Langkau ke kandungan utama

Raya Dah Nak Dekat, Baju Dah Tempah?

Assalamualaikum...

Psst, Raya bila?

Bulan 8, kan? 31 bulan Ogos dan ia juga tarikh keramat Malaysia merdeka.

Sebut pasal raya ni, mesti teringat nak buat baju atau beli jer. Kalau korang nak buat tempahan, dah tempah ke? Tak ada? Wah, bermasalah la nanti.

Kalau korang tak tau nak tempah kat mana, Sha ada orang yang ambik tempahan.  Adik Sha yang buat ni. Dia dan rakan-rakannya. Diorang budak-budak belajar dari Mara.


Bukan nak puji la. Jahitannya cantik dan kemas. Tapi dulu masa mula-mula dia belajar  tu selalu buat baju mak kecik, tak muat. Asyik duk bertekak dengan mak la. Dia pula tak boleh orang tegur pasal jahit-menjahit ni. Dia memang jenis kasar sikit.

Dah banyak kali macam tu, Sha tegur la. Marah dia. Memang kaw-kaw la dia kena marah hari tu. Sejak tu, dia dah sedar dan buat baju mak dengan elok. Sedap pakai.

Sha ni susah nak marah orang. Sabar je. Tapi kalau dah sampai tahap kesabaran hilang, memang teruk la kena marah. Hehe~

Tapi, syukurlah sekarang dia dah ok. Jahitan pun ok, cantik dan kemas. Dah banyak jenis baju dia tau buat dan ramai yang tempah.

Jom kita tengok baju dan harga tempahan.



Jenis Tempahan Pakaian (Wanita)
Harga (RM)
Baju Kurung biasa
20
Baju Kurung berlist
23
Baju Kurung bergetah di tangan
24
Baju Kurung Pahang
24
Baju Kurung Pahang berlist
27
Baju Kurung Pesak Gantung
26
Baju Kurung Moden Zip Biasa
30
Baju Kurung Moden Zip Sembunyi
33
Baju Kebaya
35
Jubah
38

















Ukuran pula kalau pandai ukur atau ada ukuran, bagi la ukurannya. Kalau tak, bagi baju untuk buat contoh.

 Tempahan akan dihantar guna pos laju. Harga pos, korang la yang kena ambik tau bila korang dah pos baju tu. Korang bank in sekali duit tempahan baju. Sebabnya berat baju tak sama, sebab tu tak boleh nak letak harga tetap bagi pos.

Kasi nama, jenis baju nak buat dan no telefon.

Tempahan sebelum 31 Julai ye..

Kan cantik bila berbaju Melayu tradisional. Manis dan anggun saja. Bagi lelaki pula, segak je mata memandang. Bagi perempuan pulak, memang cun habis la. Hihi~

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. murahnya!!

    kt tmpat saya, jahit baju kurung biasa pun kedat rm30 ringgit ^^''

    BalasPadam
  2. jom tempah..

    p/s: baju apa ya nak pakai raya nanti?

    BalasPadam
  3. sha..boleh tak nak tempah baju kurung kat saya?...hehehe

    BalasPadam
  4. moga bisness berjalan lancar..hehe
    mak dah beli kan kain...naseb kain yang mak beli tu cantik n berkenan..esok lusa nak g hntar tempat..dekat jew dgn umah..

    BalasPadam
  5. @Ijah EmoTemo

    Murah ke? kat sini, Kedah memang standart harga macam tu.

    Tapi kalau sebelah Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu lagi murah. dalam 14-15 dah boleh dapat sepasang baju kurung biasa. =)

    BalasPadam
  6. @amna

    Biasa je Amna..
    kalau nak, meh tempah.. haha~

    BalasPadam
  7. @Khairil

    boleh. ada jugak ambik tempahan utk baju kurung lelaki.

    ingat nak masukkan sekali tapi line teruk la, tak dapat la..

    nanti sha up date lagi.

    BalasPadam
  8. @CikHaniBhulat

    Ok la tu, Hani..

    kite tak tau lgi kainnya duk kat mana. kat jakel ke, kat sogo ke.. ekeke~

    kena tempah awal-awal.. kang menggigit jari pulak. hihi~

    BalasPadam
  9. He3, sila tempah awal2, takut kena pakai baju thun lepas pulak...

    Entry terbaru -> Pertandingan Fesyen Tikus Di New York... (",)

    BalasPadam
  10. @Budak Botak

    Tahu tak pe..

    kang kena pakai baju xsiap jahit. hihi~

    BalasPadam
  11. wahh.. murah tuu.. tapi saya prefer kalau gi kat tailor dan tailor ambil ukuran terkini..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker