Langkau ke kandungan utama

Erk, Sombongnya Budak Ni! Tak De Akhlak

Cermin diri kita setiap hari, pakaikan dengan akhlak
Assalamualaikum...

Aku melawat seorang kenalanku di blog. Dah dia datang komen, aku pun nak la komen kat blog dia balik. Tapi, aku tak sanggup nak komen sebab aku hanya mampu beristighfar. Sombongnya budak tu! Masa mula-mula aku kenal dia, she is so nice..

Pada mulanya aku nak buat entri pemberitahuan sebab aku dah lama tak dapat nak masuk ke blog dia. Tapi tadi aku dapat masuk. Aku suka, ye la dapat masuk ke blog yang suka komen blog kita dan kita pun nak komen blog dia jugak.

Tapi, minta maaf la, aku tak kan komen. Kalau aku komen, aku akan bangkang idea belasan tahun dia yang dia rasa dah Internationale. Kang dia cop bukan-bukan pula pada aku.




   

Aku bukan takut tapi aku berwaspada dan belajar dari kesilapan yang pernah aku buat, walaupun bukan salah aku tapi kalau orang fikir negatif, sangat susah. Tak tau? Meh klik sini dan baca ye..

Ya ALLAH, aku macam kematian kata-kata.. Macam je.. Hihi~

Budak baru nak naik macam tu la. Aku tau. Remaja. Ada rupa sikit, free hair, bebas sikit, pandai sikit, kaya sikit, maka nak la tunjuk lagak. Tapi dia sangat berlagak, ok. Menyampah la pulak, sampai kurang ajar dan buat perkara bodoh!

Aku sebenarnya memang tak de hal dengan budak free hair. Sebab aku tau, (ramai kawan-kawan aku yang free hair tapi sangat baik) diorang baik. Tapi, aku rasa budak ni dah melampau. Ini jenis free hair yang kurang ajar. Aku memang menyampah dengan diorang ni.

Kepada adik yang akan menatap entri ini, akak titipkan warkah buatmu:

Adik, akak doakan adik seda kesalahan dan kesilapan adik. Janganlah nak berlagak sangat. Semua yang adik ada tu, hanyalah pinjaman dari ALLAH. Akak tak nak sesuatu yang buruk menimpa adik kelak kerana ALLAH murka kepada orang yang sombong. Kalau DIA nak tarik sekelip mata jer. Contohnya terlibat dalam kemalangan. Bukan akak nak minta macam tu ye. Sekadar contoh.

Tak perlu la adik nak berlagak dengan kepandaian dan kecantikan adik. Nak buat apa semua tu? Adakah adik berpuas hati dapat tonjolkan kepandaian adik yang pada mata akak, adalah tindakan yang bodoh dan kecantikan adik tu tak boleh diperagakan untuk seluruh dunia.

Jangan sampai orang menyampah dengan adik. Akak sayangkan adik, bukan benci adik. Adik budak baik. Tapi mungki sebab anugerah yang orang lain tak ada, adik rasa sombong. Adik rasa adik cantik, adik rasa adik pandai lebih berjuta-juta kali dari orang lain.

Tidak adik, tidak. Cantik itu subjektif dan pandai ke kalau ilmu kita ni tak seluas air di laut? Pernahkah adik terdengar kata-kata orang bijak pandai, "Apabila seseorang itu mengatakan dirinya pandai, maka bermulalah kebodohan dirinya" Kalau akak tak silap, ini kata-kata dari Imam Syafie.


Insaflah. Semoga adik berubah jadi baik.

P/s: Ambiklah pengajaran dari sini, wahai pembaca blogku.. Ini jugak sekadar menginsafi diri juga. Walaupun aku memegang sarjana tapi banyak lagi yang perlu aku belajar. Ilmu ALLAH ini sangat luas. Seluas lautan ini, hanya satu titis pena dari ilmu ALLAH. Subhanallah..

Apa guna cantik kalau tidak berbudi bahasa?

Didi jangan macam tu ye..

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker