Langkau ke kandungan utama

Demam Campak: Tips Cara Nak Ubati

Cara Nak Hilangkan Tanda-Tanda Demam Campak
Demam campak


Assalamualaikum...

Kali ini, aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai cara penjagaan dan mengubati demam campak.

1. Tempek bedak sejuk, jangan kena hujan (nanti akan tinggalkan parut kekal). Jangan makan kicap,minum air kelapa banya-banyak. Insya-Allah tak teruk sangat. Boleh tengok di sini, Pantang larang orang demam campak dan Menjaga makan orang demam campak

Tapi parut tu mesti ada melainkan kalau kena masa baby mungkin tak nampak parut tu.


2. Pakai calomine lotion.
 Losyen ni sejuk, untuk menghilangkan kegatalan. Losyen ni selalunya doktor akan bagi selepas kita jumpa doktor untuk ambik ubat.

Kalau campak biasa iaitu measles takkan ada parut.Jika kena chicken pox iaitu cengkering - yang macam jerawat tu, barulah ada parut jika masa jerawat campak ni jadi kuping tu kita tanggalkan sendiri.

Petua orang dulu dulu ialah minum air kelapa untuk penawar dan untuk semua campak keluar. Kemudian bila semua campak dah keluar, kena pakai bedak sejuk yang diperbuat dari beras bercampur dengan daun cermai. Kalau nak hilangkan gatal, dikibas dengan daun mambu.

Untuk mengurangkan demam campak atau chicken pox, boleh juga guna petua dibawah ini.

Petua ini ambil dari blog lamanpetuasukma.com


Caranya :

1. Minum air kelapa muda untuk mengurangkan iritasi akibat demam campak.

2. Selepas bintik-bintik campak keluar, makan kuning telur yang direbus supaya penyakit demam campak tersebut tidak berulang dan supaya bisa campak akan surut..

3. Ambil air cucian beras yang pertama sebagai mandian, ini untuk mengeringkan dan menghilangkan kesan campak.

4. Mandi tanpa menggunakan sabun selama tiga hari.

Insya-Allah demam campak atau chicken pox akan sembuh tanpa meninggalkan tanda.

rujukan forum cari.
Sumber: oldtraffords.com



Kalau sedang kena penyakit demam campak, eloklah kiranya pesakit itu diberi minuman air kelapa muda supaya campak yang ada dibadan mereka segera keluar dan tidak menyeman dalam badan.

Demam campak ini juga adalah penyakit yang merbahaya. Kurangkan makanan-makanan yang boleh menjadikan pesakit alah dan berasa gatal. Perlu dilihat pada pesakit itu sendiri. Lain orang, lain pula alahannya.

Dan untuk rawatan luar, selepas semua campak itu sudah keluar (pastikan semua campak sudah keluar dan pesakit sudah sembuh dari demam) bolehlah disapukan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan kisaran daun cermai. Jadikan bedak dan sapukan seluruh badan.

Untuk menjadikan kulit lebih putih, licin dan gebu.

Caranya ialah:

Beli bedak sejuk yang dijual di pasaran dan cari daun cermai dan cuci dahulu.

Kemudian kisar daun cermai dengan pengisar dan setiap kali ingin membedak, campurkan kisaran daun cermai itu dengan bedak sejuk tadi.

Kisaran daun cermai yang lebih, bolehlah disimpan didalam peti sejuk.


Mudah bukan?
Selamat mencuba.

Sumber: daridapurmina.blogspot.com


Aku sengaja la kumpul data tentang ni, senang untuk aku rujuk balik. Link pun aku kasi. Bukan setakat copycat.

Selain itu, ini petua dari famili aku pula, lapik tidur dengan daun mambu atau daun belimbing.

Untuk dibuat mandi, rendam pokok bayam duri. Ambik pokok tu dari pucuk sampailah ke akar. Rendam je dalam besen dan biarkan. Kalau ada orang lain pun takut berjangkit boleh jugak mandi air tu. Sejuk je rasa.

Asingkan baju orang yang kena campak dengan mereka yang sihat wal afiat..

Makanan - Jangan makan sisa makanan orang yang demam campak. Jangan berkongsi sudu, gelas atau pinggan dengan mereka. Kalau boleh strill kan pinggan mangkuk mereka. Biar kuman mati terus dan tak merebak kepada orang lain pula.

Makan pun kena pantang. Tak boleh makan kicap, kopi dan makanan laut. Takut tinggal parut dan gatal. Tak boleh garu jugak dan biarkan kupingnya kering dan luruh sendiri.

Jangan dekati mereka. Lebih baik kalau kena kurung. Kurung? Ganas sangat tu... Bukan kurung la, tapi asingkan (isolate) mereka. Duduk rumah jer atau bilik je..

See, kalau korang yang kena demam ni, kena la berpantang sikit ya..


Ada sesiapa ada lagi petua tentang Demam Campak ni boleh la tinggalkan komen di bawah, k.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…