Langkau ke kandungan utama

Kenapa Kau Tak Nampak? Rabun Ek?

Assalamualaikum...

Apa khabar korang?

Aku terasa dengan seseorang tu.

"Er, hello dah kau tu duk bawah orang, ikut la peraturan yang orang atasan buat! Ko nak quit, quit la.. Ada sesiapa kisah?"

Sebut pasal kisah ni, meh aku kisahkan pada korang.

Dia ada buat onar.. Chewah, bahasa.. Tak de onar, cuma kesalahan yang orang atasan dah larang dan buat peraturan serta memang polisi diorang macam tu, dia langgar.

Syarikat tu ditubuhkan untuk setiap pekerja melakukan kerja secara rahsia dan ahli yang lain tak boleh diberitahu apa yang sedang diusahakan. Mesti dirahsiakan. Lainlah kalau ada ahli yang bertanya.


Ada tujuan mereka buat macam tu. Supaya tak ada kebocoran maklumat.

Tapi, ada pula kawan aku sorang ni.. Kawan biasa jer, nak kata rapat tak sangat sebab nampak dia susah nak masuk dengan orang lain, kira belagak la. Apa-apa yang berlaku kat ofis, dia nak ambik tau aka dia yang bawa mulut.

Dia jugak akan cari cara untuk berkenalan dengan orang atasan dalam bidang ni. Bidang penyiasatan. Kawan aku ni gila popular. Tak kira la cara baik atau buruk, dia akan cari jalan jugak.

Jadi untuk popular, maka dia pun buat la apa yang syarikat larang iaitu menyebarkan maklumat di kalangan pekerja lain. CEO syarikat dah marah-marah. Dia suruh bahagian komunikasi korporat buat memo pasal larangan menyebarluaskan maklumat. Tampal kat notice board.

Pada suatu hari tu, kawan aku ni macam biasa la, borak-borak pasal kerja siasatan dia dengan pekerja yang lain. Kalau setakat borak je tak kisah tapi cakap semuanya..

Pengurus dapat tau dan benggang. Diorang dah nak pecat dia. Aku yang rapat dengan semua orang dalam ofis tu (termasuklah pengurus-pengurus walaupun pengurus agak kerek tapi aku tetap tegur diorang), rasa bertanggung jawab untuk menyuarakan apa yang aku dengar pada kawan aku tu.

Aku tegur cara elok. Dia kata, dia hanya bertanya pendapat saja. Tapi bukan itu yang semua orang tau. Semua pekerja bagitahu yang dia dah langgar polisi. Aku nasihatkan dia dan bagi cadangan, kalau nak minta pandangan macam mana. Tapi dia benggang. Dia kata dia tak tau apa-apa.

Er, bukan ke kau yang selalu lepak depan notice board tu baca segala macam? Tak kan baca sesuatu pasal orang terkenal dari bidang lain jer kot? Tak kan sikit pun tak perasan? Nak ke aku copy dan tampal kat kad punch kau?

‎Aku kesian kat kau, sebab tu aku tegur kau. Kalau tak, teruk kau kena dengan pihak atasan. Tapi kau terasa dan benggang dengan aku?

Kau igt aku suka hati ke nak tegur-tegur kau? Sebenarnya, aku pun malas..tapi memikirkan kau tu kawan aku, maka ada eloknya aku tegur kau. Tapi kau tuduh aku gila kuasa pula. WTFish la?


Pengurus yang tau pasal ni, mula mengamuk. Ayat pengurus-pengurus ni memang sentap la. Jadi aku pun tegur la diorang. Aku kan dah macam orang tengah.

Minta maaf, aku tak pernah pun rasa diriku ini pengurus. Aku cuma membantu mengeratkan hubungan antara pengurus dan pekerja. Salahkah? Aku pun tak nak glamour-glamour ni. Bermimpi untuk jadi pengurus boleh la. Itu syarikat yang pilih kroni. Ah, lantak la, janji aku boleh kerja.

Pengurus pun dah sedar dan minta maaf. Tapi kau ada ke minta maaf pada pengurus? Tak de kan? Egonya kau! Lepas tu kau cakap pula, kalau kau nak quit, kau boleh quit. Eh, cakap jer? Nape tak buat?

Aku pun tak perlu la kawan macam kau, yang nakkan promotion (naik pangkat) sorang-sorang. Kau tak pernah fikir pun pasal aku, Zain, Amirul, Dian; kawan-kawan kau jugak. Masa susah cari kami. Minta tolong supaya boleh kau sama nak kenal dengan orang penting dalam industri ni. Kami tolong, bukan senang jugak nak kenalkan kau pada orang yang dah popular ni. Tapi masa kau senang? Sikit pun kau tak promote kami pulak..
Kenapa ada manusia tak nampak yang kite ni nak tolong dia? Kite pula yg dipersalahkan..
Kau rabun ek? Ni tahap buta mata hati ni.
Manusia oh manusia, bukalah matamu

p/s: Aku minta maaf, entri akhir-akhir ini, memang hancus.. What problem with u, Sha? I dont know why..

Aku tau entri aku kurang kick.. Sedih. Tapi..
Ala, aku quit blog je la kalau macam ni, boleh? Ada orang sokong tak? :(

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker