Langkau ke kandungan utama

KESILAPAN DALAM IBADAT&AMALAN AGAMA

Assalamualaikum...


1. SELALUNYA KETIKA KITA SEDANG BERPUASA SUNAT,APABILA ADA ORANG AJAK MAKAN KENDURI,KITA AKAN MENOLAK DENGAN ALASAN KITA SEDANG BERPUASA.

Sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak?

2. RAMAI YANG MENGANGGAP ISLAM INI HANYA PADA IBADAT SAHAJA.HUKUM SOLAT,PUASA,HAJI DIJAGA SEPENUHNYA . 

Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .
 


   


3. SESETENGAH MASJID SUKA BERTARHIM(BACA AYAT AL-QURAN SEBELUM AZAN SUBUH) DAN DILAUNGKAN KUAT-KUAT SPEAKER TU SAMPAI SATU KAMPUNG DENGAR.KADANG2 SEJAM ATAU SETENGAH JAM SEBELUM AZAN DAH BUNYI DAH.

HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur?

Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun baca sorang-sorang dah cukup. Tak payah bagi sekampung dengar. Rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala nanti.

Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran (dengan suara kuat) sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran atau memperlahankan bacaan. Sebab menghormati orang yg sedang tidur itu. Inikan pula sekampung?
 

Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah. Tak perlulah lama-lama sangat, sampai setengah jam sebelum subuh. 10 minit tu dah kira sempat la orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please nasihatkan pada surau di qariah atau tempat masing-masing.

4. APABILA KITA HENDAK SEMBAHYANG,TIBA-TIBA HIDANGAN MAKANAN DAH DISEDIAKAN,MAKANLAH DULU.ITU YANG LEBIH AULA(UTAMA).

Tapi dengan syarat, ianya masih di awal waktu. Ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah.

5.SESETENGAH ORANG MENGHADAPI MASALAH KETIKA HENDAK BERTAKBIRATUL IHRAM.KADANG2 ANGKAT TAKBIR BERULANG-ULANG KALI TAPI MASIH TAK MASUK NIAT JUGAK.

Ingatlah, itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu.

Yakin dengan diri sendiri.Berkenaan dengan niat pula, niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca.

Apa yang dikhuatiri adalah berikut:

Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua. Maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.


Ringkasnya: Takbir 1 (kalau rasa niat tak dapat masuk, sila angkat takbir untuk kali kedua (utk membatalkan takbir pertama dan angkat takbir ketiga untuk memulakan takbir. Kira yang ganjil. Wa'allahu alam)

Jadi kesimpulannya, make yourself firm &confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan selepas daripada itu

6. TERDAPAT SEGELINTIR IMAM YANG BERDOA SELEPAS SOLAT AKAN MEMULAKAN DOA DENGAN HAMDAN HAMIDIN&HAMDAN ZAKIRIN ATAU HAMDAN SYAKIRIN.

Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya, itu salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini:Hamdal-hamidin&Hamdaz-zakirin dan Hamdasy-syakirin. (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. MENURUT MAZHAB SHAFIE,MESTI TERDAPAT 7 ANGGOTA YG MENYENTUH TANAH KETIKA KITA SEDANG SUJUD IAITU,KE 2 2 TAPAK TANGAN,KE 2 2 LUTUT DAN KE 2 2 PERUT IBU JARI KAKI(HIDUNG SUNAT SAHAJA).

Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan PERUT IBU JARI KAKI, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan, seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya.

Jadi, berjaga-jaga lah ketika melakukan pergerakan dalam solat. Jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.

8. DI BULAN PUASA,ORANG KITA RAJIN MENGHANTAR KUIH-KUIH ATAU JUADAH-JUADAH KE RUMAH JIRAN.

Memang bagus sekali amalan ni. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas tu, itu rezeki lah namanya.
9. APABILA KITA BERSOLAT DI TEMPAT YANG LIMITED SPACE TAPI RAMAI ORANG,CONTOHNYA DI SURAU R&R DALAM KAPAL TERBANG DAN SEBAGAINYA.

Sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat. Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la. Sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita yang hanya nak buat perkara-perkara sunat. Lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang camni.

10. MENUNAIKAN HAJI SEMEMANGNYA ADALAH RUKUN BAGI KITA.TETAPI KITA KENA PANDAI MENYUSUN KEUTAMAAN.

Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita atau adik beradik kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Gunakanlah duit tu untuk membantu adik beradik atau saudara kita tu. Itulah yg dituntut dalam Islam.

11. JIKA KITA HENDAK SEMBAHYANG SUNAT,TIBA2 ADA TETAMU DATANG RUMAH, KITA KENA TANGGUHKAN SEMBAHYANG ITUDAN PERGI LAYAN TETAMU DULU.ITU YG LEBIH AULA(LEBIH UTAMA).

Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar.

Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor, ia dibolehkan. Kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi SAW. Tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qada maka tak boleh lah.
Sebagai kesimpulan kepada point-point di atas, KITA HENDAKLAH PANDAI MENYUSUN KEUTAMAAN DALAM BERIBADAT.UTAMAKN YG LEBIH UTAMA.JIKA KITA GAGAL MENGUTAMAKAN YANG LEBIH UTAMA BOLEH MEYEBABKAN IBADAT KITA MENJADI SIA-SIA SAHAJA,MALAH SESETENGAHNYA BOLEH MENGAKIBATKAN DOSA PULA.
(Di petik daripada ceramah Ustaz Dato’ Ismail Kamus )
Sekian, semoga perkongsian ini ada manfaatnya.
Manusia selalu saja sibuk mencari sesuatu yang akan ditinggalkannya. Tetapi mereka tidak pula sibuk untuk menyiapkan bekalan yang bakal dibawa.

Renung-renungkanlah

sumber : facebook Akoto Minamy

by Faizul Yahya on Sunday, May 8, 2011 at 8:02pm

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. info yg bagus utk info semua muslimin dan muslimat....semoga amal ibadah kita selama ini diterima oleh Allah Taala...amin...

    BalasPadam
  2. Sb tu la nak kongsi kat sini. Menyebar luaskan pengetahuan. Semoga menjadi panduan bersama.

    Amin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker