Langkau ke kandungan utama

Bebas Pilih Nama Domain

Assalamualaikum...

Entri berita.

Biasanya kita guna domain .com, .net, .my je kan? Sekarang ni diorang dah luluskan untuk membolehkan syarikat besar gunakan domain syarikat masing-masing.

Tak percaya? Meh usha berita yang telah aku ambik kat bawah ni..

SINGAPURA: Penyelaras Internet global semalam meluluskan penggunaan alamat laman web yang akan berakhir dengan nama korporat.

Pengguna tidak lagi terhad kepada domain .com, .net atau .org.

Langkah itu ialah rombakan terbesar mengenai bagaimana laman web beroperasi.

Perbadanan Internet bagi Pengendalian Nama dan Angka (ICANN) mengundi menyokong cadangan berkenaan di satu mesyuarat di Singapura meskipun wujud kebimbangan peralihan itu akan mencetuskan kekalutan dan memihak kepada syarikat besar.

“Ini ialah perubahan terbesar dalam nama domain sejak pembentukan ‘.com’ 26 tahun lalu,” kata Theo Hnarakis, Ketua Eksekutif Melbourne IT Digital Brand Services, sebuah syarikat yang berpusat di California. Pemerhati industri berkata, syarikat besar global seperti Apple, Toyota dan BMW mungkin menjadi perintis dalam melancarkan laman web dengan nama domain mereka sendiri, berakhir dengan ‘.apple’, ‘.toyota’ dan ‘.bmw’, seperti juga sebuah bandar atau jenama.


Pengerusi ICANN, Peter Thrush memberitahu sidang akhbar, sistem penamaan baru itu akan membuka peluang besar untuk orang ramai menguasai aspek penjemanaan mereka dan membangunkannya mengikut cara mereka sendiri.


Lembaga ICANN mengundi 13-1 menyokong perubahan itu dengan dua berkecuali, kata seorang jurucakap.

George Sadowsky, satu-satunya anggota pengarah yang menolak cadangan itu berkata: “Saya percaya bukan tugas ICANN untuk mempengaruhi pihak yang menang dan kalah dalam persaingan seumpama itu.” Ketua Eksekutif ICANN, Rod Beckstrom berkata, aplikasi bagi akhiran baru laman web akan dibuka pada 12 Januari tahun depan dan ditutup 90 hari kemudian.

  
“Beberapa permohonan pepertama mungkin diluluskan pada hujung 2012,” kata Beckstrom kepada wartawan.

Menurutnya, kira-kira 120 pihak sudahpun menyuarakan minat terhadap program itu.


“Jika anda melihat senarai itu anda akan menyaksikan beberapa pemilik jenama besar, beberapa syarikat besar di dunia, beberapa jenama besar, bandar raya, wilayah dan pelbagai jenis komuniti yang lain,” kata Beckstrom. - Reuters dalam Metro.



Aha, dah baca kan? Wow, stylo  beb kalau ada domain sendiri.. ‘.apple’, ‘.toyota’ dan ‘.bmw’ Perghh, teringin gila aku nak dapat domain sendiri..

Kalau aku pulak, nak letak .shamyheart tapi syarikat apa ya? Haha~ Shyyyy..

Korang pula, minat tak ada domain sendiri? Domain blog sendiri ke..

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)