Langkau ke kandungan utama

Pabila Sunyi Melanda Diri


Assalamualaikum...

Entri bersajak kembali lagi. Yuhoo! Haha~
Jom layan sajak ni dulu..

Aku rasa sunyi
Aku rasa sepi
tiada lagi teman di sisi
siapa yang akan temani aku lagi?
Diorang semua pergi
membawa haluan sendiri
tinggal aku di sini.

Di Sintokkian, mereka balik bercuti
Di MBU, masih perang dingin lagi
Di MnC, segan pada tuan komuniti

Ah, sunyinya bila sendiri
broadband pun tak bayar lagi
duk kelip-kelip beri tanda nak berhenti.

Apa yang perlu dibuat ni?
bosan, sepi dan sunyi.


2 am
4 Jun 2011.


Haha, entah apa-apa la sajak ni..

Itu je yang terlintas masa nak tidur malam tadi. Cepat-cepat tulis. Ilham ni selalu datang waktu nak tidur. Kenapa tak datang waktu berjaga?

Metafora tak ada. Personifikasi pun tak selit. Asonansi, aliterasi? Ala lupa plak apakah ia.
Perhatikan hujung ayat, ada susunan irama 'i'.. Ceh, bajet cikgu sastera pulak. Hihi~

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
10 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)