Langkau ke kandungan utama

Kembalilah Sayang, Aku Menantimu..



Assalamualaikum...

Minta maaf, entri peribadi..



Tak ada apa yang nak ku katakan padamu
Andai sayangmu telah ke laut
Andai rindumu tidak lagi menderu


Maafkan aku andai aku tak bisa;
Menjadi waja bak besi
Menjadi kuat bak badang
Menjadi tabah bak ombak mengukir pantai..



   
Tapi ketahuilah
aku masih menyayangimu
merinduimu
selagi ombak masih sudi ke gigi pantai
begitulah aku masih setia padamu.

Sungguh, walau badai dan taufan telah melanda
aku masih lagi di sini
menanti kepulanganmu
Pulanglah kembali kepadaku

Kita bina istana baru
walau istana itu hanyalah sebuah istana pasir

Aku rela kalau sudah tertulis takdirku bersamamu
walau gelombang seringkali memukul ombak..

Sha
110, MISC
12 Mei 2011
7.04 pm




P/s: kepada seseorang yang saya maksudkan di sini, saya minta maaf kepada awak. Tidak sedikit pun niat di hati saya untuk  meremehkan rahsia yang telah awak beritahu kepada saya. Kerana amanah itu perlu dijaga, saya masih mahu berkawan dengan awak.

Maafkan saya, ya awak. Saya tersilap catur langkah. Saya ingin kembali kepada awak dan awak pun maafkanlah saya. Atau awak mahu saya bersedih-sedih lagi?


~Kita dekat tapi jauh~

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)