Langkau ke kandungan utama

[Bakal Jodohku]: Aku Minta Maaf, Andai Melukai Sekeping Hatimu..




Assalamualaikum...

Sengsara rasa sedih ini..
Sakit.
Aku dah jatuh sakit.

Aku nak clearkan segalanya..

Sesungguhnya, aku memang marah pada dia. Lantak dia la. Kalau dia punya ruang untuk mengutuk aku, aku jugak ada medium melepaskan rasa.

Aku nak mengatakan, segala apa yang aku tulis di situ adalah dari nafsu amarah. Segalanya nampak sangat geram dan marah. Aku pun sudah menyatakan di entri itu yang aku menulis dengan marah.
Aku mahu jelaskan di sini, walaupun dia tak akan baca, walaupun apa kata korang pada aku. Aku tak kisah. Aiman tak kisah.. Haha~ (Eh, gelak pulak.. Kita sedang membicarakan kisah dengan nada sedih. Jom-jom, ubah feel jadi sedih balik. Wink.)

Sejak dia datang rumah aku, aku cuma berharap kepada keajaiban, macam cerita Sepanyol Juana la Miracle, (korang tengok tak cerita ini, dulu?.. Haha~)

Aku berharap akan keajaiban, dia akan menyukai aku. Sungguh, aku berharap begitu.

Dua hari kalau tiada perkhabaran berita dari dia, aku merinduinya walau tika dan saat itu dia hanya menghubungi ayahku. Aku masih tiada telefon. Mendengar nada suara dari ayah, aku tahu yang tu telefon adalah dari dia. Sejuk dan tenang rasa hatiku, juga debar pada masa itu. Aku tak tahu apakah kuasa yang merasuk diriku ataukah permainan syaitan?

Bila aku sudah ada telefon, aku berharap yang dia akan menelefonku, mengirimkan aku mesej. Sungguh, itu yang aku harapkan setiap hari, setiap saat waima saat ini pun (bila dia sudah mahu menjauhi diriku). Sedih juga tapi inilah jalan yang telah tersurat kepadaku.

Kenapa aku tak tulis pasal dia selepas dia datang rumah, walaupun ada yang menantikan entri tersebut, walau ada yang ingin menatap cerita itu? Jawapannya, aku takut. Aku takut berharap pada yang tak pasti. Aku takut kecewa. Aku takut digelakkan.

Lagi pula, dia jugak ada blog dan sering mengintai serta membaca segala tulisan di blogku ini. Adalah tidak adil untuk dia membaca di sini sedangkan aku tak tahu apa-apa mengenainya. URL blognya pun aku tak tahu. Facebooknya pun tiada gambar. Betapa berahsianya dia tapi dia juga mendesak aku menaip cerita ini. Adilkah

Kalau dia begitu merahsiakan, mengapa mesti aku begitu terbuka menceritakan segalanya?

Kepada didi nong Adibah, pak cik encik Khairil, dan siapa lagi ya yang ingin mengetahui kesinambungan cerita.  Kali ini aku ceritakan pada korang.

Orang sangat biasa. Kelakar jugak. Tapi boroi. Haha~ Apa ni, bro belum kahwin, perut dah ke depan ke? Kalau dah kahwin nanti macam mana pula?

Pabila aku menatap wajahnya, ketenangan yang aku rasai. Aku tahu, dia bukan jenis kaki perempuan. Aku tahu hal itu tapi aku sengaja memburukkannya di entri amarah itu. Aku minta maaf.

Mati pula cerita aku ni. Dah mati akal. Haha~ Apa lagi ya, yang harus aku ceritakan?

Oh, pasal entri itu, aku tahu dia terasa. Memang sengaja aku buat dia terasa. Aku ingin mengingatinya, bukan dia saja yang boleh membuatkan aku begitu. Aku boleh buat lebih dari itu. Jangan cabar aku.





Aku bukan takut kau merupakan kenangan buruk, aku cuma takut ia membina impian merapu saja. Aku takut. Aku takut aku perasan. Aku takut aku dibuai mimpi panjang yang tidak berkesudahan.

Kepada sesiapa yang membaca entri ini dan entri itu, minta maaf kerana aku emosional pada entri terdahulu. Kadang-kadang, untuk mengubah sesuatu, kita perlu berasa sakit.

Ya, aku sakit sekarang.. Tapi aku sudah terangkan segala-galanya di sini. Aku berharap akan kemaafan darimu dan aku boleh hidup dengan tenang, bersamamu atau tanpamu.

Satu pesanan untukmu, tolong hormati orang lain. Aku tahu, aku terlalu hina di matamu. Kerana itu kau mengutukku. Terima kasih di atas kesakitan yang kau berikan..

Cukup setakat ini penjelasan dari aku. Ku harapkan segalanya jelas dan aku boleh bernafas dengan lega. Aku rimas dengan segala penafian di entri itu.


Terpulanglah kepada dia, apa yang ingin dia lakukan sekarang ni.

Aku? Aku tak kisah. Apa-apa pun boleh. Aku tak kisah kalau bersendirian kerana aku sudah biasa begini. I'm used to be like that. A reason sweet to be single. =)

Kalau berdua, two better than one (lagu Taylor Swift) pun aku tak kisah. Aku rasa ingin didampingi, rasa ingin disayangi, rasa ingin dilindungi. Tapi kalau nak kena layan perangai yang menyakitkan hati, aku lebih rela bersendirian. Mungkin jodohku sedang menunggu di Syurga. Cewah, jiwangnya ayat.. Harhar~

Kadang-kadang aku merasakan dia adalah jodohku. Ataukah itu mainan perasaan?


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)