Langkau ke kandungan utama

Aku Sakit Tapi Tak Perlu Ko Tahu

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Dia: "Bila kita sakit, kita perlukan orang untuk memberikan perhatian kepada kita kan?"
Aku: "Tapi aku di sini bukan nak tarik perhatian sesiapa. Oh, tidak.. Aku tak lah semurah tu."

Aku pun bukannya nak tagih simpati korang.

Aku: "Aku cuma nak cakap, aku kurang sihat."

Aku sakit.

Dia: "Sakit apa? Bagitau la.."
Aku: "Biarlah menjadi rahsiaku. Tak la teruk sangat. Tak perlu risau"

Dia: "Tak teruk? Suara ko lain. Lemah jer. Muka ko pucat. Air mata ko mengalir. Aku pasti sangat sakit, kan?"
Aku: "Hmm.. Tapi, tak perlulah ko endahkan aku. Aku bukan sesiapa."

Dia: "Habis tu, aku ni sape?"
Aku: "Ko kawan aku. Kawan baik aku."

Dia: "Ha, tahu pun.."
Aku: "Ya. Aku minta maaf menyusahkan ko. Aku tak nak ko tahu aku sakit."

Dia: "Be tough, k. Aku tahu, ko tak nak orang tahu ko sakit. Aku tahu, ko cuba sembunyikan suara lemah ko tu masa aku call ko. Tapi, aku tahu, Sha."
Aku: "Ok.. Aku dah tak larat ni. Off."

Dia: "Take care, my dearie friend. Get well soon."
Aku:"TQ :)"


Aku mungkin akan diam selepas ni. Minta maaf kalau tiada entri dari aku. Aku berperang dengan sakit ini. Aku rasa macam nak tak nak sambut Ramadhan je, pada hal aku lah yang beria sebelum ni. Kerana sakit ini, aku rasa mood sambut Ramadhan aku lari..

Oh Tuhan, kuatkan imanku..

Selamat datang ya Ramadhan.. Ahlal wa sahlal ya Ramadhan al-Karim.


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. sakit menjelang ramadan bagus...diri lebih bersih..hehhe

    BalasPadam
  2. sakit tu akn menghapuskan dosa2x kecil.. bertahan dear ^^

    BalasPadam
  3. sakit ape kak? semoga cepat sembuh.. berganda-ganda pahala bln puasa nnt jika kita pertaruhkan kesabaran ^^

    BalasPadam
  4. bertabahla..
    sambutlah ramadhan dgn hati yg gembira..
    bulan untuk menyucikan diri..:D

    BalasPadam
  5. Abg Ghani: Terima kasih.. harap2 la diri ini bersih

    BalasPadam
  6. pggemar coklat: tq ats doa..
    yes, i'll bear it

    BalasPadam
  7. anip: ada lah.. biarlah rahsia.

    semoga kita berjya dgn ujian ramadhan.. er, apa yg kak sha ckp ni? minta maaf.. tak dpt fikir dgn betul..

    BalasPadam
  8. sayu hati saya baca entry ni. apa pun, jangan patah semangat sha. redhakan segalanya..

    p/s: jangan sedih2 nak ramadhan ni. semua pintu langit Allah buka untuk hamba-Nya kan.. mari sama2 raikan bulan berkah ni :')

    BalasPadam
  9. Amna: TQ dear..

    yeah, jom2 tmbh amalan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker