Langkau ke kandungan utama

Tersepit Antara Dua

Assalamualaikum...

Tersepit..
satu kawan yang aku aktif dalam persatuan
satu kawan dekat tempat belajar

Masalahnya kawan dekat tempat belajar bila dah bertemu dengan kawan persatuan dia akan jadi sangat pendiam
tak tegur dengan orang
diam membatu

Kalau macam tu, tak de siapa la nak berkawan
Aku tegur semua orang walaupun aku ni pemalu
kalau malu, tak de kawan la, kan?




Kalau mereka ok, mereka akan layan kita
borak-borak dan jadi kawan yang baik
sebab itulah persatuan..

Boleh kata majoriti kenal aku
walaupun aku baru ni sem aktif kembali
sebab apa?
Sebab aku tak berlagak

Tadi, aku jadi serba salah
sebab dia nak balik
aku kena la balik dengan dia
lagipun malam
dan kenderaan tak disediakan

tetapi kawan-kawan persatuan mahu bergambar dengan aku
er, berlaku kepoyoan di situ..
bukan diorang nak bergambar dengan aku
tapi aku yang nak masuk bergambar ramai-ramai dengan diorang
ala, diorang memang tak kisah
lagipun, aku kan mentor.. Aha~ poyo jer aku ni kan? :-P

Ok, sambung balik
Tapi aku blah cepat jugak
sebab aku kena jaga dua hati
kalau ikutkan hatiku
aku nak stay lagi kat situ
tapi bila memikirkan hati orang lain
aku kena berkorban


Aku tak salahkan sesiapa
kerana persahabatan itu unik
Tarik rambut dalam, tepung jangan berselerak
 rambut jangan putus.

Alhamdulillah, segalanya lancar..
Harap tak ada hati mana-mana pihak tercalar

Kadang-kadang mahu saja aku cakap
'ko tak payah ikut, kalau nak buat aku serba salah'
Eh, mana ada. Tipu.
Aku tak pernah nak kata macam tu
Aku cuma nak kata, 'hey beb, kenapa diam? Berborak lah sama. Berkenal-kenalan.'

Tak perlu risau sebab budak persatuan ini OK
Apasal la kau nak kisah kalau diorang nampak sombong
tapi sebenarnya diorang tak sombong
cuma kalau dah ko tu pendiam sangat sapa nak tegur?
Muka pun ketat
Kalau kita nak hidup, pandai-pandai la bawa diri
Sungguh, aku memang seorang je pada mulanya
tak ada kawan
tak ada teman
tapi aku rileks jer
aku cipta persahabatan
aku bina kepercayaan

Lama-lama orang percayakan kita
dan sekarang, nah aku dapatkan persahabatan
yang boleh aku nitiskan air mata untuk meninggalkan mereka
Betul, aku mula merindui mereka..

Terima kasih kerana menyambut huluran tangan persahabatan ini..
Merindui kamu semua


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. rindu walaupun baru berpisah..

    BalasPadam
  2. penah gak tersepit antara dua..hehe.

    BalasPadam
  3. ap2 pown jgn lpe senyum.. :)

    BalasPadam
  4. TQ, igtan yg berguna tu.. kdg2 terlupa. Hehe~

    kena senyum utn menyedapkan hati =)

    BalasPadam
  5. pernah tersepit macam sandwich...last2 dua-dua layan juga...

    BalasPadam
  6. @Khairil

    layan apa ni?

    memang la kena layan dua-dua. tapi sgt susah sb kwan ni pun tak nk beramah mesra.

    Last sekali tinggal dia, dan buat hal lain. Tau plak dia 'bawa diri' dgn org lain. hish, geram betul la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker