Langkau ke kandungan utama

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 23)]: Jiwa-Jiwa Yang Bergurindam Rahsia

“YANG berselisih dengan Ren tu Baizura, bekas isteri Halim,” suara Ros Ilyani terngiang-ngiang di telinga Rania. Memang dia perasan kelibat wajah seorang wanita dalam kereta Wira kelabu yang berselisih dengannya. Wanita itu pun memandang ke arahnya dengan satu pandangan yang pelik.

Barangkali dia pun terfikir-fikir siapa aku agaknya, alur fikir Rania menyalurkan pandangan itu. Dia masih ingat wajah perempuan muda bertudung hitam itu. Orangnya berkulit hitam manis, berhidung mancung dengan wajah yang kecil dan tirus iras-iras pelakon drama Azah Aziz. Boleh tahan!


Tak sangka boleh bertembung! Kalau aku lambat sikit, mesti boleh kenal wanita yang telah merobek hati Halim sampai berubah fi’il Halim, sampai porak peranda hidup Halim dibuatnya. Ah! Kecilnya dunia. Apa nak dihairankan kalau sekadar terserempak dengan Baizura di lorong rumah Ros Ilyani.

Yang lebih dahsyat Ros Ilyani boleh berlaga bahu dengan Haryati di majlis perkahwinan Rais-Haryati. Mendengar cerita sebenar daripada Ros Ilyani, Rania rasa tak sanggup hendak menatap muka Haryati lagi.

Dasar perempuan licik! Kasihan Abang Rais. Kalau dia tahu cerita sebenar bagaimana perasaannya? Nasib baik juga sudah agak lama muka Rais dengan Haryati tak nampak di matanya. Kalau tidak, angin juga seluruh tubuh, fikir Rania sambil melihat jam di dinding. Janji dengan Ummar Qayyum pukul 2. 30 petang tapi dia sudah bersedia setengah jam tadi. Selesai solat Zuhur, terus dia bersiap.


“Belum sampai Qayyum?” tanya Puan Sri Zalia. Dia yang sudah siap berdandan duduk sebelah Rania di ruang tamu.

Rania menggeleng. Setiap kali nampak muka emak, ringan mulut hendak bercerita tentang hal Haryati, tapi kenangkan permintaan Kak Ros, dipendamkan sahaja.

“Tak usahlah dipanjang-panjangkan lagi Ren. Yang sudah tu sudahlah. Jangan beritahu Puan Sri, lebih-lebih lagi Rais. Ini antara kita sahaja. Kak Ros terpaksa beritahu Ren sebab Kak Ros kenal Ren dan tahu hati budi Ren. Harapan Kak Ros, mudah-mudahan satu hari Haryati akan insaf.”



Terngiang-ngiang lagi pesanan Ros Ilyani. Sayu rasa hati Rania mendengarnya. Alangkah mulianya hati insan bernama Ros Ilyani dan alangkah ruginya Rais kerana melepaskan perempuan sebaik Ros Ilyani sebagai isteri.

Sampainya hati Haryati membuat onar hanya kerana mahu mengahwini Rais. Hingga sekarang Rais menganggap mereka silap faham menerima berita perkahwinan Halim sebagai berita pernikahan Ros Ilyani.

Kalau tidak kerana pesanan bersungguh-sungguh daripada Ros Ilyani, harus cerita itu sudah disumbat ke telinga ibunya. Bukan bertujuan untuk memburukkan Haryati apatah lagi merobohkan masjid yang dibina tetapi supaya emak sedar dan tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Kalaulah mama tahu mesti mama marah, minda Rania berterusan memikirkan hal tersebut. Terkenang lagi pesanan Ros Ilyani. Kenapa aku tak mudah menerimanya seperti redanya Ros Ilyani?

“Entah-entah Qayyum ingat tak jadi lagi,” usik Puan Sri Zalia setelah sepuluh minit menyaingi Rania, tanpa mengetahui apa yang mengasak benak anak gadisnya. Tapi disedari Rania sedang mengelamun.

“Jadi mama...,” tekan Rania.

“Jangan tak jadi lagi sudah,” sindir Puan Sri Zalia. “Kasihan orang tu. Beriya-iya nak beli barang. Minggu lepas dah tak jadi, jangan minggu ni tak jadi juga,” Puan Sri Zalia memberi peringatan.

“Kali ni jadinya,” janji Rania.

“Mama tak sedap hati. Takut pisang berbuah dua kali.”

“Mama, boleh tak mama relaks saja.”

“Ini bukan kali pertama Ren. Dulu kamu dah dekat nak kahwin dengan Farhan. Alih-alih tak jadi. Lepas tu kamu pergi ke Sabah. Bawa diri,” Puan Sri Zalia selak kisah lampau. Dia rasa ngilu mengenangkan peristiwa lalu dan sangat risau kalau hal yang sama berulang kembali.

“Mama, Ren ke Sabah bukan sebab bawa diri tau. Ren nak hidup berdikari,” Rania membetulkan tanggapan salah ibunya.

“Tak kisahlah sebab apa tapi mama nak pastikan kali ini jadi. Mama berkenan sangat dengan Ummar Qayyum. Mama dah bincang pun dengan Kak Ninda perihal majlis kamu berdua nanti.”

“Ma, jodoh di tangan Tuhan, mama janganlah lebih-lebih. Risau Ren tau...”

“Kamu yang mama risaukan Ren. Mama tengok tak serius. Tengok minggu lepas, senang-senang saja batalkan rancangan yang dah diatur dengan Qayyum,” luah hati seorang ibu.

“Ren ada hal mustahak. Bukan Ren saja-saja ma.”

“Tak baik main-mainkan perasaan orang Ren,” nasihat Puan Sri Zalia.

Mak cik Rohaya masuk lantas menghidangkan sepinggan buah-buahan yang sudah dipotong. Dia berpaling dan menuju ke arah pintu depan tatkala terdengar bunyi pintu kereta ditutup.

“Dah sampai Qayyum barangkali,” Puan Sri Zalia menoleh ke arah pintu utama.
“Encik Rais dengan isterinya,” ujar Mak cik Rohaya yang datang semula dari arah pintu masuk utama.

“Lama juga abang Rais kamu tak balik,” bisik Puan Sri Zalia. Serta-merta darah Rania mendidih bila terpandangkan wajah Haryati tapi dipalingkan ke arah lain. Disejukkan hatinya dengan istighfar. Dada yang berombak mengendur sedikit.

“Dari mana?” tanya Puan Sri Zalia berbasi-basi.

“Dari majlis perkahwinan,” sahut Rais. Rania pura-pura membaca surat khabar. Tidak ada mood untuk berbual dengan orang berdua itu.

“Hai Ren, tak nak tegur abang,” sapa Rais.

Mendengar itu, Rania bangkit dan bersalaman dengan Rais. Ikutkan hati tak ingin dia menyalami Haryati tetapi apa pula pandangan Rais nanti. Dengan wajah bersahaja, disalaminya Haryati tanpa memandang ke muka perempuan itu. Rasa bersalah mencelah di hati tetapi dia tidak mampu untuk jadi manusia hipokrit. Ditundukkan wajahnya seolah sedang leka membaca akhbar.

“Ayah mana?” terdengar suara Rais.

“Ayah kamu ada lawatan kerja ke Jepun,” jelas Puan Sri Zalia.

“Balik bila?”

“Khamis depan baru balik. Kamu pun dah lama tak tunjuk muka, sibuk sangat ke?” terpelanting soalan cepumas dari mulut Puan Sri Zalia.

Rais pandang Haryati. Perempuan itu kelihatan serba salah.

“Kami baru balik dari London,” jelas Rais.

Terkejut Rania mendengarnya. Oh, makan angin rupanya! Diletakkan surat khabar di atas meja.

“Pergi London buat apa?” tanya Puan Sri Zalia. Air mukanya sudah berubah.

“Temankan Haryati shopping,” sahut Rais.

Hendak tergelak Rania dibuatnya. Rais memang tidak pandai berbohong. Sewaktu dikerling, Rania nampak wajah Haryati macam orang marah. Barangkali marahkan Rais yang pecahkan rahsia.

“Tak cakap pada mama pun nak ke London,” nada suara Puan Sri Zalia bergetar. Wajahnya masam.

“Kelam-kabut mama,” Rais cuba berlindung.

“Kurang-kurangnya boleh juga mama kirimkan barang hantaran untuk majlis pertunangan Rania nanti,” Puan Sri Zalia menjeling kedua-duanya.

Muka Rais serba salah sedang Haryati buat tak reti. Hiss perempuan ni! Boleh buat muka sepuluh sen sahaja! Kritik Rania dalam hati.

“Tak payah mama, di Malaysia ni bersepah barang-barang nak buat hantaran. Tak perlu membazir-bazir,” selamba benar Rania berucap.

Lama-lama menghadap muka Haryati makin banyak dosa aku! Kerana itu, mendengar saja suara kereta mendicit di luar sana, Rania bangkit.

“Ajak Qayyum masuk dulu,” arah Puan Sri Zalia.

Rais masih dengan serba-salahnya. Rania pergi dan kembali semula bersama Ummar Qayyum. Sapaan ramah Ummar Qayyum buat seisi keluarga mengubah nuansa dingin di ruang tamu. Senyum di wajah Puan Sri Zalia berladung.

Rania membiarkan Ummar Qayyum berbual mesra dengan ahli keluarganya sementara dia mengambil peluang itu untuk menyelongkar personaliti Haryati dari air mukanya. Ditolak rasa bersalah berbuat demikian dengan niat mahu menterjemahkan watak manusia. Entah mengapa kalau dulu dia tidak berminat untuk mengambil tahu kisah Rais dengan Haryati tetapi sebaik saja terbongkar sebuah rahsia daripada Ros Ilyani, dia mahu tahu siapa Haryati sebenarnya. Setengah jam barangkali sudah cukup untuk permulaan. Ketara, Haryati kurang selesa bersama mereka. Raut wajahnya bercerita. Sesekali dia melihat jam dan nampak gelisah.

“Abang ada apa-apa program ke lepas ni?” tanya Rania. Puan Sri Zalia pun pandang ke arah Haryati.

“Err, Kak Yati nak balik rumah emak di Cheras. Singgah dulu di sini.”

“Oh ye ke? Kalau begitu eloklah abang beransur. Ren dengan Qayyum pun ada urusan juga,” Rania sudah bangun.

“Ren nak ke mana?” tanya Rais.

“Nak cari barang hantaran buatan Malaysia,” sindir Rania selamba.

Air muka orang berdua itu terkulat-kulat. Ummar Qayyum ikut rentak Rania. Selepas bersalam-salaman dengan ahli keluarga Rania, Ummar Qayyum iringi Rania ke kereta. Sebelum masuk ke perut kereta Jaguar milik Ummar Qayyum, Rania berubah niat. Dia menjengah ke kereta BMW milik Rais di sebelah. Berkotak-kotak barangan disusun cantik dalam beg kertas di tempat duduk belakang.

“Banyak shopping di London bang,” tegur Rania selamba. Sekali lagi wajah orang berdua itu dicalit serba salah. Puan Sri Zalia tersenyum nipis. Sejak bila Ren pandai menyindir dan mengata? Detik hati Puan Sri Zalia.

“Pergi dulu mama.”

Puan Sri Zalia angguk. Dari cermin sisi, Rania nampak Rais bersama Haryati turut beredar.

“Sekejap sangat singgahnya,” leter Rania.

“Siapa?”

“Abang I dengan isterinya.”

“Kan tadi dia kata hendak ke Cheras?” Ummar Qayyum berbaik sangka.

“Ya,” sahut Rania. Banyak yang bermain di benaknya sebenarnya.

“Nak shopping di mana?” tanya Ummar Qayyum di dalam kereta.

“Hari tu kata nak ke Pavilion,” ujar Rania.

“Situ ada ke barangan buatan Malaysia?” sindir Ummar Qayyum.

Rania tertawa besar. Ummar Qayyum bahagia melihat riang di wajah Rania. Lesung pipitnya kian ketara menambahkan seri pada wajahnya yang sememangnya jelita.

“You tak tahu kisah! I saja-saja nak usik kakak ipar I tu.”

“Oh, tu sebab you intai kereta mereka tadi.”

Rania menggelekek. Gelihati apabila mengetahui Ummar Qayyum meneropong gerak-gerinya tadi. “Mereka baru balik shopping di London. Mama kecil hati mereka tak beritahu.”

“Kenapa pula mama kecil hati,” wajahnya tak dipandang pada Rania. Dia serius memandu, sangat berhati-hati di jalan raya.

“Kalau dia tahu bolehlah kirim beli barang untuk hantaran kita,” cerita Rania.

“Ohh, kisahnya. Tapi tak baik sindir-sindir tau.”

“You pun sindir I juga tadi?” Rania pulang paku buah keras.

“Tu I bergurau,” Ummar Qayyum tertawa.

“Sebenarnya I nak berkongsi dengan you sesuatu. I kena cerita juga kalau tidak I stres,” luah Rania setelah suasana kembali reda. Kereta Ummar Qayyum sudah memasuki kawasan parkir.

“Cerita apa?” Liar mata Ummar Qayyum mencari ruang parkir kosong.

“Minggu lepas I ke rumah Kak Ros.”

“Tak habis-habis dengan Kak Ros. Betul ke jumpa Kak Ros?”

“Apa maksud you ni?”

“Manalah tahu kata nak jumpa Kak Ros tapi jumpa Halim?” Nadanya berbaur cemburu.

“Ini ke Ummar Qayyum yang I kenal?”

Ummar Qayyum diam. Dia memfokuskan perhatian mencari tempat parkir. Hari minggu memang itulah masalahnya. “Patutnya you lebih faham, lebih mengerti,” ujar Ummar Qayyum perlahan tapi masih didengar Rania.

“Boleh tak you jangan cemburu tak tentu pasal. I dah banyak sangat masalah. Di sekolah, di rumah...”

“I faham. I cuma harapkan sekelumit pengertian dari you. Sejujurnya I nak beritahu, I tersinggung bila you batalkan rancangan kita minggu lepas atas alasan nak jumpa Kak Ros.”

“Memang I jumpa Kak Ros,” suara Rania meninggi. Berang kerana dicurigai.

“Langsung tak jumpa Halim?” duga Ummar Qayyum.

“Bohonglah kalau I kata I tak jumpa. Mereka adik-beradik duduk bawah satu bumbung.”

“Begitu juga I. Bohong jugalah I kalau I kata I tak cemburu bila bibir cantik you tu tak lepas-lepas cerita tentang Kak Ros dan Halim.”

“Nak cemburu apa?” Rania memang tak mengerti. Sukarnya mentafsir hati lelaki. Fikirnya Ummar Qayyum tidak seperti lelaki-lelaki umpama Halim dan Farhan yang dia kenali. Adakah aku yang salah tafsir?

“Bukan you tak pernah berahsia dengan I Ren! Dan salahkah I berasa curiga?”
Fahamlah Rania kini. Mungkin salahnya juga. Dia pernah menyembunyikan latar belakang dirinya daripada Ummar Qayyum. Wajarlah kalau Ummar Qayyum cemburu. Dalam diam dia menganalisis diriku rupanya. Ah, lain kusangka lain pula jadinya.

“I tak tahu mengapa hati I rasa resah setiap kali you bercerita tentang Ros Ilyani dan Halim. I jadi gelisah,” Ummar Qayyum membongkar rahsia hatinya.

Entah mengapa dia berasakan bahawa kehadiran Halim ibarat duri kecil dalam daging. Dia tidak suka berperasaan begitu tapi malangnya dia tidak mampu mengusir rasa tidak enak sedemikian.

“Qayyum, I tak nafikan Kak Ros I sayang. Halim I kasihan. You faham?” pohon Rania.

“Daripada kasihan boleh timbul sayang. You percaya?” pangkah Ummar Qayyum pula.

“Entahlah, bila I kata I kasihan, I kasihanlah,” Rania rasa bosan.

Mendengar keluhan dari bibir Rania, timbul pula rasa bersalah di hati Ummar Qayyum. Moodnya yang baik aku rosakkan dengan cemburu aku. Lama mereka berdiam di tempat duduk masing-masing setelah Ummar Qayyum memarkir kereta. Enjin kereta tidak dimatikan. Ummar Qayyum pandang muka masam Rania.

“I minta maaf. Barangkali I agak emosi,” akuinya sejenak kemudian.

Rania diam cuma. Rasa tersinggung disangsi dan dicurigai oleh Ummar Qayyum.

“I sayang you Ren. I sayang you sepenuh jiwa raga. I tak mahu kehilangan you. I nak hidup bersama you. Kalau I melampau dalam kata-kata, sekali lagi I mohon kemaafan.”

Sejuk sedikit telinga Rania mendengarnya.

“Maafkan I. From the bottom of my heart,” rayu Ummar Qayyum lagi. Wajahnya basah dengan cinta, dengan kasih sayang.

Rania berpaling. Kasihan pula melihat Ummar Qayyum. Akhirnya Rania tersenyum. Terbang keruh berganti ceria.

“I suka tengok you senyum macam tu, cantik sangat.”

“Pandai you pujuk I ya!”

“Apa yang you nak cerita tadi?” tanya Ummar Qayyum sewaktu mereka beriringan menuju eskalator.

“Cerita tentang Haryati tapi... Kak Ros yang beritahu,” perlahan suara Rania sewaktu menyebut nama Kak Ros.

“Tak apa. Ceritalah,” Ummar Qayyum memberi ruang selebar-lebarnya untuk Rania bercerita. Terkejut juga bila mendengar cerita Rania tentang Haryati.

“You beritahu Rais?” tanya Ummar Qayyum.

“Tak. Lagipun I dah janji dengan Kak Ros.”

“Eloklah begitu. Rais pun dah kahwin.”

“Tapi hati I meronta...”

“Ren, jodoh maut di tangan Tuhan,” pujuk Ummar Qayyum. “Kita ketepikan hal tu dulu boleh? I nak you tolong I pilih barang hantaran,” rayu Ummar Qayyum seraya mendorong Rania masuk ke Butik Arseela, butik antarabangsa yang menjual barangan berjenama.

“Jom kita pilih handbag. Yang mana you suka?” tanya Ummar Qayyum. Demi menjaga hati Ummar Qayyum, Rania ikut rentak lelaki itu. Sepasang kasut dan sebuah beg tangan sudah dijinjing Ummar Qayyum.

“Jam I dah kirim pada Bakhtiar. Dia nak balik nanti.”

“Beli di sini apa masalahnya?”

“Di sini I nak beli satu set barang kemas.”

“Tak payah membazir Qayyum. Ni hanya untuk majlis pertunangan saja.”

“Membazirkah untuk orang yang I sayang? Ini hadiah. Kalau bukan begitu caranya, bagaimana untuk I tunjukkan kasih sayang I?” ucap Ummar Qayyum lembut.

Untuk Rania, bukan sekadar intan berlian, kalau upaya bulan dan mentari pun mahu dikaitnya.

Dalam rasa sayang yang tidak bertepi itu, dia rasa gentar dan takut. Rasa berdebar dan kecut. Akhir-akhir ini perasaan itu makin ketara.

Kenapa? bisiknya sendiri. Jauh di sudut hati ada sesuatu yang tersirat tetapi tidak mampu untuk disuratkan.

Sumber: Metro

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Siapa kata lelaki tak pandai masak?
    Dekati kami Chef Muda di Dapur Bujang
    http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/
    Medan pertemuan yang menjanjikan keseronokan.
    Kami akan berikan resepi terbaik juga info-info menarik untuk di kongsikan bersama anda.
    Bertemu kami Chef Muda Aboy dan juga Chef Muda Nick di sini.
    Harap kita dapat berkongsi lebih banyak lagi

    BalasPadam
  2. Er, tak kata pun lelaki tak pandai masak..

    Ok, then.. =)

    BalasPadam
  3. kah3...pandai makan lagi best kan...

    BalasPadam
  4. pandai makan lagi la satu kecintaan yg ramai org boleh buat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker