Langkau ke kandungan utama

Sedih, Sajak Terbaikku Blogger Makan..




Assalamualaikum...

Korang tahu kan yang Blogger.com aka blogspot mempunyai masalah teknikal hari ni? Seharian kot tak boleh buka, maksud aku tak boleh nak sign in dan edit blog. Tengok saja yang boleh.

Tapi, aku terkejut sebab entri semalam pasal sajak tu dah hilang. Sedih sebab ia memang karya aku. Dah tu pulak, ayatnya sedap (perasan) dan boleh la kalau aku nak jual. Er, ada sape-sape yang save tak sajak aku tu? Aku nak, boleh?
Ini adalah antara gambar yang aku masukkan dan bait-bait sajak tersebut.




Tajuk entri tu: Kembalilah Sayang, Aku Menantimu



Apa lagi yang harus aku lakukan?
Andai sayangmu telah ke laut

Andai rindumu tidak lagi menderu

maafkan aku sekiranya
Aku tak waja bak besi
tak kuat bak badang
Aku tak tabah bak ombak pada pantainya

taufan dan badai melanda
aku masih di sini, menantimu
gelombang yang memukul gigi pantai

 Aku rela bersamamu membina istana
walau sekadar istana pasir
yang akan musnah disapa ombak

Sha,
7.04pm
MISC



Aduh, tak sesedap sajak asalnya.. Sedih. Bukan senang idea dan ilham untuk berkarya ini datang.

Jadi, aku mohon sesiapa yang ada sajak tu, boleh la kongsi kepadaku semula sebab ianya amat penting. Aku tujukan sajak itu kepada seseorang yang penting bagiku.. Ku kira dia belum membacanya.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker