Langkau ke kandungan utama

Twitter dan Facebook Kayu Pengukur Populariti? Ye ke?

Assalamualaikum...

Internet memang besar peranannya dalam dunia hari ini. Laman sosial pula menjadi wadah utama perhubungan internet terutamanya Facebook. Gelombang facebook ni besar, sampaikan ada pak cik- mak cik pun nak ada facebook. Hebatkan?



Kalau berbicara pasal Twitter pula, ramai artis ada twitter dan ya, mengukur populariti seseorang itu. Aku ada twitter , dah lama buat akaun tapi tak pandai sangat.

Nasib baik bebaru ni kawan bloggerku, Topan ala yang ada blog bernama Taufan Bin Ribut tu, ajarkan sikit. TQ bro. Tapi aku masih banyak kena explore sendiri lagi. Tak apa, aku nantikan saat itu. Hoho~


Jom baca..

HARI ini kebanyakan generasi muda di seluruh dunia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial Facebook atau Twitter.

Di Malaysia laman sosial Facebook, YouTube dan Twitter juga dijadikan salah satu medium untuk seseorang pemimpin atau selebriti itu mendekatkan diri kepada masyarakat dan peminat.


Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi maklumat dengan memiliki Fanpage.


Fanpage Najib di laman Facebook kini telah mencapai angka lebih 600,000 orang dan beliau telah menggunakan laman tersebut sebagai salah satu cara beliau mendekati generasi muda Malaysia.


Sahih


Walaupun pada peringkat awal, ia menjadi medium bagi tokoh-tokoh terkenal dan personaliti hiburan berkongsi kehidupan mereka tetapi, kini ia telah menambah satu lagi fungsi.


Angka-angka tepat yang tertera di sudut kiri Fanpage tersebut telah menjadi kayu pengukur kepada tahap kepopularan pemilik laman tersebut.


Pengiraan yang bersifat objektif dan nilai ketepatan yang tinggi sehingga ke susunan angka menjadikan ia lebih dipercayai dan boleh diharapkan.



Kebolehpercayaan laman sosial

LAMAN sosial menjadi medium baru penyampaian maklumat yang berpengaruh hari ini.
Pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT), Azli Paat, 43, berkata, data yang ditunjukkan dalam laman sosial Facebook dan Twitter adalah sahih dan boleh diterima pakai.

“Tetapi data bilangan orang yang menekan butang Like di Facebook lebih dipercayai berbanding laman blog mikro Twitter.


“Itu disebabkan setiap individu yang mengklik perlu mempunyai akaun dan itu membuktikan individu tersebut wujud dan pemilik Fanpage dapat melihat setiap individu tersebut.


“Peminat juga boleh melihat peminat-peminat yang lain dalam akaun tersebut,” jelasnya lagi.


Selain itu, peminat dan juga pemilik boleh mendapatkan data-data lain seperti tempat asal, jantina, umur, negara dan lain-lain.


Maklumat-maklumat tambahan yang dikenali sebagai Insight itu menambahkan kebolehpercayaan data yang dipaparkan berbanding dengan Twitter yang hanya boleh memastikan kewujudan individu yang menjadi pengikut.


Tambah Azli lagi, sedikit masa dahulu banyak laman-laman web dan blog yang memaparkan nilai-nilai yang tinggi serta mendakwa itu adalah jumlah orang yang mengunjungi laman web tersebut.


MARK ZUCKERBERG menjadi genius muda yang menghasilkan idea jaringan rangkaian sosial sehingga mencetuskan fenomena dunia.



“Data yang dikenali sebagai webhits itu amat diragui kesahihannya kerana sebagai pelayar Internet, kita tidak dapat mengetahui siapa individu yang pernah mengunjunginya?


“Selain itu, angka tersebut boleh diaturcara terlebih dahulu ketika laman web tersebut dibina,” tambahnya lagi.


Mengulas mengenai program aturcara bagi pengiraan oleh Facebook dan Twitter, Azli menyifatkan ia sebuah aturcara yang mudah dan logik.


“Formulanya adalah pembolehubah tambah satu dan ia sentiasa mengulangi formula yang telah diaturcara tersebut tanpa had.


“Pembolehubah tersebut mewakili angka asal sebelum peminat menekan butang, jika ada yang menekan, formula tambah satu akan diaktifkan.


“Maka, angka baru dengan tambah satu akan tertera begitu juga dengan formula yang terdapat pada butang Unlike di Facebook.


“Cuma, ia berbeza menjadi pemboleh ubah tolak satu pula dan angka akan berkurangan apabila butang tersebut ditekan,” kata Azli ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.


Pemilik Fanpage paling ramai peminat di laman sosial Facebook di Malaysia, Lisa Surihani berkata, semenjak Fanpage miliknya mencapai angka lebih 1.4 juta orang, ia telah memberi impak kepada kerjayanya.


“Saya akui, selepas mencecah angka tersebut, saya lebih banyak mendapat tawaran dalam bidang pengiklanan seperti menjadi duta produk.


“Mungkin kerana berada di zaman interaktif ini, ia memerlukan seseorang duta itu sentiasa berhubung dengan peminat-peminat mereka,” kata Lisa ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

LEDAKAN teknologi telefon pintar hari ini menyebabkan Facebook dan Twitter boleh diakses dan dikemas kini secara mobil.


Antara produk yang menggunakan perkhidmatan pelakon berusia 25 tahun itu termasuklah produk kecantikan Garnier, Lip Ice dan Sufi.

Bagaimanapun, menurut Lisa, jumlah peminat di Facebook tidak memberi kesan terhadap kerjayanya dalam bidang lakonan.


“Ia mungkin disebabkan, bidang tersebut lebih dinilai pada bakat daripada tahap popular seseorang itu,” katanya.


Mula mengaktifkan Fanpage di Facebook pada tahun 2008, Lisa pasti mengemaskini akaun sekurang-kurangnya sekali sehari.


“Saya sendiri yang akan mengurus dan memberi maklum balas di akaun tersebut dan jika saya tidak berkesempatan, admin lain akan uruskan.


“Tetapi, saya tetap diberitahu untuk setiap kemas kini yang dibuat dan kebanyakan perkara yang diberitahu adalah mengenai hal-hal melibatkan kerja,” ulasnya lagi.


Menurut Lisa, dia hanya memiliki dua jenis akaun sahaja iaitu Twitter dan Facebook. Bagaimanapun, secara peribadi, Twitter lebih mudah digunakan kerana ia boleh dikemas kini di mana-mana.


 

Pilihan

Dalam pada itu, salah seorang pengguna aktif laman Twitter dan Facebook, Hafizah Malik, 27, berkata, dia hanya akan menekan butang Like di laman Facebook atau Twitter jika benar-benar menyukainya sahaja.


“Saya tidak akan menekan butang Like pada laman artis yang saya tidak minat dan kebanyakan laman diklik terdiri daripada penyanyi atau pelakon.

“Ia juga sebagai tanda sokongan peminat kepada seseorang artis itu dan jika nilainya meningkat tinggi ia mungkin akan memberi motivasi kepada mereka,” katanya.

Sumber: Kosmo
Oleh ADLAN JAAFAR

Korang ada ke fan? Wah, hebat..



Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Korang ada twitter?
    korang ada facebook?
    korang ada fan?

    wah, hebat..

    BalasPadam
  2. wow..panjang lebar entri kali ni..aku ade semua nate tu tapi tak ramai follower. mksdnya aku tak popular. yeah! (eh, silap ekspresi pula)

    BalasPadam
  3. lady gaga punye follower kat twitter 10 juta..memang jadi kayu pengukur..

    BalasPadam
  4. @Sylangster Pressure

    ini namanya rencana, sb tu panjang. Hohoho~

    Wah, hebat ko ek Wawan.

    Ala, ko popular apa kat Sintokkian. Sebab aku berkawan dgn ko la, aku popular. Wek, perasan popular~

    BalasPadam
  5. @Syukri Mohtar

    aah.. Dia yg mendominasi artis paling banyak follower sekarang ni.

    BalasPadam
  6. eh..kita pun ada fan...kipas angin siling...haha..

    Twitter dan Facebook bukanlah Kayu Pengukur Populariti yang sebenarnya...

    BalasPadam
  7. @Khairil
    haha, kipas syiling.. :D

    habis tu apa?

    BalasPadam
  8. IRONICUS MAXIMUS...PEDOPHILE MOVIE.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker