Langkau ke kandungan utama

Osama makan tembikai, herba untuk kesihatan

Assalamualaikum...

Jom baca lagi tentang Osama dan khasiat buah tembikai. Dengan cuaca yang panas ni, memang sedap la kalau dapat makan buah tembikai yang sejuk dan manis.. Yummy!

Aku suka semua jenis buah tembikai. Tembikai merah, tembikai kuning dan tembikai susu. Ada orang panggil timun cina sebelah Pantai Timur Semenanjung. Aku panggil watermelon ja.. Haha~

Kita baca tentang Osama dulu, k.

SEORANG askar Pakistan mengawal rumah persembunyian Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan semalam.



ISLAMABAD - Bekas Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden tidak pernah menjalani rawatan dialisis buah pinggang, walaupun timbul banyak dakwaan mengenainya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bukti yang diperoleh daripada alat-alat perubatan di tempat persembunyian dan pengakuan daripada isterinya dalam media Pakistan menunjukkan Osama menggunakan ubat-ubatan tradisional untuk kesihatan dirinya.




"Dia tidak berada dalam keadaan lemah," kata isteri Osama yang paling muda, Amal Al-Sadah 29, ketika memberitahu anggota-anggota penyiasat dari Pakistan yang menahannya selepas suaminya mati ditembak oleh komando Amerika Syarikat (AS) di rumah yang menjadi tempat perlindungannya di bandar Abbottabad, Pakistan pada minggu lalu.

Stesen televisyen NBC di AS memperoleh satu senarai ubat yang ditemui dalam rumah Osama di Abbottabad, Pakistan.

Ubat-ubat itu didapati tidak digunakan untuk merawat penyakit kronik.

Sebaliknya, pihak berkuasa Pakistan menemui ubat untuk merawat kayap, ulser, sakit urat, tekanan darah tinggi dan ekstrak oat liar yang digunakan bagi rawatan penyakit mati pucuk.

Amal yang merupakan warga Yemen dan berumur 17 tahun ketika mengahwini Osama memberitahu, suaminya itu sudah sembuh sepenuhnya daripada dua pembedahan buah pinggang sejak sedekad lalu.

Pada tahun 1999, pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan mengarahkan seorang pembunuh upahan untuk meracun Osama dan toksin itu telah merosakkan buah pinggangnya. Amal menyatakan Osama menyembuhkan tubuhnya dengan memakan tembikai dan tidak menjalani rawatan dialisis.

Pada malam serangan oleh pasukan komando Seal AS, pasangan itu baru sahaja masuk tidur dan memadamkan lampu sebelum mendengar tembakan pertama dilepaskan.

Belum sempat Osama mencapai senjata api AK-7 miliknya, anggota komando telah menyerbu dan menembaknya.

Penjelasan itu nyata bercanggah dengan laporan sebelum ini yang menyatakan Osama ditahan terlebih dahulu dan kemudian ditembak.

Dalam serangan sama, Amal ditembak di kaki. Dia menjadi isteri kelima Osama, dan dikenali sebagai Amal Ahmed Abdulfattah dan Amal Ahmed al-Sadah. Dia mendakwa bersama Osama dan tidak pernah keluar dari rumah itu dalam tempoh lima tahun. - Agensi

Sumber: Kosmo






Khasiat buah tembikai

1. Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal- Wikipedia

2. Satu kajian baru-baru ini yang dilakukan oleh Pengarah Pusat Peningkatan Buah dan Tumbuhan A&M Texas di college Station, Dr. Bhimu Patil mendapati bahawa memakan sangat baik untuk kesihatan. Dalam terkandung lycopene, beta carotene dan citrulline yang mampu menyelesakan saluran darah, kesan sama yang diberikan oleh . - gediq.com

3. Sunnah Nabi. Kalau Nabi buat tu, ada la tu hikmah yang tersembunyi.

Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”. -http://kekoh.blogspot.com/2010/04/khasiat-tembikai.html

Jom makan buah tembikai.. Ada jugak orang buat jus tembikai laici.. Nak tau? Selak Entri lain k..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. timun cina mmg best...

    ai suka..

    BalasPadam
  2. thanks for sharing sha.... nice artikell suka baca... tk payah nk google sana sini nk tau cerita osama...

    BalasPadam
  3. dah lama tak makan tembikai.

    BalasPadam
  4. dah lama tak makan tembikai.

    BalasPadam
  5. tak suka dgr timun cina.. sb rasa geli klu brg2 cina ni.. hihi~

    a ah, mmg sedap, dah termimpi2 dah ni.. hehe~

    BalasPadam
  6. sama2 kak Eny.. ala, sha pun ambik dari paper jer.. tapi tak semuanya sha ambik. Nak lebih lanjut, google akhbar jer.. hihi~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker