Adakah dia salah faham antara funny dengan clown?

*                            *                            *                            *                            *                            *

Kadang terfikir, adakah dia masih merindui bekas kekasihnya? Aku cemburu kalau dia mengakui. Itukan kisah silamnya, kenapa aku nak cemburu? Logik la sikit. Tapi, apa kena mengena dengan aku pula untuk mengetahui hati dia? Aku bukan sesiapa pun. Dan aku pun tak nak jadi sesiapa andai belum tiba masanya.

*                            *                            *                            *                            *                            *

Mana la dia ni, sudah pukul 11 malam belum ada sebarang mesej. Aku tunggu dia dari pukul 8 malam lagi. Nak mesej dulu, kang kata aku ni mengganggu pula. Lagipun aku tak nak ajar diriku untuk mencari dia sentiasa. Aku nak didik diriku supaya sentiasa berpijak di bumi yang nyata supaya sebarang apa yang terjadi aku masih boleh berdiri teguh.

Pukul 11 lebih, aku hantar mesej. Ku kira dia sudah tidur. Jadi aku hantar mesej selamat malam.

“Good night”

“Wait for me.. I am on duty”

Terasa diri diperlukan. Yes dear, I wait for u.

Pukul 12.10 masih belum dia mesej aku semula. Aku sengaja tak mesej dia dulu lantaran aku tak nak mengganggu kerjanya. Tapi muncul juga perasaan jahat, apa dia buat, duty apa malam-malam? Adakah dia…? Akhirnya, aku hambat juga perasaan curiga yang jahat tu. Aku hantar mesej lagi.

“Lambat lagi ke nak siap?”

“Sudah sampai rumah. Nak salin baju jap.” Erk, ingat aku ni apa?! Ingat aku nak tengok ke dia salin baju? Oh, tidak. Aku biar saja mesejnya tak berbalas.

“Sha sedang buat apa?” Soalnya dan kami main mesej seperti biasa.

Bila dah lama, senyap pula. Mesti dia sudah tidur. Aku hantar mesej selamat malam lagi. Dia balas, K, good nite.. Zzzz..

“U never wish me a good nite even a good morning. We are just average friend. Tq because be my frenz.”

Teeet! Tamat.


Itu jer.. Apa komen korang pulak?


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. hati itu jgn cpt berubah...suka
    ayat kak sha tuh..
    ermm...smoga Allah jg hati kite kn
    akak, cmner kite nk tw pe yg btol2
    kite rasa?
    n apa yg dia rasa?

    BalasPadam
  2. @Scatty Kinki

    'hati itu jangan cepat berubah'

    TQ krna suka ayat tu..

    Semoga ALLAH jaga hati kita..

    Kalau kita nak tau apa yang kita rasa dan apa yang dia rasa, kita kena banyak bertanya dan kita kena fikir, kalau dia atau orang lain buat kat kita macam tu, apa perasaan kita. Itulah perasaan dia, kalau kita buat macam tu.

    Sebenarnya, manusia ni generally tak banyak jenis. Kalau kita cakap tak elok dengan orang, orang akan cakap tak elok dengan kita jugak.

    Tapi kalau kita senyum kat orang, sekurang2nya, orang akan senyum pada kita balik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker