Langkau ke kandungan utama

Piramid, Melayu Yang Cipta?




Assalamualaikum...

Entri sejarah

Aku nak tanya pada korang, nyatakan tujuh benda keajaiban dunia, Kalau tak tau ketujuh-tujuh, sila nyatakan lima sahaja. Apa, lima pun tak tau? Tak sekolah ke korang ni? Ok la cakap dua saja. Erm, ok la satu jer. Satu pun tak tau? Memang sah korang tak suka sejarah.

Ok la, aku bagitau, salah satunya adalah piramid. Ha, ini la yang aku nak ceritakan pada korang pada entri kali ini.
Orang putih cakap piramid ini kononnya diorang la yang mula-mula temui atau mereka bina pada tahun 1324. Tapi tak pula diorang nyatakan tarikh dan hari bila diorang bina.

Setahu aku pulak, piramid ni mula dibina oleh seorang orang Melayu. Nama dia Amid bin Ramid.

Kerja si Amid ni cuma mencari tin-tin minuman yang telah kosong untuk dijual semula. Hari-hari beliau akan melonggokkan tin-tin yang dicari yang dicari di belakang rumahnya.

Oleh sebab terlalu banyak  tin yang dilonggokkan maka bertimbun-timbunlah tin tersebaut dan raung untuk menempatkan tin menjadi terhad.

Akhirnya, beliau mendapat idea bagaimana memuatkan ruang iaitu dengan menyusun tin-tin tersebut secara meninggi.

Tak silap aku setelah disusun tinggi tin tersebut lebih kurang tinggi Menara KL saja cuma kurang satu inci sahaja.

Oleh kerana terlalu gembira berjaya menyusun tin-tin tersebut, Amid melompat kegembiraan. Tiba-tiba, Amid tertepis satu tin yang berada paling bawah sekali. Maka jatuhlah tin-tin tersebut.

Kalau diamati, tin-tin tersebut mengeluarkan bunyi TONG! TONG! KELENTONG!KELENTONG! Maka aku gelak sakan kerana cerita ini hanya kelentong. Hahaha~Wakaka~

Cerita asal: Pak Cik Din, Ujang keluaran tahun 2006
Disalin taip: Sha My Heart

Al-fatihah kepada Qayyum, kartunis Ujang yang telah kembali ke rahmatullah..


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. waaa Ticer tertipu... teruja sangat nak baca.. hohoho... tapi ok la wat Ticer tergelak-gelak..

    Alfatihah buat kartunis Qayyum...

    jemput ke blog
    Kita ‘speaking’ sket..mau tak?

    BalasPadam
  2. Aha, aku nak kasi korang gelak.. haha~

    dan aku pun gelak jugak sebab dapat buat korang terkena.. lalalala~

    BalasPadam
  3. mati mati nk percaya nihh..rupanya gurauan semata-mata..kui2..

    BalasPadam
  4. wahh..dah pandai nak mengenakan reader yer..tipah tertipu saya...wawawa.. :P

    BalasPadam
  5. @~~Ticer Wann~~

    Kite pun teruja nak baca jugak..

    itu tujuan asal.. nak buat korang tertawa.. haha~

    BalasPadam
  6. @nawal addina

    haha~ tipah tertipu bang... wakaka~

    al-fatihah

    BalasPadam
  7. @amnie azmira

    haha~ kesian u dear..

    tak pe la.. gurauan semata2 la..

    BalasPadam
  8. @Khairil

    Kena kreatif sikit.. Haha~

    Tetiba bertukar menjadi Tipah ye.. Wakaka~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker